Monday 23 June 2014

done final exam sem6

Alhamdulillah..

Final exam sudah habis. Cukup enam sem aku di IPTA ini dan sudah terlalu banyak yang aku hadapi semester ini. Projek tahun akhir, masalah dengan roommate, kereta, savings dan macam-macam lagi..

Tetapi semua masalah dunia ni tak akan selesai macam tu sahaja.. terkadang aku mengeluh, terkadang aku menangis, terkadang aku ingin menjerit sepuasnya..Namun aku ada keluarga sebagai kekuatan, kelemahan aku sebagai panduan, dan kelebihan aku sebagai dorongan..dan yang paling penting.. aku ada Tuhan yang Maha Mengetahui..

Projek tahun akhir aku masih lagi di awangan, aku memerlukan semangat dan daya usaha yang tinggi untuk menghasilkan yang terbaik serta membanggakan penyeliaku.. aku memerlukan sesuatu yang dinamakan sebagai passion (baca: semangat) untuk aku menyiapkan projek tahun akhir pada akhir semester 7 nanti.. aku sangat-sangat memerlukan passion itu..please come to mama..

yup, aku manusia biasa. ada nafsu ada amarah ada ego ada baik dan buruknya. Hubungan ku dengan roommate jadi tidak keruan, tidak serasi dan aku memutuskan untuk keluar dari bilik untuk sebagai jalan penyelesaian dan untuk aku mendapatkan ketenangan. tiada niat mahu mencetuskan perselisihan, namun setiap yang berlaku ada hikmahnya.. sebagai pedoman untuk kami berdua..

dan cabarannya pada semester ini ialah kewangan. aku cuba yakinkan diri bahawa duit bukan segala-galanya, tetapi kau pun tahu bahawa tanpa duit kita tidak mampu berbuat apa-apa. aku cuba bertoleransi dengan duit, aku cuba megukur baju di badan sendiri, aku cuba meng'cut-off' kan segala perbelanjaan yang tidak perlu. tetapi akhirnya aku meminta duit dari ayah ku jua kerana tidak cukup. dua tahun aku cuma bergantung harap pada duit pinjaman ptptn tanpa meminta duit ayah, tetapi semakin hampir aku ke tahun akhir, semakin aku perlukan duit.. dan aku bukanlah 'bussiness-minded' seperti pelajar lain yang ada masa untuk berbisnes ketika belajar..namun aku bersyukur punya keluarga yang memahami..

tak semua yang aku harapkan pada semester ini menjadi kenyataan. banyak halangan yang aku sendiri tak duga, banyak perancangan yang tertunda dan banyak harapan yang terbiar begitu sahaja..

dan aku masih di sini, menunggu esok hari untuk pulang ke hometown (kampung halaman).