Thursday, 14 November 2013

Anda kawan yang mana?

I am not a good writer..but unfortunately I love to write..i write everything about my thought of life..
Aku rasa kalau blog ni da berumur berploh-ploh tahun yakni ketika aku sudah beranak lima, mesti penulisan aku akan semakin berbeza, maybe. Sebab sekarang yknow, I do write tapi bukanlah penulisan ilmiah mahupun yang berfaedah..Kadang-kadang terasa annoying dengan apa yang aku tulis selepas menekan butang publish.
Tapi nak buat macam mana, this is me. Kalau aku rajin buat post, maybe aku akan belajar sedikit demi sedikit. Lama-lama penulisan aku akan bertambah baik dan matang.
So today I wanna talk about kawan.
Memanglah semua orang nak jadi kawan yang baik, bukan jadi musuh. Pada pendapat aku, kawan yang baik ialah kawan yang tak menyusahkan kawannya yang lain kecuali perlu. Tetapi kawan yang baik juga ialah kawan yang sanggup menolong kawan yang lain jika mampu. Confuse ke?
Contoh nya la. A dan B kawan baik. A selalu minta tolong dari B dan B pula sangat baik hati dan selalu menolong A. Tetapi B mula perasan yang A ni pemalas dan selalu mengharapkan orang lain. Jadi satu hari A minta tolong B beli makanan tetapi B suruh A beli sendiri. Dalam hati B ada rasa bersalah sebab tak tolong A. Adakah B salah sebab tidak menolong A sebagai kawan?
Entahlah kadang2 ada kawan yang suka ambil kesempatan terhadap kawannya yang lain. Ada juga kawan yang suka melakukan semuanya sendiri dan berdikari walaupun ramai yang nak membantu.
Ini perkara biasa kan..
Kawan=sahabat=teman=friend

No comments: