Sunday, 10 November 2013

hidup tiada life

kdg2 aku rasa macam tak ada life..
bangun pagi menghadap assignment,
makan bila aku rajin sahaja,
keluar bila ada orang ajak,
tidur bila aku mahu,

terkadang aku terfikir,
kenapa hidup aku tidak macam drama tv,
penuh konflik sana sini..
bergaduh dengan pakwe yang playboy,
ayah paksa kahwin dengan lelaki kaya anak dato',
aku sebenarnya anak angkat dari sebuah keluarga diraja ke,
aku menang cabutan bertuah ke,
aku eksiden terlanggar mr arrogant ke,
aku tiba-tiba femes macam shasha 'macam comey je' ke,
aku masuk paper akhbar, tv stesen utama sbb kahwin dengan fizo omar ke..
kenapa ye?

kadang-kadang aku rasa bosan, aku tengok drama yang aku tahu bosan,
so kalau aku nak mengelakkan bertambah bosan, 
aku 'jump into' jalan cerita dan aku membayangkan watak itu aku,
tapi kebiasaannya bila aku pegang watak tu, tindakan aku berbeza,
sebab aku ada cara aku tersendiri, 
nak bagi idea kat penulis skrip dengan pengarah pun x sempat,
cerita dah ditayangkan,
itu pun kalau pengarah drama tu kenal aku.. *verangan tetibe*

sambung balik pasal tak ada life tu..
aku rasa aku patut force myself untuk rasa bersyukur..
mungkin aku tak ada  konflik hidup yang begitu hebat sebab mungkin aku tak mampu hadapinya nanti,
mungkin aku akan putus asa dengan hidup atau aku jadi lebih teruk,

so aku patut selesa dengan hidup aku sekarang..
x ada masalah besar sampai tahap nak bunuh diri,
setakat masalah belajar, budak darjah satu pun tak suka buat kerja rumah dan exam,
setakat pasal couple tu, belum tentu dia jodoh aku,
setakat masalah keluarga, belum sampai tahap berpecah belah, cuma gaduh2 manja,

budak perempuan dewasa ni rasa hidupnya perlu ada 'life'. tp macam mana erti 'life' yang sebenar?
xperlu sampai report ke balai polis
"encik, saya hilang 'life' saya...tolong saya cari.."
"adik, adakah 'life' adik itu seekor kucing?"

tapi report lah pada yang Maha Esa,
"Ya Allah aku memohon padaMu kehidupan yang sempurna, rezeki yang berkat , hati yang tenang, jiwa yang bersih , kebahagiaan dan keselamatan di Dunia dan Akhorat. Amin."

No comments: