Dah lama tak post apa2.. Sumpah minggu ni tersangatlah hectic dan busy.. Hanya kerana test 2 dan assignment..
Stress bila dah hafal semalam tapi bila dalam dewan exam mulalah blank segala otak,
Stress bila dah study tapi tak cukup masa untuk jawab exam, especially exam math, sejak azali lagi mesti kelam kabut nak jawab semua soalan..
Stress lagi dan lagi...
Rasa macam nak balik rumah tido tengok tv dan makan puas2..
Tapi esok dan minggu depan masih ada test...
Saya ulangi. Stress.
So lepas habis kelas tadi, terpaksa skip dua kelas disebabkan stress,
Pergi cafe, borong segala makanan enak dan makan puas2 dlm bilik, shopping online dan akhirnya tido.
Waktu malam, baru start mood study balik. Esok test. Stress lagi. Tak boleh tidur.
So mcm biasa, kalau susah nak tidur, kita kemas bilik. Mungkin nampak pelik, tapi mmg dari rumah aku macam ni. Siang nya pemalas huahuahua =.=
K, lps tekan publish. Kita tido. Nite.
No comments:
Post a Comment