Wednesday 16 September 2015

Pengalaman praktikal di sekolah

Bismillah...
Hampir 7 bulan aku tinggalkan blog ni. Bukan sebab dah tak nak menulis, tapi belum ada mood. Ini pun sebab aku download balik apps blogger kat phone. so senang lah aku nak update nanti.
Kadang2 aku rasa macam gila je tulis blog pastu baca sensorang apa yang aku mengarut. Tapi aku rasa ini satu terapi untuk aku muhasabah balik apa yang telah aku lakukan sebelum ini.
btw, let's go back to the main story. Kali ini aku nak ceritakan pengalaman aku sebagai guru praktikal. yup. 7 bulan yang lalu aku dihantar ke sebuah sekolah menengah sebagai guru praktikal subjek fizik dan matematik. Memang ini yang sangat aku nantikan, kira macam kemuncak bagi perjalanan aku sebagai seorang pelajar ijazah pendidikan.
Alhamdulillah aku dihantar ke sekolah yang tak jauh dari universiti, maka aku cuma menyewa bilik di kolej asalku. murah dan mudah untukku berulang alik ke sekolah.
My first day wasn't bad thought. well actually it was great. Datang je sekolah cari dulu cikgu2 praktikal lain dari UPM, UKM dan UM. hampir 12 orang semuanya. kemudian kami masuk ke dewan untuk perhimpunan rasmi dan dah tentulah murid tertanya-tanya siapa cikgu muda yang ramai2 datang ni?
Kemudian kami diberi taklimat mengenai peraturan, budaya, koku, kelas dll. banyak! tapi jujur cakap sekolah ni mencapai tahap expectation aku dimana guru dan murid2 nya dapat menerima kami dengan baik. cuma satu je, aku tak sangka sekolah ni banyak tangga. sampai je kelas mengah jugak dibuatnya. exercise sungguh!!
Kelas pertama yang aku masuk ialah 4###. ini antara kelas yang belakang jugak tapi sebelum masuk tu aku dah ready mental fizikal. Mula2 aku rasa diorang mesti pelik sebab dapat cikgu kecik molek macam aku. mana tak nya, aku pun terkejut dapat anak murid besar macam bapak orang pun ada! well, kelas ni mostly lelaki so biasalah kalau aku kena usik mengusik menggatal tu!
Ada seorang murid tu siap halang aku keluar selagi aku tak setuju nak couple dengan dia! my reaction? aku gelak dan aku gulung2 surat khabar dan belasah dia! dah tentu aku yang menang!
Ada seorang murid ni kira gangster jugak lah. duduk belakang dengan geng dia. aku pulak suka kacau diorang sebab kalau tak diorang bosan dan mula la nak keluar kelas tetiba. kira aku tahap gangster jugak lah sebab buat geng dengan budak gengster? ahhh gengster kecik gittew!
Selain ajar murid ting. 4, aku ajar murid ting. 2 jugak. Perbezaan nya ialah bila aku ajar murid ting. 2, aku lebih kepada mak mak sikit. yelah sikit-sikit nak kena ingatkan keluarkan buku apa, tulis apa, bawak apa, kena bebel la jugak diorang ni. Tapi kalau ajar murid ting 4 aku ajar style kakak kakak. Diorang kira macam bagi kerjasama kat aku sebab aku comel. hahaha bagi la can kat aku nak perasan jap.
pastu satu lagi, beza ajar murid kelas depan dan kelas belakang ialah murid kelas depan agak serius masa belajar tapi lepas habis kelas gila-gila rupanya. murid kelas belakang pulak dari awal sampai habis menggila. aku pun kadang2 naik gila. Tapi overall aku have fun dengan diorang sebab aku dah sayang nak tinggalkan diorang. lepas ni mesti aku rindu nak marah, bebel, belasah, lepak etc dengan diorang.
3 bulan banyak mengajar aku erti pengorbanan seorang guru. Awal pagi bangun pergi sekolah, pagi mengajar, petang meeting atau buat kerja pentadbiran, malam siapkan rph, tengah malam baru tido. pernah aku sampai bilik pukul 7 terus terbaring kepenatan! nasib baik aku belum kahwin kalau tak nak kena pikir suami dengan anak lagi. phewww!
Bila tulis pasal ni..aku rindu pulak dengan cikgu2 praktikal dan murid2 aku.