Semalam aku teruja dengan hari tasu'a dan hari asyura..
Ini bukan kali pertama aku mendengar kelebihannya,
Cuma sudah lama aku tidak amalkan amalan begini,
Kebiasaannya aku tidak ingat tarikh2 istimewa dalam kalendar islam kecuali tarikh puasa dan raya..
Terima kasih kepada media sosial terutama fb kerana ramai yang mengingatkan antara satu sama lain mengenai fadhilat berpuasa sunat pada dua hari ini..
So aku makin bersemangat..
Aku mulakan hari tasu'a ku dengan penuh semangat..
Seawal 7.30 pagi aku sudah bersiap untuk ke kelas.. Awal setengah jam dari biasa..
Namun aku perasan mood ku semakin berubah-ubah..
Dari sedih jadi marah
Dari marah jadi sentap
Kemudian senyum dan ketawa pula
Dan aku sedih dan marah lagi
Aku anggap ini biasa..
Aku cuba mengawal emosiku agar tidak membuat orang-orang di sekelilingku merasa annoying..
Tetapi badanku mula rasa tidak enak, pinggang belakang semakin sakit,
Habis sahaja kelas, aku mula merasa sesuatu..
Rasanya masa sudah tiba,
Masa normal bagi kaum hawa..
Sedih kerana tidak sempat melengkapkan hari tasu'a ku.. Apatah lagi hari asyura..
Tapi apapun aku berdoa semoga Allah memberkati niat suciku ini..
Sekurang-kurangnya aku tidak bersedih..
Hari tasu'a - hari ke 9 muharram
Hari asyura- hari ke 10 muharram
No comments:
Post a Comment