Wednesday, 6 November 2013

memori susur masa

"Far away..this ship has taken me far away..
far away from the memories..of the people who care if I live or die.." starlight-Muse

Selalu ada sesuatu yang bermain difikiranku..
tetapi tatkala aku ingin menulis di blog,
idea itu semakin hilang dari minda..

sama seperti segala memori hidupku,
satu fasa dalam hidupku, aku betul-betul menghargai memori,
tetapi pada satu fasa berikutnya, aku melupakan memori tersebut,
bagi aku ia menyakitkan, lalu aku melupakan,

ketika temanku memuatnaik gambar lama di muka buku,
aku terkesima melihat diriku, benarkah aku di dalam gambar itu?
lalu aku membuka kembali baki album gambar lama ku,
ada empat album semuanya,
satu masa aku sekolah rendah,
tiga lagi masa aku tingkatan satu, dua dan tiga.
aku kecewa kerana tiada kenangan ketika tingkatan empat dan lima,
dan juga ketika di matrikulasi.

satu sahaja sebabnya,
iaitu aku bukanlah diriku ketika itu..
aku cuba menjadi orang lain,
walaupun luaran ku gembira,
tetapi diriku menyimpan rahsia,

kini SPM sudah tiba, dan mereka cuba mengimbau kembali kenangan lama,
aku? aku juga sama cuma kenangan itu seperti pudar..
aku harap ada mesin putar masa,
untuk aku betulkan segalanya..

*antara bukti aku pernah hidup pada 2000-2007*

No comments: