Sunday, 24 November 2013

Episod 4 AKU TETAP MENANTIMU

"Selamat datang ke syarikat 3M Holdings. Cik tiya akan diletakkan di bawah bahagian pentadbiran sebagai eksekutif muda pengurusan.
Nanti saya akan bawa cik ke sana."
Tiya tersenyum lebar. Hari ini hari pertama dia bekerja dan semoga hari ini melakar suasana baru dalam hidupnya.
Alangkah bagusnya kalau aku dapat kongsikan kegembiraan ku dengan orang yang aku rindu nak bertemu.
***
"Pak ngah, boleh tiya tanya pasal fatih?" air teh panas ku letak di atas meja. Berhadapan dengan pak ngah.
"Hmm..apa yang tiya nak tahu?" surat khabar diselak perlahan. Pak ngah memandangku.
"Kat mana dia sekarang? apa yang terjadi pada dia selepas tiya pergi indonesia? Kenapa orang kampung macam kata dia... jahat?"
Pak ngah melipat surat khabar dengan kemas.  Air teh diminum dengan cermat. Panas.
"Berat hati pak ngah nak jawab sebab semua jawapan sebenar hanya fatih yang tahu. Selepas tiya pergi, fatih selalu lepak kat dusun seorang diri. Dia ada dapat tawaran belajar di Kl tapi dia tidak mahu. Dia cuma membantu ayahnya mengusahakan ladang sahaja..
...tapi bila ladang mereka semakin maju, timbul banyak pula masalah. Bisnes gulung tikar dan mereka terpaksa berpindah keluar dari kampung ini.. Selepas itu tiada siapa mendengar khabar mengenai mereka."
"Apa masalah nya pak ngah??" aku jadi lebih ingin tahu.
"Suatu hari nanti kamu akan tahu. Pak ngah tak boleh nak bagitahu apa-apa lagi." pak ngah bangun dari kerusi dan menuju ke pintu.
"Pak ngah. Satu lagi soalan. Fatih ada berkahwin dengan Hawa tak?" aku bertanya dengan penuh debar.
Pak ngah menoleh dan memandangku penuh makna. Bibirnya seakan mahu menuturkan sesuatu yang tak terungkap. Seolah-olah itu adalah  makna kepada jawapan yang bukan aku harapkan.

No comments: