Wednesday 13 July 2016

Tips memilih laluan kerjaya selepas spm/asasi/matrikulasi

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian dariku selepas seminggu berhari raya...saya pasti ketika mengunjungi sanak saudara, ramai yang akan mengambil tahu sedikit sebanyak perkembangan diri masing-masing bukan? Sebagai contoh:

1. Dah kerja ke belum?
2. Tengah ambil course apa sekarang di universiti?
3. Buat apa lepas SPM ni?
4. Plan nak amik course apa kat universiti?
5. Macam-macam lagi...

Mungkin ada yang sudah menemui jawapan untuk setiap persoalan, mungkin juga ada yang masih berkira-kira dengan jawapan sendiri bahkan mungkin ada juga yang masih tidak tahu apa perancangan untuk masa depan.

Mari baca kisah impian kerjaya saya dari kecil.

Tadika: Di saat ini kita kurang didedahkan dengan pilihan kerjaya kerana di saat kecil kita hanya belajar asas kehidupan seperti bermain, berkawan, mengenal ABC 123, makan minum dan sebagainya. Kerjaya yang paling hampir dekat dengan kita adalah pekerjaan ibu bapa kita. Sebagai contoh ayah saya seorang peniaga dan ibu saya membantu ayah saya di kedai. ketika itu pekerjaan yang saya tahu cuma peniaga dan guru. Jika diberi pilihan antara kedua kerjaya tersebut, maka saya pilih untuk menjadi guru. Sehinggakan jiran india saya memanggil saya dengan gelaran cikgu sejak kecil (disebabkan nama saya yang panjang dan susah disebut).

Sekolah rendah: Saya masih lagi kurang didedahkan dengan pekerjaan dunia sebenar. Ketika ingin mengisi borang 001, guru kelas saya hanya menulis senarai pekerjaan2 di malaysia di papan hitam dan meminta kami memilih 3 daripadanya sebagai pilihan kerjaya kami. Dan disaat itu kami tidak tahu banyak mengenai pekerjaan tersebut. Rujukan kami hanya pada media television, seperti drama dan berita. Saya pun memilih untuk menjadi guru, jururawat dan surirumah. Ada banyak lagi pilihan kerjaya lain yang rakan-rakan saya pilih seperti juruterbang, pramugari, peguam, doktor dan polis. Namun bagi saya ketika itu, saya memilih pekerjaan yang saya suka lihat di tv. Guru sudah tentu cita-cita saya sejak kecil, jururawat pula nampak comel berpakaian sut putih dan surirumah pula sebab saya lihat ibu saya nampak hebat di rumah menjaga keluarga kami.

Sekolah menengah: Kali ini saya didedahkan dengan satu lagi pekerjaan baru iaitu Arkitek. Kenapa? sebab saya sudah minat melukis. Saya banyak melukis design rumah impian saya berdasarkan rumah-rumah yang saya lihat secara real dan di tv. Ketika ini saya tidak mahu lagi menjadi guru mahupun jururawat. Saya belajar matematik dengan bersungguh-sungguh demi cita-cita saya itu.

Ketika di tingkatan 4, saya mula mengambil subjek matematik tambahan namun saya kerap mendapat markah rendah, ini banyak melunturkan semangat saya untuk menjadi arkitek. Ditambah lagi dengan cerita pengalaman abang kepada kawan baik saya yang juga seorang arkitek (saya crush sekejap dengan aband kawan saya itu kerana dia seorang arkitek), katanya kerjaya ini susah apatah lagi untuk seorang wanita. Saya yang juga semakin lemah dalam matematik semakin melupakan hasrat saya untuk menjadi arkitek, malah saya juga sudah jarang melukis. Dan apabila ditanya apa cita-cita saya, saya menjawab tidak tahu. Ketika itu subjek khusus yang saya paling minat ialah fizik (kerana sering mendapat A). Maka saya berkira-kira kerjaya apa yang sesuai dengan subjek fizik. Kata mereka jadilah engineer tetapi saya tidak suka bekerja dalam kelompok lelaki dan saya tidak suka bekerja diluar. Sampai habis SPM saya tidak tahu apa pilihan kerjaya saya. Saya cuma belajar bersungguh sungguh dalam semua subjek untuk dihadiahkan kepada ayah ibu saya. Alhamdulillah saya mendapat A untuk fizik, B untuk kimia dan matematik tambahan serta C untuk biologi.

Kata mereka, budak pandai biasanya akan menjadi doktor (ketika itu kononnya saya salah seorang pelajar terbaik sekolah dengan keputusan 8A SPM) tetapi saya tidak suka darah dan saya tidak berani dengan benda-benda hidup. Nak jadi akauntan, saya tak minat mengira dan saya juga tidak ambil subjek perakaunan dan ekonomi. Ketika itu ada satu lagi kerjaya yang saya baru tahu iaitu actuarist. Kata mereka kerjaya itu antara yang mendapat gaji tinggi seperti doktor. tetapi masalahnya banyak menggunakan konsep matematik. saya tak minat. Peguam? saya tidak suka berbahas dengan orang. Oleh kerana saya tidak pasti mahu menjadi apa, maka saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di matrikulasi dan saya menolak tawaran asasi sains pertanian di UPM dek kerana saya sangka pelajar asasi sains pertanian akan menyambung ijazah dalam bidang pertanian sahaja (rupanya saya salah, ianya sama sahaja seperti asasi lain hahahaha). lain kali banyakkan membaca.

Matrikulasi: Saya masih lagi skor untuk subjek Fizik, subjek kimia masih di peringkat sederhana manakala masih lemah dengan subjek matematik. Dan saya mula membuat pembacaan apakah kerjaya yang sesuai dengan saya yang sangat meminati subjek fizik ini. Ketika saya perlu mengisi borang UPU, saya mengambil kira keputusan ayah dan ibu saya. Kenapa? sebab saya dahulunya bukan seorang anak yang baik. pernah mencuri, menipu mak ayah dan ponteng kelas, ponteng puasa dan banyak lagi lah. Allah kurniakan hidayah kepada saya supaya saya menjadi lebih matang dan berbakti kepada mereka. Impian mereka adalah impian saya juga.

Ayah: kamu pilihlah apa yang kamu nak jadi. Ayah ikut je keputusan kamu asalkan kamu bahagia.

Ibu: kamu jadilah cikgu, senang nak dapat cuti. Kerja kerajaan. Senang nak balik kampung. Jangan pilih universiti jauh sangat.

Maka saya pun membuat keputusan. ketika itu saya perlu mengisi 8 pilihan kursus untuk menyambung ijazah.

Pilihan 1 : Ijazah sarjana muda sains dengan pendidikan Fizik UPM (sebab minat fizik)
Pilihan 2 : Ijazah TESL UPSI (minat speaking omputeh tapi tak terer mana)
Pilihan 3 : Ijazah farmasi (sebab teringin nak kerja di hospital tapi tak nak jadi doktor)
Pilihan 4 : Ijazah sains aktuari (mana tau jodoh dapat keje gaji beso)
Pilihan 5 -7 : tak ingat. main hentam je isi. tapi universiti pilihan UIA, UM, UKM, UPM. dekat dengan rumah.
Pilihan 8 : Diploma kejururawatan UKM (main hentam je la dengan harapan kalau dapat yang ni, Saya akan tolak tawaran sebab takut nak cucuk orang)

Saya dapat temuduga untuk guru dan farmasi. Saya pergi je dua-dua sebab tak tahu mana satu yang Allah akan beri. Cuma sejujurnya, masa pergi interview famasi kat USM dulu tak ready sebenarnya. Saya cuma study sikit sikit je seolah olah dah redha dapat ke tak. masa interview susah gila kot soalannya. Tapi masa temuduga guru kat UPSI, kemain lagi study macam-macam especially pasal fizik tu ye la kan subjek feveret. Tapi rupanya masa interview, rilek rilek je tak susah mana.

Universiti: Alhamdulillah akhirnya rezeki saya dapat belajar di UPM. Masa ni saya dah tahu nak rancang masa depan. Kerjaya impian saya ialah nak jadi seorang guru fizik! Maka saya pun belajar dengan bersungguh-sungguh cuma cabarannya ialah saya masih lagi perlu mengambil subjek matematik. matematik dan fizik takkan terpisah, saling berkait jugak. Walaupun tak pernah dapat dekan sepanjang 4 tahun belajar, namun saya berjaya grad dengan cemerlang! syukurrr...

Kerja: Selepas habis praktikal, saya kerja part time di taska dan sambil-sambil tu saya isi borang kerja kosong online dan hantar banyak resume melalui pos. Sebulan lepas tu dapat tawaran kerja di KL sebagai eksekutif pentadbiran dan pemasaran. Company biasa je tapi saya lulus interview dan macam-macam saya belajar dari bos dan rakan sekerja. Tak sangka ijazah pendidikan pun boleh masuk kerja dalam bidang korporat! Saya plan nak kerja ni sampai dapat posting mengajar. mungkin dalam setahun dua kot. Ada lagi interview kerja yang lain tapi sebab saya dah selesa dengan company ni so stay la dulu kot. Timba pengalaman dulu. Bos pun banyak memberi kepercayaan kepada saya untuk handle proposal projek.

Tapi selepas dua bulan kerja, perancangan Allah maha hebat. Dalam banyak2 resume yang saya hantar, rupanya saya pernah hantar resume sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41  di sebuah universiti. Serius saya dah lupa sebab bersepah resume yang dah hantar. Disebabkan dah memang bidang saya dalam pendidikan, so saya pun pergilah interview senyap2 tak bagitahu bos dulu (gila nanti bos mengamuk. dah lah dia nak confirm kan kerja saya awal). Hari interview sama tarikh dengan hari konvokesyen. Interview pagi, konvokesyen petang. Maka saya call urusetia tempat interview untuk letak saya sebagai calon pertama sebab nak habis cepat (berani betul. konfiden je nak interview). Ok dah deal, pagi tu saya gerak dari rumah kakak (1 jam dari tempat interview). Ditakdirkan tayar kereta pancit di tengah jalan dan tinggal lagi setengah jam sebelum pukul 10. Gila!!!!  tak fikir apa dah, Call urusetia bagitahu saya ada masalah dan akan sampai lewat, kalau saya tak sempat sampai, saya cakap mungkin bukan rezeki. So saya parking tepi jalan dan keluar jalan kaki cari bengkel terdekat. Last-last ada kedai pomen ni (bukan kedai tayar) dan saya minta tolong dia tukar tayar spare. Alhamdulillah sempat sampai tepat pukul 10, dan semuanya berjalan dengan lancar....... kini saya bekerja tetap sebagai tenaga pengajar di universiti ini.

6 bulan kerja di universiti, KPM akhirnya panggil untuk interview posting guru. Saya tidak lagi berkira-kira untuk pergi interview tersebut. Saya call urusetia untuk maklumkan bahawa saya tidak akan hadir pada hari tersebut kerana sudah mempunyai pekerjaan tetap. Saya ingin memberi peluang kepada rakan-rakan saya yang masih lagi menunggu tawaran kerja. Lagipun saya sudah sayang dan selesa dengan kerja sekarang ini. Mungkin inilah satu platform yang terbaik untuk saya yang Allah dah takdirkan setelah pelbagai cabaran yang saya hadapi.

Buat adik-adik dan pelajar saya yang masih tidak tahu untuk memilih kerjaya pilihan anda, baca ini:

1. Minat : saya nasihatkan supaya anda kenalpasti dahulu minat anda, jangan pilih kerjaya berdasarkan populariti dan gaji yang ditawarkan. Saya tahu sebab saya mengajar bakal-bakal doktor dan ada yang kecundang di tengah jalan kerana mereka tidak minat, hanya demi memenuhi impian ibu bapa sahaja.

2. Banyak buat pembacaan dan kajian : Selidik dahulu kerjaya apa yang sesuai dengan minat anda, universiti apa yang tawarkan kerjaya tersebut dan apa yang perlu anda capai untuk mendapat kan laluan kerjaya tersebut.

3. Target: buat target dan capai matlamat anda. Contohnya jika anda mahu menjadi peguam, apakah subjek2 yang anda perlu skor. begitu juga dengan kerjaya2 lain.

4. Timba pengalaman dan asah kemahiran: Untuk mencapai kerjaya impian anda, jangan hanya bergantung pada akademik. libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan untuk meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi anda. Aktifkan diri dengan pelbagai program untuk asah kemahiran kepimpinan, jati diri dan kemahiran kerja dalam pasukan. Ini sangat berguna untuk sesi temuduga dan ketika bekerja nanti.

5. Doa ibu bapa dan bertawakal kepada ALLAH; yang ini sangat penting. Doa mereka sangat makbul maka mintalah izin dan redha mereka sebelum anda membuat keputusan. Jika mereka tidak setuju, cubalah pujuk dengan lembut dan berhikmah dan akhirnya serhkan segalanya pada Allah. Tawakkal. Perancangan anda sudah kuat tetapi perancangan Allah adalah segala-segalanya.

Semoga anda lebih bersemangat dan yakin untuk menentukan siapa diri anda di masa hadapaan! tidak kira lah siapa anda, ahli bisnes, pemilik restoran, peguam, kerani, penjaga tol, tukang masak, pencuci, operator, ejen insurans dan apa-apa jua pekerjaan anda yang halal, anda seorang yang hebat kerana anda mempunyai matlamat hidup dan kerjaya.

Selamat menyumbang bakti kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara! Semoga bermanfaat dan semoga Allah redha dengan kita semua!

Ikhlas dari saya.
xoxo.
Miss L.