Thursday, 21 November 2013

Episod 1 AKU TETAP MENANTIMU


episod 1
Tiya melangkah ke pintu belakang dapur. Sepasang selipar jepun jenama 'tat seng' disarung kemas. Milik siapakah dia tidak tahu, yang pasti cuma selipar itu sahaja yang berada di situ.
Kelihatan Puan Bibah, iaitu adik kepada arwah ibuku sedang mengangkat kain di jemuran.
"kamu nak pergi mana, tiya? Baru sampai dah keluar. Rehat lah dulu kat dalam."
"Tiya nak pergi dusun kejap je, mak ngah. Teringin nak makan rambutan." ujarku sambil membetulkan lipatan tudung yang senget.
"bawaklah balik banyak sikit. Nanti boleh bagi jiran."
"baiklah mak ngah." aku mengambil dua bungkus plastik terpakai untuk di bawa ke sana.
Dusun pak ngah tidak jauh. Hanya 2km dari rumah. Kalau dahulu dusun itu menjadi taman permainannya, kini dia teringin melihat keadaan disana setelah 7 tahun tidak pulang ke Malaysia.
Semakin banyak pokok rambutan yang ditanam oleh pak ngah. Musim buah-buahan lah musim paling ditunggu-tunggu. Tambahan pula pak ngah tidak lokek untuk bersedekah. Siapa yang mahu makan buah rambutan, diberi secara percuma. Kalau tidak termakan, akhirnya jadi makanan monyet. Galah yang disandar di batang pokok mangga di ambil. Niatnya mahu terus mengait rambutan tetapi matanya mencari sesuatu. Sesuatu yang menggamit memori lama.
T.i.y.a.t.u.n.g.g.u.
Tulisan yang di lakar di dahan pokok mangga itu sudah pasti tulisannya 7 tahun dahulu. Jelas sebelum dia meninggalkan Malaysia. Itu harapannya ketika itu.
Fatih. Adakah namamu masih terukir di hatiku?? Perlahan air mata menitis tanpa disedari lantas diseka dengan pantas.
Ahh mengapa mahu dikenang masa dahulu? Cintanya bukan milikku. Aku hanya bertepuk sebelah tangan.
Tiya mengait rambutan yang sudah masak dengan cepat. Dia berusaha melupakan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Yang penting dia mahu lekas pulang. Mak ngah mungkin risau.
Prap!
Bunyi ranting patah membuatkan tiya menjerit kecil.
"siapa??"aku menoleh kekiri dan kanan.
"kak, kakak ni siapa?"
Kelihatan seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan 10 tahun berdiri di hadapanku. Budak itu memakai seluar pendek dan tshirt putih yang sedikit kotor. Anak orang kampung ini agaknya.
"nama akak Kak Atiyah. Anak saudara mak ngah Bibah."aku memberikan senyuman kepada budak itu. Wajahnya seperti budak yang baik.
"ooo.. Nenek Bibah. Kenal kenal. Tak pernah nampak pun kakak datang sini."
"adik nama siapa? Selalu main kat sini ya?"
"Fahmi. Rumah fahmi kat situ je. Hari-hari kitorang main kat sini. Nenek Bibah tak marah. Dia bagi makan buah free." fahmi menunjukkan rumah kecil yang beratap merah. Hanya di seberang jalan.
"kitorang? Jadi, mana yang lain?"
"Farah. Selalunya dia datang dulu. Tapi entah.." fahmi memanjat dahan pokok mangga dan duduk di dahan yang besar. Kemudian dia tersenyum padaku. Fahmi benar-benar mengingatkanku tentang kisah silam.
Aku mengikut fahmi untuk duduk di atas dahan tersebut.
"kakak naik tak patah kan?"aku cuba mengenali sikap fahmi.
"tak lah. Kakak kan kurus. Sama kurus dengan farah."jujur sahaja jawapan dari fahmi.
"farah tu awek fahmi ke?"
"eh tak..tak kak..kitorang kawan kat sekolah. Fara comel. Ramai yang suka kat dia. Bob, Mat dengan Kimi tak bagi fahmi makan kat kantin dengan fara." fahmi menjelaskan sambil menggerakkan tangannya bermakna bukan.
"tapi fara suka kawan dengan fahmi kan?" aku menguji lagi.
"entahlah. Tiap-tiap petang kitorang main kat sini. Bob dengan yang lain tak tahu. Ini rahsia kami." fahmi meletakkan telunjuk jari di bibir.
"fahmi, kalau fahmi suka pada farah, berterus terang lah pada dia." aku cuba memberi idea seolah-olah kaunselor.
"mana boleh kak. Kami sekolah lagi. Cikgu tak bagi kapel semua tu."
"eh ye la. Akak terlupa..hehehe. Oklah akak nak balik dulu. Nanti fahmi dengan farah singgahlah rumah nenek bibah ye. Boleh kita sembang lagi. Akak nak jugak kenal dengan farah yang comel tu." aku melompat ke atas tanah. Beg plastik yang penuh dengan buah rambutan ku jinjit kemas.
"ok kak. Nanti fahmi ajak farah. Bye kak" fahmi hanya melambai dari atas dahan.
"assalamualaikum"
"waalaikumsalam"
Tiya melangkah pulang sambil membawa dua beg plastik rambutan yang sudah dikait. Cukuplah untuk makan dikongsi dengan jiran. Anak-anak mak ngah semua sudah bekeluarga dan tinggal di bandar. Setahun sekali baru pulang untuk beraya.
Aku? Kalau diikutkan cerita ibu, memang ramai lagi adik beradikku, tetapi semuanya ada di luar negara bersama ayah dan isteri barunya.
Ya. Ayah dan ibuku sudah berpisah sejak aku berumur 1 tahun. Adik beradikku semuanya di bawah hak penjagaan ayah dan dibawa pulang ke Indonesia. Cuma aku di bawah hak penjagaan ibu, setelah ibu melutut merayu kepada ayah dan nenek di luar mahkamah agar menyerahkan aku yang ketika itu masih menyusu.
Kes ibu dan ayahku pernah dipaparkan di akhbar utama. Pasangan suami isteri berbeza negara berebut hak penjagaan. Yang pasti ayahlah yang memenangi perbicaraan kerana ayah punya sokongan kuat nenekku yang tinggal di Jakarta. Ibu ku pula ketika itu tiada pekerjaan dan hidup disishkan keluarga kerana berkahwin dengan orang luar. Cuma mak ngah sahaja lah yang sudi membantu meringankan beban hidup kami.
Namun setelah ibu meninggal dunia akibat kanser otak, ketika itu aku berumur 18 tahun, ayah datang ke Malaysia untuk mengambilku. Ketika itu mak ngah tidak berhak berbuat apa-apa.
Hidup aku bermula setelah aku meninggalkan mereka yang aku sayang dan bertemu dengan mereka yang membenci aku...
"aku di sini kan selalu menunggu..."

No comments: