Saturday 17 September 2016

Menjadi seorang perempuan itu part 2


langkah terhenti
perjalanannya sudah jauh
tiba di satu kota kedamaian
perempuan kini penuh senyuman

sehingga tiba suatu ketika
putera tiba bertanyakan kunci
perempuan sembunyi
kebenaran belum terbukti

putera masih mencari
diyakini si dia idaman hati
yang sekian lama dinanti
dikhabarkan di serata
putera bersedia menjadi peneman mimpi

lama perempuan bersembunyi
belum ada kekuatan untuk tampil diri

sehingga perempuan akur
hidupnya indah belum ada cerita
tuhan mencipta keduanya
untuk bersama memeluk sempurna

perempuan dengan berani hati
bertemu dengan pemilik kunci
putera berdiam diri
disangkanya seorang puteri
rupanya hanya perempuan ini

tuan
menjadi seorang perempuan ini tidak mudah
disaat hatinya ingin dimiliki akalnya mencemburui
lalu dikunci hati jasad dibawa pergi
kunci yang tuan temui
belum tentu mampu membuka hati
andai bisa membuka hati
belum tentu akal meyakini

tuan
andai mahu dilontarkan kembali kunci
mohon lontarkan dari gaung tinggi
biar ia ke dasar lautan
supaya langsung tidak ditemui

perempuan berpaling pergi
dengan sesal yang mencengkam hati
mengapa putera masih terdiam sepi?
kebodohan apa yang perempuan lakukan
menurut kata hati melontar mimpi

perempuan membina tembok tinggi
biar tidak mampu didaki

Menjadi seorang perempuan itu part 1


Perempuan itu buta hatinya
arah tujuan tidak kelihatan
hanya menurut kata hati
yang mabuk dek kata-kata cinta
terhuyung hayang melayan perasaan

lupa akan segalanya
namun perempuan itu lupa
hati nya terlalu rapuh
akalnya terlalu nipis

saat matanya terbuka
nampak cahaya menerobos mata
jalan nya kian terang
tangannya digenggam

dia seorang perempuan
yang sedar kelemahan
bukan untuk diketawakan

menjadi seorang perempuan
bukan untuk dipermainkan
bukan untuk dilempar nista
kata keji caci merata

lalu menjadi seorang perempuan itu apa?

pedulikan pertanyaan
perempuan itu mengunci hatinya rapat
lalu dilempar kunci itu jauh
biar tiada siapa ketemu

perempuan itu berjalan lurus
sendiri walau sunyi
senyuman dilakar walaupun sukar
menahan sinis nya pandangan ramai

pedulikan pandangan itu
mereka harus tahu
menjadi seorang perempuan itu
bukan satu ketakutan!


Akal dan hati

Duhai hati...

Apa yang sebenarnya yang kau mahukan..

Hati berkata...

Berikan aku ketenangan..

Yang juga akhirnya memberikan kau kebahagiaan..

Tanya sama akal..

Adakah kebahagiaan itu satu pilihan?

Atau takdir yang kadangkala menjadi ujian?

Akal berkata...

Ikut lah kata hati..

Namun bawa lah aku sekali..

Agar andai hati terluka nanti..

Aku kan sentiasa menemani..

*****************************************************




Wednesday 3 August 2016

Kau harus hadapi semua ini


Selama ini..

Kita rasa hidup kita sudah cukup dengan apa adanya.... sehinggalah ...

Allah berikan kita dugaan yang kita tak pernah duga.

Selama ini kita hidup di dalam 'comfort zone'.. mengucapkan syukur atas nikmatnya..

tak pernah iri dengan orang lain... sehinggalah...

Allah uji kita dengan beberapa pilihan yang harus kita pilih...

Lalu harus ke mana kita mahu lari?

Sejauh mana kau boleh pergi?

Selama mana kau boleh menyembunyikan diri?

Suatu saat nanti kau perlu hadapi ini..

Atau kau yang harus mati.

Miss L
3 Ogos 2016
2.24pm

Wednesday 13 July 2016

Tips memilih laluan kerjaya selepas spm/asasi/matrikulasi

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian dariku selepas seminggu berhari raya...saya pasti ketika mengunjungi sanak saudara, ramai yang akan mengambil tahu sedikit sebanyak perkembangan diri masing-masing bukan? Sebagai contoh:

1. Dah kerja ke belum?
2. Tengah ambil course apa sekarang di universiti?
3. Buat apa lepas SPM ni?
4. Plan nak amik course apa kat universiti?
5. Macam-macam lagi...

Mungkin ada yang sudah menemui jawapan untuk setiap persoalan, mungkin juga ada yang masih berkira-kira dengan jawapan sendiri bahkan mungkin ada juga yang masih tidak tahu apa perancangan untuk masa depan.

Mari baca kisah impian kerjaya saya dari kecil.

Tadika: Di saat ini kita kurang didedahkan dengan pilihan kerjaya kerana di saat kecil kita hanya belajar asas kehidupan seperti bermain, berkawan, mengenal ABC 123, makan minum dan sebagainya. Kerjaya yang paling hampir dekat dengan kita adalah pekerjaan ibu bapa kita. Sebagai contoh ayah saya seorang peniaga dan ibu saya membantu ayah saya di kedai. ketika itu pekerjaan yang saya tahu cuma peniaga dan guru. Jika diberi pilihan antara kedua kerjaya tersebut, maka saya pilih untuk menjadi guru. Sehinggakan jiran india saya memanggil saya dengan gelaran cikgu sejak kecil (disebabkan nama saya yang panjang dan susah disebut).

Sekolah rendah: Saya masih lagi kurang didedahkan dengan pekerjaan dunia sebenar. Ketika ingin mengisi borang 001, guru kelas saya hanya menulis senarai pekerjaan2 di malaysia di papan hitam dan meminta kami memilih 3 daripadanya sebagai pilihan kerjaya kami. Dan disaat itu kami tidak tahu banyak mengenai pekerjaan tersebut. Rujukan kami hanya pada media television, seperti drama dan berita. Saya pun memilih untuk menjadi guru, jururawat dan surirumah. Ada banyak lagi pilihan kerjaya lain yang rakan-rakan saya pilih seperti juruterbang, pramugari, peguam, doktor dan polis. Namun bagi saya ketika itu, saya memilih pekerjaan yang saya suka lihat di tv. Guru sudah tentu cita-cita saya sejak kecil, jururawat pula nampak comel berpakaian sut putih dan surirumah pula sebab saya lihat ibu saya nampak hebat di rumah menjaga keluarga kami.

Sekolah menengah: Kali ini saya didedahkan dengan satu lagi pekerjaan baru iaitu Arkitek. Kenapa? sebab saya sudah minat melukis. Saya banyak melukis design rumah impian saya berdasarkan rumah-rumah yang saya lihat secara real dan di tv. Ketika ini saya tidak mahu lagi menjadi guru mahupun jururawat. Saya belajar matematik dengan bersungguh-sungguh demi cita-cita saya itu.

Ketika di tingkatan 4, saya mula mengambil subjek matematik tambahan namun saya kerap mendapat markah rendah, ini banyak melunturkan semangat saya untuk menjadi arkitek. Ditambah lagi dengan cerita pengalaman abang kepada kawan baik saya yang juga seorang arkitek (saya crush sekejap dengan aband kawan saya itu kerana dia seorang arkitek), katanya kerjaya ini susah apatah lagi untuk seorang wanita. Saya yang juga semakin lemah dalam matematik semakin melupakan hasrat saya untuk menjadi arkitek, malah saya juga sudah jarang melukis. Dan apabila ditanya apa cita-cita saya, saya menjawab tidak tahu. Ketika itu subjek khusus yang saya paling minat ialah fizik (kerana sering mendapat A). Maka saya berkira-kira kerjaya apa yang sesuai dengan subjek fizik. Kata mereka jadilah engineer tetapi saya tidak suka bekerja dalam kelompok lelaki dan saya tidak suka bekerja diluar. Sampai habis SPM saya tidak tahu apa pilihan kerjaya saya. Saya cuma belajar bersungguh sungguh dalam semua subjek untuk dihadiahkan kepada ayah ibu saya. Alhamdulillah saya mendapat A untuk fizik, B untuk kimia dan matematik tambahan serta C untuk biologi.

Kata mereka, budak pandai biasanya akan menjadi doktor (ketika itu kononnya saya salah seorang pelajar terbaik sekolah dengan keputusan 8A SPM) tetapi saya tidak suka darah dan saya tidak berani dengan benda-benda hidup. Nak jadi akauntan, saya tak minat mengira dan saya juga tidak ambil subjek perakaunan dan ekonomi. Ketika itu ada satu lagi kerjaya yang saya baru tahu iaitu actuarist. Kata mereka kerjaya itu antara yang mendapat gaji tinggi seperti doktor. tetapi masalahnya banyak menggunakan konsep matematik. saya tak minat. Peguam? saya tidak suka berbahas dengan orang. Oleh kerana saya tidak pasti mahu menjadi apa, maka saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di matrikulasi dan saya menolak tawaran asasi sains pertanian di UPM dek kerana saya sangka pelajar asasi sains pertanian akan menyambung ijazah dalam bidang pertanian sahaja (rupanya saya salah, ianya sama sahaja seperti asasi lain hahahaha). lain kali banyakkan membaca.

Matrikulasi: Saya masih lagi skor untuk subjek Fizik, subjek kimia masih di peringkat sederhana manakala masih lemah dengan subjek matematik. Dan saya mula membuat pembacaan apakah kerjaya yang sesuai dengan saya yang sangat meminati subjek fizik ini. Ketika saya perlu mengisi borang UPU, saya mengambil kira keputusan ayah dan ibu saya. Kenapa? sebab saya dahulunya bukan seorang anak yang baik. pernah mencuri, menipu mak ayah dan ponteng kelas, ponteng puasa dan banyak lagi lah. Allah kurniakan hidayah kepada saya supaya saya menjadi lebih matang dan berbakti kepada mereka. Impian mereka adalah impian saya juga.

Ayah: kamu pilihlah apa yang kamu nak jadi. Ayah ikut je keputusan kamu asalkan kamu bahagia.

Ibu: kamu jadilah cikgu, senang nak dapat cuti. Kerja kerajaan. Senang nak balik kampung. Jangan pilih universiti jauh sangat.

Maka saya pun membuat keputusan. ketika itu saya perlu mengisi 8 pilihan kursus untuk menyambung ijazah.

Pilihan 1 : Ijazah sarjana muda sains dengan pendidikan Fizik UPM (sebab minat fizik)
Pilihan 2 : Ijazah TESL UPSI (minat speaking omputeh tapi tak terer mana)
Pilihan 3 : Ijazah farmasi (sebab teringin nak kerja di hospital tapi tak nak jadi doktor)
Pilihan 4 : Ijazah sains aktuari (mana tau jodoh dapat keje gaji beso)
Pilihan 5 -7 : tak ingat. main hentam je isi. tapi universiti pilihan UIA, UM, UKM, UPM. dekat dengan rumah.
Pilihan 8 : Diploma kejururawatan UKM (main hentam je la dengan harapan kalau dapat yang ni, Saya akan tolak tawaran sebab takut nak cucuk orang)

Saya dapat temuduga untuk guru dan farmasi. Saya pergi je dua-dua sebab tak tahu mana satu yang Allah akan beri. Cuma sejujurnya, masa pergi interview famasi kat USM dulu tak ready sebenarnya. Saya cuma study sikit sikit je seolah olah dah redha dapat ke tak. masa interview susah gila kot soalannya. Tapi masa temuduga guru kat UPSI, kemain lagi study macam-macam especially pasal fizik tu ye la kan subjek feveret. Tapi rupanya masa interview, rilek rilek je tak susah mana.

Universiti: Alhamdulillah akhirnya rezeki saya dapat belajar di UPM. Masa ni saya dah tahu nak rancang masa depan. Kerjaya impian saya ialah nak jadi seorang guru fizik! Maka saya pun belajar dengan bersungguh-sungguh cuma cabarannya ialah saya masih lagi perlu mengambil subjek matematik. matematik dan fizik takkan terpisah, saling berkait jugak. Walaupun tak pernah dapat dekan sepanjang 4 tahun belajar, namun saya berjaya grad dengan cemerlang! syukurrr...

Kerja: Selepas habis praktikal, saya kerja part time di taska dan sambil-sambil tu saya isi borang kerja kosong online dan hantar banyak resume melalui pos. Sebulan lepas tu dapat tawaran kerja di KL sebagai eksekutif pentadbiran dan pemasaran. Company biasa je tapi saya lulus interview dan macam-macam saya belajar dari bos dan rakan sekerja. Tak sangka ijazah pendidikan pun boleh masuk kerja dalam bidang korporat! Saya plan nak kerja ni sampai dapat posting mengajar. mungkin dalam setahun dua kot. Ada lagi interview kerja yang lain tapi sebab saya dah selesa dengan company ni so stay la dulu kot. Timba pengalaman dulu. Bos pun banyak memberi kepercayaan kepada saya untuk handle proposal projek.

Tapi selepas dua bulan kerja, perancangan Allah maha hebat. Dalam banyak2 resume yang saya hantar, rupanya saya pernah hantar resume sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41  di sebuah universiti. Serius saya dah lupa sebab bersepah resume yang dah hantar. Disebabkan dah memang bidang saya dalam pendidikan, so saya pun pergilah interview senyap2 tak bagitahu bos dulu (gila nanti bos mengamuk. dah lah dia nak confirm kan kerja saya awal). Hari interview sama tarikh dengan hari konvokesyen. Interview pagi, konvokesyen petang. Maka saya call urusetia tempat interview untuk letak saya sebagai calon pertama sebab nak habis cepat (berani betul. konfiden je nak interview). Ok dah deal, pagi tu saya gerak dari rumah kakak (1 jam dari tempat interview). Ditakdirkan tayar kereta pancit di tengah jalan dan tinggal lagi setengah jam sebelum pukul 10. Gila!!!!  tak fikir apa dah, Call urusetia bagitahu saya ada masalah dan akan sampai lewat, kalau saya tak sempat sampai, saya cakap mungkin bukan rezeki. So saya parking tepi jalan dan keluar jalan kaki cari bengkel terdekat. Last-last ada kedai pomen ni (bukan kedai tayar) dan saya minta tolong dia tukar tayar spare. Alhamdulillah sempat sampai tepat pukul 10, dan semuanya berjalan dengan lancar....... kini saya bekerja tetap sebagai tenaga pengajar di universiti ini.

6 bulan kerja di universiti, KPM akhirnya panggil untuk interview posting guru. Saya tidak lagi berkira-kira untuk pergi interview tersebut. Saya call urusetia untuk maklumkan bahawa saya tidak akan hadir pada hari tersebut kerana sudah mempunyai pekerjaan tetap. Saya ingin memberi peluang kepada rakan-rakan saya yang masih lagi menunggu tawaran kerja. Lagipun saya sudah sayang dan selesa dengan kerja sekarang ini. Mungkin inilah satu platform yang terbaik untuk saya yang Allah dah takdirkan setelah pelbagai cabaran yang saya hadapi.

Buat adik-adik dan pelajar saya yang masih tidak tahu untuk memilih kerjaya pilihan anda, baca ini:

1. Minat : saya nasihatkan supaya anda kenalpasti dahulu minat anda, jangan pilih kerjaya berdasarkan populariti dan gaji yang ditawarkan. Saya tahu sebab saya mengajar bakal-bakal doktor dan ada yang kecundang di tengah jalan kerana mereka tidak minat, hanya demi memenuhi impian ibu bapa sahaja.

2. Banyak buat pembacaan dan kajian : Selidik dahulu kerjaya apa yang sesuai dengan minat anda, universiti apa yang tawarkan kerjaya tersebut dan apa yang perlu anda capai untuk mendapat kan laluan kerjaya tersebut.

3. Target: buat target dan capai matlamat anda. Contohnya jika anda mahu menjadi peguam, apakah subjek2 yang anda perlu skor. begitu juga dengan kerjaya2 lain.

4. Timba pengalaman dan asah kemahiran: Untuk mencapai kerjaya impian anda, jangan hanya bergantung pada akademik. libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan untuk meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi anda. Aktifkan diri dengan pelbagai program untuk asah kemahiran kepimpinan, jati diri dan kemahiran kerja dalam pasukan. Ini sangat berguna untuk sesi temuduga dan ketika bekerja nanti.

5. Doa ibu bapa dan bertawakal kepada ALLAH; yang ini sangat penting. Doa mereka sangat makbul maka mintalah izin dan redha mereka sebelum anda membuat keputusan. Jika mereka tidak setuju, cubalah pujuk dengan lembut dan berhikmah dan akhirnya serhkan segalanya pada Allah. Tawakkal. Perancangan anda sudah kuat tetapi perancangan Allah adalah segala-segalanya.

Semoga anda lebih bersemangat dan yakin untuk menentukan siapa diri anda di masa hadapaan! tidak kira lah siapa anda, ahli bisnes, pemilik restoran, peguam, kerani, penjaga tol, tukang masak, pencuci, operator, ejen insurans dan apa-apa jua pekerjaan anda yang halal, anda seorang yang hebat kerana anda mempunyai matlamat hidup dan kerjaya.

Selamat menyumbang bakti kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara! Semoga bermanfaat dan semoga Allah redha dengan kita semua!

Ikhlas dari saya.
xoxo.
Miss L.

Friday 24 June 2016

Tips masuk ke universiti untuk 'skema' people

Assalamualaikum

Sudah hampir 3 minggu sejak semester 1 bermula dan aku dari awal sudah kalah dengan tanggapanku. Apakah expectation aku itu? Kematangan pelajar yang baru melangkah masuk ke alam universiti/asasi/matrikulasi.

Entah. Aku menganggap usia 18 tahun sudah cukup mengajar erti kedewasaan tapi aku silap. Genetik dan sel-sel manusia berbeza komposisinya (ah mengapa biologi pula ni?). Atau mungkin benar aku selalu anggap orang lain bisa menjadi seperti aku?

Seawal tingkatan 3, walaupun bertubuh kecil dan berwajah comel (a.k.a awet muda) namun aku sering dikatakan matang dari segi pemikiran. Tidak cepat melatah, sering membuat persembahan pentas, dilantik menjadi pimpinan sekolah dan mewakili sekolah ke acara luar. Malah aku sering dirujuk jika ingin membuat keputusan atau perancangan. Dan aku tidak gelabah jika dicampak ke tempat baru, mudah untuk aku menyesuaikan diri (walaupun terpaksa ku relakan apabila dihantar ke hutan yang airnya ciput ciput). Maka, itu expectation aku apabila pelajar-pelajar 18 tahun ini menjadi pelajar ku. Namun telahanku hanya 70% benar.

Namun aku tidak cepat melatah. Ini bukan perkara luar biasa, Aku perlu adaptasi dengan situasi ini disamping mencari solusi. Alhamdulillah berkat pengalamanku mengajar seorang pelajar autism yang sepatutnya belajar di tingkatan 4 namun diletakkan didalam kelas tingkatan 2. Hanya tuhan yang tahu betapa kesukaran aku untuk menghadapi pelajar tersebut ketika sedang berpraktikal (baru mahu merangkak mengamalkan ilmu pedagogi di dalam situasi sebenar). Mungkin aku dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi, aku menerima pelajar ini seadanya disaat rakan-rakan sekelas sering mengejeknya (satu perbuatan yang tidak matang for sure. since they are just form 2).

Namun apabila situasi ini berbalik kepada pelajar 18 tahun, maka aku cuba bersabar sebaik mungkin. Masih ada lagi yang memanggilku dengan gelaran cikgu/teacher eventhough i've told them to call me miss (which i don't really mind if they called me madam), tetapi yang paling buat aku bersabar pada tahap 4 adalah apabila mereka ini akan datang dengan gigih berjumpa ku hanya untuk meng'confirm'kan apa yang telah aku maklumkan di dalam kuliah. Contohnya aku beritahu mengenai tips menghadapi ujian 1. Dan pada sebelah petangnya, pelajar ini datang berjumpa ku dan bertanya "cikgu, saya nak confirmkan apa yang cikgu beritahu di dalam kuliah tadi, betul kah test 1 begini begitu..bla bla bla..". And dari segi percakapan, gaya bahasa, dan pemakaian this student can be categorised as nerdy pada skala 4/5.

Dalam hatiku, aku merasakan perkara remeh ini tidak perlu begitu sekali. Kau tak boleh hidup di universiti seorang diri, ini masanya untuk kau bersosial, bergaul dengan orang ramai. Jika ada info yang kau terlepas ketika kuliah tadi, apa gunanya kawan? apa gunanya media sosial untuk share ilmu/info penting? kenapa tidak menggunakan kemudahan dengan lebih efektif? (tak, aku tak sound pelajar tersebut sebab aku faham kondisi dia, maka apabila dia bertanyakan hal begitu, aku dengan sabar mengulang kembali apa yang telah aku maklumkan di dalam kuliah.). Namun hampir marah jugak tadi apabila dia seperti mahu aku ulang kembali semua yang aku beritahu di dalam kelas. Aku cuma beritahu "I just explain to you what's inside the book. Why don't you opened the book and study by yourself first. The topics is still basic as what you had learn during form 4 in school. Don't expect me to explain back to you one by one. Then what is the purpose of lecture?"

Owh come on. This is not school di mana kelas dalam kuota kecil. Ini universiti di mana satu kuliah hampir 100 lebih pelajar. Seorang pensyarah tidak mampu pergi melihat hasil kerja setiap pelajar dalam tempoh dua jam. Please differentiate between school and university' life.

Aku faham dengan pelajar yang digelar 'nerdy' atau 'skema' dan aku tidak membenci golongan ini cuma jujur aku katakan kau tak boleh jadi nerd sepanjang hidup kau. Memang kita perlu jadi diri sendiri tapi tak salah untuk cuba beradaptasi dengan situasi sekeliling. Don't take life seriously because life is too short. 

Nasihat aku:

1. Pelajar yang tidak berani ke hadapan kerana akan terlalu nervous dan gelabah tak tentu hala. Cuba kawal pernafasan dan fikir dahulu sebelum bercakap/bertindak. Berlatih dari bawah dahulu, seperti memberikan pendapat kepada pensyarah / dalam group perbincangan. Kemudian cuba pula mbuat pembentangan di hadapan kelas, seterusnya cuba pula di kuliah. Belajar.

2. Pelajar yang berani ke hadapan namun akan diketawakan oleh pelajar lain kerana kelihatan begitu nerd. Yang ni masih okay namun cuba cari karisma dalam diri anda. Sebagai pelajar yang bijak anda bukan sahaja perlu ada intelektual tinggi, bahkan perlu ada karisma supaya orang lain berminat untuk mendengar anda berbicara. Ini mungkin bole diubah dengan gaya percakapan, pemakaian dan ekspresi muka.

3. Pelajar yang suka berkawan dengan semua orang / mesra alam. Ini bagus cuma kau perlu kawal supaya tidak nampak pelik. Bercakap hanya perkara yang sesuai (jangan mengarut). Jika anda seorang yang akan mengeluarkan topik-topik yang mengarut, sila diamkan diri dan banyakkan mendengar. Hanya menyampuk apabila diminta.

4. Jika anda sedar anda seorang yang skema, cuba bergaul dengan pelajar biasa. Jangan suka menyendiri dan tidak mahu bersosial (kera sumbang). Ini akan membuat anda semakin nerd. Tetapi apabia sudah bergaul dan mempunyai 'clique' sendiri. Jangan pula melekat sahaja dengan mereka, bergaullah dengan semua orang secara harmoni.

5. Aku sebenarnya tidak mahu ulas soal pemakaian kerana pemakaian pelajar yang nerd ini sangat menepati peraturan semasa. Cuma cukup lah kau tidak button up kemeja sampai ke leher kerana ianya nampak tercekik (unless covered with tie). Corak baju pun jangan lah terlalu pelik. Baju plain adalah yang paling selamat sekali untuk tidak menjadi mangsa fesyen. Nak up sikit, boleh lipat lengan baju sampai siku (untuk lelaki sahaja). Tak salah ikut trend asalkan masih nampak kemas. Seluar cukuplah just nice. jangan terlalu singkat atau menggelebeh. Stokin, argghhh please lah stokin jangan pakai seminggu lebih. Busuk kepam tu hanya Tuhan je yang tahu bila kau masuk bilik pensyarah bukak kasut.

6. Jika kau seorang yang berani berterus terang dan ada seorang sahabat yang boleh dipercayai, cuba kau luahkan pada dia yang kau nak berubah jadi normal. Tak nak nampak skema dan kelam kabut. Nak nampak intelektual tetapi pada masa yang sama charming. ahh gitu..mungkin kawan kau tu boleh tolong. Yang aku suka mengenai pelajar nerd ini ialah mereka sangat menghormati guru dan mengikut peraturan.

Okay, back to basic. Kadang2 sikap kita itu dipengaruhi oleh ibu bapa dan keluarga kita sejak kecil, maka ianya akan ambil masa untuk dibentuk dan diubah. Ramai ibu bapa yang terlalu sangat menjaga anak sampai mereka tidak pandai untuk berdikari. Kemudian selepas SPM dicampak sahaja masuk asrama dengan harapan dia dah besar pandai-pandailah kau hidup. No! Anak anda perlu dididik berdikari sejak kecil lagi dan ibu bapa jangan terlalu mengongkong mereka. beri mereka kebebasan untuk mencuba sleagi tidak menyalahi agama dan undang-undang. beri mereka kebebasan untuk membuat keputusan. beri mereka keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Kini mereka sudah 18 tahun, namun pemikiran mereka seolah-olah 15 tahun. Masih lagi terperangkap dalam comfort zone seolah-olah semua orang akan tolong mereka setiap kali ada masalah. No! this is the time where you should face your own problem and think to solve it. Bukan mengharap pada orang lain 100%. Panjang pulak aku membebel, cukuplah aku berdoa semoga pelajar ku dapat berfikir secara matang dalam menghadapi cabaran kehidupan, untuk mengubah mereka , aku mungkin memerlukan sedikit masa namun aku tidak akan putus asa. Mereka bakal pemimpin dunia, tak kan lah aku mahu biarkan sahaja.

Itu belum lagi aku ulas mengenai pelajar yang terlebih awal matangnya. Usia baru setahun jagung sudah pandai bercinta, bersayang sayang sehidup semati, bersweet-sweet #tilljannah. Mereka ini pada aku cuma inginkan perhatian dan terlalu terpengaruh dengan media sosial. Disaat zaman kanak-kanakku dihabiskan dengan memanjat pokok, mengayuh basikal, bermain di padang, kanak-kanak zaman sekarang sudah pandai membeli make up, serbuk kolagen pemutih badan, buat tutorial shawal, jadi model dan bersumpah sehidup semati dengan pasangan cinta monyet! Sumpah tak jeles tapi kalian terlepas pengalaman indah zaman kanak-kanak! being an adult is not so awesome as you thought, dik. Sabar. akak tahu masa kecik teringin nak jadi besar nak kerja nak duit. tapi nanti dah besar ya Allah rindunya zaman kecik, tak payah fikir masalah kerja dan duit. That's life!

Dan sebenarnya aku tak tahu nak letak tajuk apa untuk post ni, Cuma nak pesan jangan baca dengan begitu emosi sebab post ini ditulis dalam keadaan minda tenang dan sedar. Mungkin dari segi susunan ayat nampak macam dramatik. Hakks. kbai.

Monday 20 June 2016

Dalam Dakapan CintaMu Episod 2: Pandangan Pertama


***

Dewan besar yang tadi hingar semakin sunyi saat ketibaan pengetua diumumkan oleh pengacara majlis yang juga pengawas bertugas pada hari ini.  Para pelajar kembali beratur dalam barisan yang tersusun dan mengikut kelas. Sekolah ini pelajarnya tidak ramai. Setiap tingkatan mempunyai dua kelas sahaja. Alpha dan Beta. Ini kerana sekolah ini masih baru ditubuhkan dan terletak pula di kawasan kampung, jauh dari kebebasan kota.

Firdaus masih ingat, saat bapanya menyuarakan hasrat untuk mendaftarkannya di sekolah ini, sudah puas dia memberontak. Manakan tidak, rakan-rakan nya bersekolah berdekatan dengan rumah, manakala dirinya dihantar jauh beratus kilometer dari rumah seawal usianya 13 tahun. Perit. Susah baginya yang terbiasa manja untuk berdikari sendiri jauh dari keluarga.

Kali pertama dia bertemu Badrul adalah ketika taklimat pelajar asrama lelaki bersama warden asrama pada malam harinya. Kebetulan ketika itu seliparnya tertukar sebelah selepas keluar dari masjid tadi. Selipar yang sama bentuk dan corak, namun berbeza saiz. Sehingga dia terpandang sesuatu..

"Assalamualaikum..saya Firdaus. Duduk kat bilik B1-09. Awak?"

"Waalaikumsalam. Aku Badrul Hakim. dari bilik B3-05."

"Hmm tumpang tanya..itu selipar awakkah?"

"Dah aku tengah pakai, selipar aku lah. Kau dah kenapa?"

"Saya rasa kita dah tertukar selipar tadi kat masjid. Selipar awak macam tak sama saiz."

"Eh kau dah kenapa? ini selipar aku lah!" Bad rasa tercabar.

Suara lantang Bad mengejutkan para pelajar dan warden di hadapan

"dua pelajar yang dibelakang tu, sila kehadapan sekarang!... Saya sedang beri taklimat, kamu boleh bersembang di belakang pula!" ustaz Asyraf yang baru dilantik menjadi ketua warden sekolah itu sudah mula menyinga.

***

Usai majlis perhimpunan berakhir, pengacara majlis memberi pengumuman supaya semua pelajar untuk tunggu sebentar di dewan. 'Pasti ada pengumuman penting' itu tekaan rambang ramai pelajar. Mereka tidak sabar untuk menunggu pengumuman tersebut.

Sakeenah yang beratur di barisan hadapan sekali bagi barisan kelas tingkatan 3 Alpha kian tidak senang duduk apabila hanya cikgu Nuha dan ustaz Asyraf berada dia atas pentas sambil membincangkan sesuatu. Manakala guru-guru lain sudah bergerak menuju ke bilik guru dan kelas masing-masng.

'aku rasa macam tak sedap hati.' Keno mengeluh. Dipalingkan wajahnya ke belakang mencari wajah Hasina dan Faezah. Almaklumlah mereka berdua mempunyai ketinggian standard, maka mereka berdiri di barisan belakang. Eja tersengih apabila memandangnya kembali. 

Cikgu Nuha mengeluarkan mikrofon dari 'stand'nya.

"Pada hari jumaat minggu lepas, saya telah membuat pemeriksaan mengejut di asrama puteri, dan berjaya menangkap beberapa orang pelajar yang ponteng kelas prep petang. Nama-nama pelajar perempuan yang saya sebut, sila keluar dari barisan dan beratur di hadapan dengan segera." tegas suara guru wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an itu. Wajahnya yang asalnya manis kini berubah dengan beribu kerutan.

Satu persatu nama disebut sehingga ke nama terakhir "Sakeenah binti Omar, tingkatan 3 Alpha."

Keno sudah agak ini akan terjadi. Pada petang hari kejadian, dia terlajak tidur sehingga pukul 4.00 petang. Hujan sudah kian reda, hanya tinggal rintik-rintik sahaja. Dengan cepat Keno bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Solat zohor masih belum ditunaikan. Kelas prep? Ah alang-alang berbaki lagi 1 jam, ponteng sahajalah.

Usai keluar dari bilik air, Keno terlihat cikgu Nuha yang sedang mundar mandir di blok sebelah. 'mampus! tak guna! habislah kantoi!' Keno cuba untuk menyorok dengan berjalan menunduk. Malangnya cikgu Nuha sudah perasan akan dirinya.

"Pelajar-pelajar yang masih berada di dalam bilik sila turun sekarang! saya bagi tempoh 10 saat, jika tidak saya akan terjah dari bilik ke bilik!"

Keno masih lagi mencangkung di kaki lima sedang berfikir samaada mahu menyerah diri sahaja atau terus menyorok. Beberapa pelajar sudah berkumpul di bawah. 'satu..dua..tiga...eh ramai jugak yang ponteng kelas prep macam aku rupanya.' Keno hampir ingin ketawa apabila melihat satu-satu pelajar yang turun menyerah diri melalui celah-celah lubang dinding. Namun akalnya perlu cepat membuat keputusan. Jika dia memilih untuk terus menyorok...ahh ianya seakan usaha yang sia-sia apabila namanya dijerit cikgu Nuha dari bawah.

"Sakeenah! saya dah nampak kamu tadi. turun bawah sekarang jugak!"

Keno memandang kembali wajah cikgu Nuha diatas pentas dengan geram. 'si Nuha ni hari tu dah denda aku buat 100 karangan sebab tak siap kerja, hari ni nak bagi denda apa pulak?.' Dia berjalan perlahan-lahan ke arah barisan seramai 12 orang itu. 

Kemudian ustaz Asyraf pula mengambil alih mikrofon dari cikgu Nuha.

"Baiklah ini pula adalah senarai nama pelajar yang lewat ke masjid untuk solat jumaat. Saya beri amaran kali terakhir, pelajar lelaki perlu mengosongkan asrama sebelum azan kedua berkumandang. " Ustaz Asyraf menyebut beberapa nama pelajar lelaki seramai hampir 20 orang. Kebanyakannya pelajar dari tingkatan 3 hingga 5. 'Almaklumlah pelajar tingkatan 1 dan 2 masih belum tumbuh tanduk lagi.' bisik hati Keno.

Ustaz menyambung lagi. "Saya mahu barisan pelajar lelaki di hadapan ini, bergerak ke hadapan barisan pelajar perempuan dan begitu sebaliknya." 20 orang pelajar lelaki yang 'lewat ke masjid ' bergerak dalam barisan dan beratur dihadapan barisan pelajar-pelajar perempuan yang sudah tentunya tertunduk malu melihat mereka.

"Pelajar perempuan yang dihujung tu, ha kamu Sakeena. bergerak ke sana, beratur di hadapan barisan pelajar-pelajar lelaki." Ustaz mengarah Keno bergerak mengetuai 12 pelajar perempuan yang ponteng kelas prep.

Dengan muka pasrahnya, Keno mulai bergerak dan berhenti di barisan hujung sekali. 'Rasanya aku akan menghadap barisan pelajar lelaki senior tingkatan 5 Beta.' Pada mulanya Keno berasa sangat malu untuk mengangkat muka namun setelah difikir bahawa ini lah salah satu balasan terhadap kesalahannya, lalu dia akur. Apa sahaja denda yang akan dikenakan, dia akan hadapi. Berani buat, berani tanggung. 

Apabila wajahnya diangkat menghadap kehadapan, seperti yang dijangka pelajar-pelajar lelaki sedang tersengih dan menahan ketawa mengejek mereka. Yang paling menjengkelkan sudah tentulah pelajar lelaki yang betul-betul dihadapannya ini. 'Dari tadi asyik pandang-pandang aku dah kenapa? tak pernah tengok aku kena denda kat perhimpunan ke? yang peliknya kau tu dahlah tinggi, kenapa beratur kat depan sekali? Ah pergi mampus!'

"Sebagai denda, saya mahu kamu semua ketuk ketampi sebanyak 10 kali bagi pelajar perempuan, dan 20 kali bagi pelajar lelaki." kata-kata ustaz Asyraf itu begitu terkesan di hati Keno. Hati nya begitu membara seolah-olah mahu mencalarkan sahaja kereta Mazda biru selepas waktu sekolah nanti.

***

"Bad, nasib baik kau sempat datang awal masjid hari tu. kalau tak dah kena panggil ke depan tadi. Aku baru nak tengok muka macho kau kena ketuk ketampi depan pelajar perempuan hari ni." Pod berbisik di telinga Bad. Risau jika ustaz di hadapan mendengar mereka bersembang.

"come on, ni Bad lah. Dari jauh aku boleh dengar enjin buruk Mazda biru tu. Apa lagi aku terus cabut ikut pintu belakang, nasib tak bertembung dengan ustaz." ujar Bad seraya terdiam apabila terpandang seseorang. "Pod, siapa budak perempuan pendek tu?"

"Owh tu budak form 3. Oi kau nak pergi mana?" Pod belum sempat menghabiskan ayatnya, Bad sudah bergerak ke hadapan. Pantas.

'Pod, aku nak pergi beratur kat depan sekali, kau rilek je kat situ eh.' seolah-olah itu yang ingin disampaikan oleh Bad apabila dia berpaling memandang sahabat yang ditinggalkan di belakang.

"Mat, bagi aku berdiri kat depan ni. kau pergi belakang sebab Pod ada benda nak cakap dengan kau." Bad mengambil alih tempat Mat berdiri. Mat yang sememangnya lurus bendul itu bergerak ke belakang mencari Pod.

Bad berdiri sambil berpeluk tubuh, Matanya tak lepas memandang budak form 3 di hadapannya. 'Kau ni nak buat jahat tak pandai, kan dah kantoi. Padan muka.' bisik hati nakal Bad. Pada mulanya budak form 3 tu hanya memandang ke lantai namun apabila dia mengangkat muka, pandangan mereka bertamu. Bad sangka budak ini pasti akan terjatuh hati melihat kekacakan dirinya namun ianya seakan meleset apabila dengan selamba budak itu membuat muka 'kau apa hal?' kepadanya.

Menjengkelkan. Budak ni memang nak kena. Baru form 3 dah berlagak dengan aku. Dahlah pendek, tak comel pulak tu. Dia belum kenal lagi siapa Bad.

"Baiklah, kepada pelajar-pelajar lain, saya mahu kamu sama-sama membuat kiraan saat rakan-rakan kamu ini ketuk ketampi." suara ustaz memecah suasana hingar di dalam dewan. 

***
'9.1.....9.2....9.3....9.9 ....10... hahahahaha' hilaian ketawa itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga Keno. Dan pemilik wajah itu memang sengaja mahu mencari pasal dengannya kali ini.


Nota kaki: Maaf jika pengunaan bahasa agak berterabur. Aku budak baru belajar. Dan aku harap kau faham dengan bayangan situasi yang aku berikan. Atau aku sorang je yang faham. Kahhh

Sunday 19 June 2016

Dalam Dakapan CintaMu Episod 1: Mimpi indah

Dalam Dakapan CintaMu oleh Miss L

***

Pandangannya hampir kelam. Matanya tidak dapat ditahan lagi. Dia merebahkan badannya di atas tilam yang sudah terasa springnya itu. Ahh tilam kerajaan itu sudah hampir 5 tahun lamanya. Tidak jauh beza dengan usia sekolah ini.

Baju sekolah masih lengkap meliputi tubuhnya. Dari tudung sampai ke stokin bewarna putih. beg sekolah tersadai di atas lantai, berhadapan almari disebelah katil.

Anak patung beruang yang menjadi pelukannya saban malam di letakkan di atas mukanya untuk menghalang cahaya matahari luar menggangu tidurnya.

"oii Keno, kalau ye pun nak tidur, salin lah dulu baju tu. kejap lagi nak pergi kelas prep petang. habis kedut baju kau nanti." seorang gadis yang berpakaian sepertinya masuk ke dalam dorm yang hanya menempatkan 4 orang pelajar. Katilnya bersebelahan dengan katil Keno, gadis yang sedang terbaring itu.

"............." tiada jawapan mahupun reaksi yang diberikan oleh Keno atau nama penuhnya Sakeenah binti Omar.

"kau ni bab tidur laju je. lagi-lagi lepas makan, time tengahari jumaat macam ni." Hasina (Sina) menanggalkan tudung dan menggantungnya di penyangkut baju. Almari dibuka untuk mengambil baju tee lengan panjang bewarna putih.

"aku syak mak cik dewan makan tu letak ubat tidur la dalam ayam masak merah tadi. tu yang Keno terus tido mati tu. Aku pun dah rasa mengantuk gila ni." Faezah (Eja) yang masuk ke dorm bersama-sama Sina tadi bersila menghadap ke kipas dinding yang di setkan dengan kelajuan maksimum. Baju sekolahnya sudah lama ditukar kepada baju tee dan kain batik.

"Tak elok tidur lepas makan ni, Eja. Makanan yang kita makan tadi tak sempat diproses dan dihadam dengan sempurna. Nanti jadi penyakit pulak." Sina menasihati sahabatnya supaya tidak terikut perangai Keno yang kerap tidur selepas makan. Eja hanya memerhati Sina yang sedang berjalan menuju ke pintu dorm sambil membawa bakul alat mandi.

'Yes, Sina dah keluar bilik!' ujarnya di dalam hati lalu mengeluarkan telefon bimbit yang disorokkan di bawah tilam. Butang switch On ditekan maka keluarlah logo Nokia connecting people.

***

Azan zuhur pertama sudah berkumandang dari masjid sekolah. Jemaah muslimin sudah sedia memenuhi ruang masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Masih ada yang berlengah-lengah di bilik sementara menunggu khatib bersedia memberikan khutbah. Jarak yang dekat di antara masjid dan asrama memudah kan pelajar-pelajar muslimin dan muslimat mendengar bait-bait khutbah yang disampaikan di setiap penghulu hari yang mulia.

Semburan minyak wangi menerobosi hidung Badrul (Bad). Matanya menjeling ke arah rakannya, Firdaus (Pod) yang sedang melaram di hadapan cermin. Nak pergi solat je pun, buat apa hensem wangi-wangi macam ni?

"Bad, aku gerak dulu. kau jangan lambat. Nanti ustaz Ashraf hambat kau macam hari tu." usai memakai kopiah, Pod mengejutkan Bad yang disangkanya sedang lena.

"Ye ye aku tau. Bagi aku lelap 5 minit lagi. Nanti aku gerak lah."

"Khutbah tu sebahagian daripada syarat sah solat jumaat. jangan ambil mudah je. Nanti tak sempurna pahala solat jumaat kita" Firdaus masih setia menunggu Bad bangun dari pembaringannya.

"iye aku tau.. Pod, kau blah cepat boleh tak? semak."

Firdaus menggeleng lemah. Tidak tahu apa yang harus dinasihati dengan sahabatnya yang sudah dikenali selama 5 tahun ini. Perangai tidak pernah berubah. Kalau di sekolah, Badrul merupakan pelajar yang terkenal sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sukan. Malah diminati oleh ramai pelajar perempuan. Namun di asrama, begitu sahaja sikapnya. Firdaus sudah lali.

Langkahnya diatur ke masjid. Kedengaran dari jauh enjin kereta Mazda biru menghampiri kawasan asrama lelaki. 'Ustaz Asyraf nak buat spot-check lagi minggu ni. Bad, aku harap kau bangun sekarang.'

"Assalamualaikum ustaz" ujar Pod sambil berpapasan dengan ketua warden yang garangnya mengalahkan pengetua sekolah itu.

'Habislah kau Bad!' Matanya terpandang rotan buluh panjang yang dipegang ustaz.

***

Ding. Ding. Ding.

'Perhatian kepada semua pelajar aspuri yang boleh bersolat, anda diminta untuk turun ke musolla untuk solat zohor berjemaah dan tazkirah. Sekian terima kasih.' Pengumuman itu dilaungkan oleh Kak Fatimah, Ketua pelajar di asrama puteri. Perwatakannya pelajar tingkatan 5 yang tegas itu lantas diikuti oleh pelajar-pelajar lain terutama junior tingkatan 1 dan 2. Sesi tazkirah pula dikendalikan oleh Kak Liana, naib pengerusi Badan Dakwah dan Rohani.

"Keno, dalam banyak-banyak tempat kat dunia ni, mana satu yang kau nak pergi sangat-sangat?." Ejai meletakkan bantal di tepi bantal Sakeena dan menolak sedikit tubuh Keno. Keno faham lalu bergerak ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada Eja. Mujur sahaja tubuhnya kecil.

"Aku? aku kalau boleh nak simpan duit banyak-banyak dan tempat first sekali aku nak jejak ialah Mekah dan Madinah. Aku nak bawak abi dan umi aku buat umrah kat situ." Keno tersenyum sambil terbayang wajah abi dan uminya di kampung halaman. apalah agaknya mereka berdua sedang laukan? sudah makan tengahari kah?

"Nah duit untuk kau. Esok lusa kau boleh pergi sana."Eja menghulurkan sekeping cek berlogo harimau hitam.

"Wow RM20 ribu? mana kau dapat ni? Tapi eja...aku rasa belum bersedia lah nak jadi tetamu Allah lagi." Keno menghulurkan kembali cek tersebut namun tidak disambut oleh Eja.

"lah tadi kau kemain semangat nak pergi. ni ada peluang kenapa tak nak pergi?"

"aku ni banyak sangat dosa dengan Allah. Solat pun tak terjaga. Malu lah nak jumpa Allah."

"Habis tu bila nak bertaubat?" Suara Sina mengejutkan mereka berdua. Sina berdiri di muka pintu dengan wajahnya basah dengan wudhu' yang diambilnya tadi. Keno dan Eja masing-masing mengangkat tubuh ke posisi duduk.

"bila Keno?" Sina bertanya lagi. Kali ini lebih kuat. Hati Keno berdetak kuat seakan tubuhnya terkena renjatan elektrik.

matanya terbuka luas. Kelihatan wajah Sina tepat di hadapan pandangannya. Sina berkerut dan akhirnya dia tersenyum.

"Keno...Keno.. ni yang aku malas nak kejut kau ni. Mesti bangun terkejut. Aku sentuh kau perlahan tadi, tapi aku sendiri yang ikut terkejut tengok kau bangun."

'apa yang kau cakap merepek ni Sina?' Keno melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 2.00 petang. Kelas prep sepatutnya bermula pukul 3 petang. Dia duduk dan menanggalkan tudungnya yang sudah berkedut seribu lalu disidai sahaja di bucu katil. 'alah nanti boleh iron balik'. Matanya dipisat-pisat sambil melihat sesuatu.

"Eh, korang nak pergi mana? Baru pukul 2." Keno duduk. Wajahnya sembam. Hanya Sina dan Eja sahaja yang tahu betapa serabainya wajahnya selepas bangun tidur.

"Kitorang nak tolong Cikgu Nuha hias pentas dewan untuk sambutan hari guru. Kalau kau nak tolong sekali nanti datang lah dewan ye." Sina duduk sambil menyarung stokin putih.

"tapi kan pukul 3 ada kelas tambahan Geo." Keno masih tidak faham.

"Keno, masa yang Allah bagi ni singkat dan kita kena gunakan sebaiknya. Kalau tak dapat buat kerja di dewan pukul 3, maka kita kenalah buat awal. pukul 2 contohnya." Eja tersengih memandang Keno. Mamai lagi agaknya si Keno ni.

"Eh kau cakap bukan main pandai kan..tak nak aku jumpa si Nuha tu. Ko tahu kan tadi aku kena marah dengan dia sebab tak siap folio kerja kursus Sejarah." Keno geram melihat Eja yang suka acah-acah baik di depan Sina.

"Keno, cepat solat zohor dan jangan lewat ke kelas. Kat luar dah gelap macam nak hujan tu. Kalau nak payung ada kat tepi pintu tu." Sina menutup pintu bilik A3-02 perlahan.

"okay..okay." Keno menghantar Sina dan Eja keluar dengan pandangan kosong. 'Huaarrhhhh... malasnya nak pergi kelas! dahlah hujan best betul tidur!.' Keno membaringkan tubuhnya semula diatas katil dan membaluti tubuhnya dengan comforter pink. 'pukul 2.30 nanti aku bangun, solat dan bersiap' ujarnya dalam hati sambil terlena di alam mimpi.

****

Bersambung...

Watak:
Keno/Sakeenah tingkatan 3
Sina/Hasina  tingkatan 3
Eja/Faezah  tingkatan 3
Kak Fatimah  tingkatan 5
Kak Liana  tingkatan 5

Bad/ Badrul tingkatan 5
Pod/ Firdaus tingkatan 5

Ustaz Asyraf / guru agama/ ketua warden
Cikgu Nuha/ guru sejarah/ warden
Cikgu Karim/ guru geo

Nota kaki: Kisah ini diadaptasi daripada pengalaman penulis sendiri dan diubahsuai supaya nama dan watak yang digunakan tidak terkait dengan mana-mana pihak sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

To the point that change our life

Assalamualaikum

Sudah lama rasanya aku ingin menulis hal ini namun setiap apa yang aku ingin sampaikan terkadang tidak diberi ilham ketika itu.

Point. Titik. Apakah?

Setiap manusia tatkala menikmati nikmat kehidupan di dunia ini pasti berdoa agar Tuhan mengurniakan hidayah kepada mereka. Andai ditanya;

"Bila nak tutup aurat dengan sempurna?"

"InsyaAllah bila sampai seru."
"Doakan semoga saya mendapat hidayah."
"suatu hari nanti."
"Iman itu tidak boleh diwarisi, doakan sahaja yang terbaik untuk saya."

Jawapan yang diberikan seolah-olah kita begitu yakin kita akan hidup selama mungkin di atas muka bumi ini.

Aku terkesan dengan rancangan Finding Him with Aliza Kim, di mana seorang guru bertanya kepada gadis yang sedang mendalami ilmu agama itu.

(aku terjemahkan perbualan itu secara ringkas. Boleh rujuk kepada video asal.)

"Bila awak nak mengucapkan kalimah syahadah?"

"Bila saya sudah cukup bersedia dengan ilmu agama."

"Bila awak akan sudah cukup bersedia? 2 tahun? 5 tahun lagi?"

" ....... "

"Allah tidak akan memberikan sesuatu (hidayah) kepada mereka yang tidak berserah diri kepadaNya."

Maka setelah itu, baru gadis itu sedar bahawa kita tidak perlu menunggu hidayah itu datang tetapi kita perlu berusaha mendapatkan hidayah tersebut.

Mudah untuk aku katakan, ianya ibarat kita dan guru. Kita tidak boleh tunggu sahaja guru datang mencari kita, mengajak kita kesekolah dan memberi ilmu kepada kita 24 jam. Malah kita sendiri perlu mencari sekolah, mendaftar, membeli barang keperluan dan bersedia untuk menerima ilmu.

Mereka yang Allah telah ketuk hatinya setelah sekian lama mereka tenggelam dalam hitamnya dunia, mereka adalah manusia pilihan yang luar biasa! Sampai satu tahap di mana mereka akan jumpa satu titik perubahan besar dalam hidup mereka. Dan titik perubahan itu akan menjadi satu sejarah yang selama-lamanya terpendam menjadi rahsia antara dirinya dan Tuhan yang maha esa.

Istimewa dan indah sungguh saat itu. Seolah-olah terasa diri disayangi dengan satu perasaan kasih sayang maha hebat tak terbanding dengan kasih sayang ibu bapa kita. Maka sama-sama lah kita mencari titik tersebut...andai sudah ketemu..sematkanlah dalam hati mu, kekal lah di jalan Nya dengan penuh istiqamah. Doakan selamanya.

untuk kau dan aku.


Wednesday 15 June 2016

Tips untuk fresh graduate yang pertama kali bekerja

Assalamualaikum

Alhamdulillah ini adalah hari yang ke 208 aku bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah IPTA dan 225 hari setelah aku bergraduasi.  200++ hari bagi aku ibarat pejam celik pejam celik je, tetapi banyak sangat benda/perkara yang aku telah pelajari dan banyak lagi yang belum aku tempuhi. Yang pasti, bekerja di IPTA ini bukanlah kerja pertamaku, ianya kerja kedua yang ditawarkan kepadaku selepas bergraduasi. Dan sudah tentulah aku pernah melakukan kerja-kerja sambilan lain ketika belajar demi mencari sesuap nasi.

Baiklah..apa yang ingin aku kongsikan hari ini adalah bagaimana untuk menghadapi suasana kerja di tempat baru. Saya yakin jika anda ditanya dalam sesi temuduga;

"Apakah kelebihan yang ada pada diri anda?"

mungkin ada yang menjawab seperti saya;

"Saya seorang yang cepat belajar dan mudah menyesuaikan diri dengan situasi baru."

Ya. Kebiasaanya dalam temuduga kita lebih yakin daripada biasa tetapi jujur aku katakan realiti alam kerja tidak seindah drama yang ditayangkan di kaca televisyen. Realitinya kita bukan sahaja menguruskan kerja sahaja namun harus menguruskan diri, rakan sekerja dan tempat kerja.

Maka disaat anda mula melaporkan diri untuk kerja anda;

1. Bina hubungan yang baik dengan rakan sekerja bermula dari pekerja am, staff pejabat, rakan sejawatan, pegawai atasan dan juga bos anda. Hari pertama, beri salam, perkenalkan diri dan berkenalan juga dengan orang lain. Hadiahkan senyuman dan jika mereka mengajak anda makan bersama, katakan ya.

Aku akui pada mulanya ada staff lama yang tidak cam aku sebagai pekerja baru, kerana terlalu ramai staff disini dan aku hanya senyum sahaja kepada mereka. Kemudian didalam bilik mesyuarat barulah mereka perasan kehadiranku, maka aku gunakan kesempatan di dalam mesyuarat itu untuk berkenalan dengan seramai mungkin staff. Ingat nama, ingat muka dan ingat jawatan mereka.

2. Peka dengan keadaan sekeliling. Lakukan banyak pemerhatian. Ya untuk  peringkat awal, banyak benda yang anda tidak tahu tetapi jangan terus bertanyakan soalan yang bodoh. Dan jangan expect anda akan diajar dari A sampai Z mengenai mengenai kerja anda.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, Banyakkan menuntut ilmu asas seperti penggunaan microsoft office, cara menggunakan mesin fotostat, cara untuk email kepada client dan sebagainya, anda juga perlu membaca isu semasa dan buat kajian mengenai sistem kerja di tempat anda. Andaikata anda benar-benar tidak tahu, maka jangan malu, sila bertanyakan kepada rakan sekerja dan minta tolong mereka ajar anda. (jangan terus tanya kepada bos!)

Ingat! jika anda adalah lulusan universiti/kolej, anda adalah wakil/duta kepada institusi tersebut. Anda membawa nama institusi tersebut sehingga ke tempat kerja.

3. Disiplin. Tidak perlu datang lebih awal dari orang lain, tetapi memadai lah jika kad anda tidak pernah merah. Pakaian juga begitu, jangan terlebih mewah atau terlebih selekeh. Beli sahaja pakaian yang orang kata just nice. Kekalkan momentum disiplin anda dan jangan terikut-ikut perangai senior yang boleh membawa pandangan buruk pekerja lain.

4. Elakkan menyertai kumpulan-kumpulan tertentu spt gosip atau berpuak-puak/bergeng. Haa.. ini masalah yang sering berlaku. Kononnya ada group whatsapp ini dan itu. Bila time ada function, geng ini pakat nak duduk bersama, tak nak duduk dengan staff lain. Ahh kamon.

Aku sendiri dinasihati oleh bos pada taklimat di hari pertama melapor diri. "anda bebas berkawan dengan semua orang tetapi jangan jadi seperti mereka (ikut perangai mereka)". Memang ada yang berpuak-puak ni, dan ada juga yang bermasam muka untuk jangka masa lama. Ada senior yang cerita kepada ku kisah-kisah bermasam muka antara staff, namun aku tebalkan telinga dan berkawan sahaja dengan semua tanpa ku ambil peduli sejarah hitam mereka. Pesan aku, pandai-pandailah jaga diri. Kawal mulut jangan bercakap perkara menyakitkan hati orang lain.

Sebenarnya dalam situasi ini, aku sendiri tidak menyangka masih ada rakan sekerja yang bermasam muka. Pada aku sebagai orang yang kononnya sudah menginjak dewasa, perasaan benci sesama insan sepatutnya sudah lama dileburkan bersama-sama alam remaja yang telah pergi. Hipotesis: 'semakin meningkat dewasa semakin kita lebih matang' sewajarnya adalah hipotesis yang tepat namun siapalah kita untuk mengawal hati manusia. Hanya Allah yang mampu mengubah hati manusia dari sekeras-keras berlian sehingga selembut-lembut talkum (talc). bukan halkum ye.

5. Jujur dan jadi diri anda sendiri. Jika anda tidak tahu sesuatu perkara tetapi di suruh juga untuk melaksanakannya, maka jangan terlalu yakin bahawa anda boleh melakukannya tetapi katakan bahawa ini merupakan tugasan yang pertama kali anda lakukan dan anda akan lakukan sebaik mungkin. Ketika ini proses belajar berlaku, anda akan berjumpa ramai orang dan banyak perkara yang anda tidak pernah tahu akan jadi tahu.

Usah berpura-pura kononya anda sehebat diva. Sehebat mana pun phd anda, anda tetap pekerja baru yang masih zero. Maka jadilah diri anda sendiri dan usah berbangga dengan pangkat, harta dan nama anda. Be humble okay!

6. Permudahkan kerja orang lain, kerja anda juga akan jadi mudah. Jika diberi tugasan, sila siapkan mengikut masa yang diberikan. Ini kerana kerja yang anda lakukan mempengaruhi kerja rakan-rakan lain. Jika anda lewat, ia akan menganggu gerak kerja lain. Jadi, jangan selfish!

That's all for today.

Aku pasti banyak lagi tips yang ada terutama dari sisi pandangan mereka yang lebih berpengalaman. Namun cukup ini sahaja buat masa ini kerana aku juga ada amanah lain yang perlu diselesaikan.

Selamat menghadapi hari pertama bekerja!

Jadilah pekerja  yang penuh amanah dan integriti.

Pekerjaan yang halal adalah satu ibadah.

Friday 20 May 2016

Pelajar universiti bantah caj kotak RM15? Ini komen dari staf pengurusan kolej sendiri

"Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain."

Ya, tidak mudah untuk kita memuaskan hati semua pihak. Semua orang pasti pernah melalui situasi di mana terdapat pelbagai perbezaan pendapat dan sukar untuk kita membuat keputusan.

Aku merujuk kepada suatu artikel dari akhbar web 'free malaysia today' sebagai contoh pada situasi ini. Artikel bertajuk "Caj kotak RM15, ibu bapa mahasiswa kecam UniMAP" yang ditulis oleh Faiz Zainudin pada 18 May 2016. [LINK]

Jika aku masih seorang pelajar, mungkin aku akan menyokong situasi ini dengan hujah sebagai seorang pelajar kami sangat SENSITIF dengan isu DUIT. Kami akan membantah sekiranya terdapat sebarang kenaikan perbelanjaan dalam situasi ekonomi mencabar ini. Kebanyakan duit kami diperlukan untuk makan minum, buku dan alat tulis, tambah nilai kad prabayar dan sebagainya. Kami akan merasakan bahawa pihak pengurusan hanya memikirkan keuntungan sendiri tanpa memikirkan perbelanjaan kami,

Namun kini aku merupakan sebahagian warga yang menguruskan penginapan pelajar, maka aku memandang situasi ini dari sudut yang berbeza. Solusi ini tidak akan berlaku jika tiada aduan dari pihak pelajar. Ya, anda perlu faham. Saban tahun kami menerima pelbagai aduan daripada pelajar dan kami perlu memikirkan solusi kepada setiap masalah. Tak kan lah kami hanya mahu duduk diam dan makan gaji buta sahaja. 

Aduan 1. Pelajar mengadu bahawa barang yang disimpan di dalam stor berterabur, makan ruang, dan menyukarkan proses untuk menyimpan dan mengeluarkan barang setiap kali cuti sem.

Aduan 2. Pelajar mengadu barang mereka rosak/hilang disebabkan ramai pelajar yang menyimpan/memunggah barang secara sambil lewa.

Maka kami di pihak pengurusan memikirkan beberapa solusi secara bersama:

Cadangan 1. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan barang ketika cuti sem. Namun kami memikirkan pula bagaimana pelajar-pelajar yang tinggal jauh dan mempunyai barang banyak. Beberapa senior menyatakan hal ini biasa ketika zaman mereka, 10 tahun dahulu, setiap kali cuti semester mereka perlu membawa semua barang balik bahkan ada yang menaiki bas ke destinasi yang jauh! kata mereka, walaupun bersusah payah namun mereka tidak sedikit pun mengeluh. Inilah dia perbezaan mentaliti pelajar dahulu dan pelajar kini. Pelajar dahulu sanggup belajar dalam keadaan susah payah sehingga berjaya, pelajar kini semuanya mahukan kemudahan untuk belajar namun ramai juga yang terkandas dalam pelajaran. malah ada yang menyalahkan pihak lain diatas kegagalan mereka. 

Cadangan 2. Pelajar perlu membayar/meningkatkan kadar sewa bilik stor. Namun itu tidak menjamin apa-apa dari segi kekemasan bilik, susun atur barang dan keselamatan barang pelajar. Ini apa yang aku alami ketika zaman belajar dahulu, ya barang bersepah di dalam bilik stor namun barang yang aku pernah hilang cuma penyapu dan penyodok sampah sahaja. 4 tahun belajar aku tidak pernah merungut langsung mengenai kadar sewa bilik stor kerana harga sewa tersebut lebih murah berbanding jika aku menyewa mengikut kadar harian.

Cadangan 3. Pelajar perlu membeli kotak khas yang disediakan untuk menyimpan barang. Pelajar perlu menyusun kotak tersebut dengan baik. Harga, kualiti dan saiz kotak tersebut mestilah bersesuaian. Kami tidak akan sewenang-weenangnya meletakkan harga kotak tersebut, namun ianya selepas kami menerima dan mengkaji quotation harga dari pihak pembekal. Mengapa kami perlu mengambil keuntungan jika pokok pangkal hal ini adalah untuk menyelesaikan masalah pelajar itu sendiri. Namun akan ada pelajar yang merasakan harga kotak itu sebagai suatu beban! 

Jujur aku bagitahu mewakili pihak pengurusan, kami tidak pernah memikirkan sebarang keuntungan dari pihak pelajar, ini kerana kami pernah menjadi seorang pelajar ketika dahulu dan kami tahu bagaimana mahal nya pendidikan sekarang. Apa jua solusi yang kami laksanakan, ianya adalah daripada hasil perbincangan setelah mendapat banyak aduan daripada pelajar itu sendiri. 

Oh ya, aku bukan pihak pengurusan kolej di UNIMAP, tetapi dari universiti lain. Aku juga pernah belajar di universiti lain. Maka mudah untuk aku beritahu bahawa kebanyakan pelajar universiti akan mengalami pengalaman yang hampir sama, namun yang membezakannya ialah 

1. Pelajar yang memandang hal ini dari sudut POSITIF. Mereka akan berbincang secara tertutup dahulu dengan pihak pengurusan dan membantu untuk mencadangkan jalan penyelesaian yang lebih baik sekiranya ada. Sekiranya mereka juga bersetuju ini salah satu jalan penyelesaian kepada masalah yang ada, mereka akan menerima dengan lapang dada.

2. Pelajar yang memandang hal ini dari sudut NEGATIF. Mereka hanya akan memikirkan situasi ini daripada sebelah pihak iaitu untuk kepentingan mereka sendiri. Ada yang akan menyuarakan pendapat dan menghentam secara terbuka melalui media sosial, ada yang akan membuat leporan terus kepada pihak atasan dengan harapan solusi ini tidak akan dilaksanakan kerana melibatkan duit mereka. kalau boleh mereka ini mahukan semuanya percuma.

Tepuk dada tanya diri anda sendiri. Siapakah anda?
Jadi ini hanyalah aduan mengenai BILIK STOR. Kalau aku ada masa, aku akan cerita pula aduan mengenai PARKING KOLEJ.

Monday 16 May 2016

Selamat Hari Guru

Alhamdulillah ini tahun kedua aku menyambut tarikh istimewa 16 Mei iaitu Hari Guru. Tahun lepas sebagai guru praktikal dan tahun ini pula sebagai guru asasi di IPTA. Tak pernah aku menyangka perjalananku dipermudahkan sebegini tetapi segala nikmat dan kesyukuranku adalah milik Nya. Pada tarikh ini juga rakan-rakan seperjuangan ku sedang ditemuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, maka aku ucapkan selamat maju jaya kepada mereka.
.
Mengapa tarikh ini begitu istimewa di hati seorang guru? adakah kerana mereka bakal dilimpahi hadiah oleh anak murid? adakah kerana hari ini guru tidak perlu mengajar dan diraikan?
.
Tidak. Realiti sebenar jika di sekolah adalah guru sendiri yang merancang dan menguruskan sambutan hari guru (dibantu oleh para pelajar). Meskipun tidak masuk ke kelas pada hari tersebut tetapi guru masih perlu menghabiskan silibus pelajaran yang berbaki. Kerja-kerja lain masih banyak menunggu untuk dilunaskan. Tetapi pada hari ini, saya boleh katakan sebagai seorang guru, adalah hari untuk menghargai diri sendiri (self-appreciation). Tak perlu hadiah emas permata, tak perlu persembahan hebat, dan tanpa ucapan pun, seorang guru pasti akan merasa istimewa pada tanggal 16 Mei ini.
.
Jika di IPTA pula, tiada sambutan yang diadakan. Cuma ucapan khas dari rakan-rakan sejawatan dan ada juga anak murid dan bekas pelajar yang masih mengingati guru-guru mereka, Tetapi tarikh itu tetap istimewa.
.
Pagi ini aku mengenakan busana indah, dan tercalit senyuman ku dari awal lagi seolah-olah di hari raya. Aku sendiri merasa aneh, padahal tiada pun sambutan hari guru di sini, tetapi aku bersiap bagaikan nak meraikannya. Tak apalah, cukuplah aku sendiri menghargai usaha aku dalam bergelar seorang guru. Untuk sampai ke tahap ini bukan mudah. Untuk dipanggil cikgu oleh anak murid bukannya mudah. Sebelum bergelar guru, perlu menjalani ujian psikometrik, temuduga kemudian menghabiskan 4 tahun ijazah sarjana muda dengan pelbagai cabaran, latihan mengajar dan praktikum, kemudian temuduga lagi sekali. Apabila masuk ke alam pekerjaan dan perlu menghadapi seribu satu perangai anak murid, itulah cabaran terbesar sekali. Kerja hakiki seorang guru benarlah mendidik anak bangsa, tetapi selain itu guru juga perlu mengorbankan masa dan tenaga untuk tugas-tugas lain seperti menganjurkan program, menghadiri kursus2, menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, mencapai KPI setiap tahun, menguruskan fail-fail pengajaran dan sebagainya.
.
Sebab itulah apabila aku telah bergelar seorang guru, baru aku mengerti erti kepayahan guru-guruku yang dahulu. Mereka sangat hebat di mata dan jiwaku. Dan sudah tentu lah guru paling hebat bagi aku adalah ibu bapaku sendiri yang mengajar ku berjalan, bercakap dan berdikari. Guru terhebat bagi umat manusia pula ialah Nabi kita, Rasulullah S.A.W yang teladannya dikagumi manusia sejak berzaman lagi.
.
Anda juga adalah guru kepada diri anda sendiri. disaat lemah dan rasa ingin putus asa, kita sendiri lah yang cuba mendidik hati kita untuk terus bersabar dan berusaha. dan jika anda berjaya anda sudah cukup hebat!
Selamat Hari Guru!


Monday 25 April 2016

Pengalaman latihan mengajar / praktikum 2.0

Since my juniors are having their practicum session, i would like to share mine too. I had share my experience in my previous post but this time will be more detail as below.

*Bahasa Melayu (campur2) mode is ON*

Zaman praktikum adalah saat-saat yang ditunggu oleh kami sebagai pelajar ijazah pendidikan. Inilah masanya untuk kami buktikan bakat kami sebagai guru. Tambahan pula, kami telah pun selesai dengan projek tahun akhir (fyp) pada semester lepas, maka semester ini fokus kami hanya pada latihan mengajar.

Persediaan? Hmm...persediaan aku bermula dengan fizikal seperti penampilan dan peralatan yang diperlukan untuk mengajar. Kenapa penampilan seorang guru adalah sangat penting? sebab guru merupakan profession yang dihormati dan menjadi contoh jadi penampilan guru adalah sangat penting sebab akan menjadi ikutan para pelajar.

1. Pakaian.
Pastikan baju dan tudung diseterika dengan kemas. Baju dan tudung adalah bersesuaian dan tidak terlalu menyerlah. Memadai hanya memakai baju kurung biasa untuk guru praktikal (kau jangan over sangat kalah pengetua). Baju jangan ketat dan seksi sangat sebab pelajar sekarang dah kenal erti pornografi. Tudung pun tolong jangan senget benget malu la kat pelajar tudung diorang lagi kemas dari cikgu. Beg dan kasut bersesuaian. Kalau boleh cikgu praktikal tolong pakai kasut bertutup dan tumit jangan tinggi sangat. Nanti dah posting jadi cikgu sekolah sukahati korang lah nak pakai apa (itupun kalau pengetua tak tegur).

2. Suara dan percakapan (hubungan)
Dah namanya cikgu suara tu kena kuat dan ada intonasi. Bezakan level percakapan dengan guru dan pelajar. Kalau dengan pelajar kena jadi tegas dan kalau dengan guru lain kena jadi professional. Sebab kau tengah bawak nama universiti kau tu (duta universiti) so kena tunjuk nilai murni dan akhlak mulia ya. Yang penting hormat cikgu2 senior ya jangan nak pandai2 join bergosip dalam bilik guru tu.

3. Penglibatan aktif
Guru praktikal selalunya akan disuruh buat itu ini. Kursus dan mesyuarat pun kena masuk walaupun ada yang lari. Memang nampak skema cikgu praktikal ni rajin betul masuk meeting padahal 3 bulan je kat sini. Sebenarnya ini yang bakal mencabar mental dan fizikal bila posting nanti. Meeting dia boleh tahan lamanya start lepas zohor, habis di penhujung asar. Memang menyesal masuk meeting tu tapi dah namanya pengalaman. Kalau tak masuk karang ada je sokseksoksek kat belakang mengata cikgu praktikal itu ini (ini normal tapi jangan dibiasakan). Lepas tu biasalah bila time aktiviti koko, semuanya lepas tangan kat cikgu praktikal. Sebenarnya ini peluang korang untuk bergiat aktif dan tonjolkan diri. Kalau sempat sambut hari guru di sekolah tu, guru-guru praktikal buatlah persembahan sebagai kenangan. Ataupun korang boleh cat mural atau sediakan sudut khas hasil kerja pelajar. ini sebagai tanda ingatan kepada pihak sekolah.

4. Masalah pelajar
aku pernah menghadapi pergaduhan antara pelajar di depan mata tapi nasib baik ada guru disiplin cepat kawal keadaan. Aku dah hampir nak jerit tapi cikgu disiplin tu suh cikgu lain masuk kelas macam biasa. Yang ni guru praktikal biasanya tak ada pengalaman tapi korang boleh buat pemerhatian. Mana tau satu hari nanti jadi guru disiplin. masalah pelajar ni bukan setakan bergaduh je, ada masalah cinta, masalah keluarga, kesihatan dan sebagainya. Cikgu Fizik pun boleh jadi cikgu kaunseling. Sebab tu belajar psikologi kan? ini lah masanya nak apply ilmu tu dengan pelajar.

4. RPH dan laporan
RPH ni lah yang paling utama dan jugak paling azab. sebabnya aku kena tulis tangan kot. pastu nak memerah idea memalam nak pikir esok nak mengajar macam mana nak tarik perhatian pelajar. Lagi-lagi pelajar yang tak minat subjek kita mengajar tu. RPH cikgu praktikal paling tebal sebab semua benda kau taruk dalam tu so kena jaga elok-elok. Tak perlu hias-hias bagai. cukuplah kemas dan menarik. kemudian laporan sepanjang praktikal perlu dibuat setiap minggu so korang kena catat setiap aktiviti yang korang lakukan minggu tu.

5. Penilaian Pensyarah
Yang ni paling mendebarkan gittew. Macam aku setiap subjek ada dua kali penilaian dari pensyarah berbeza. Nasib baik pensyarah aku bagitahu awal kalau dia nak datang (awal tu maksudnya malam sebelum atau awal pagi tu) jadi aku boleh bawak bertenang sikit sebelum mula kelas. Member aku 5 minit sebelum kelas pensyarah telefon bagitahu dah sampai, tak Gila namanya? tak sempat nk amik nafas kot! Kalau pensyarah datang sebaiknya kita jemput dia dari tempat letak kereta, bawak ke pejabat untuk daftar pelawat kemudian bawa ke kelas kita. Sediakan tempat duduk khas dan letak lah air mineral atau kuih atas meja tu. Buka RPH siap-siap dan pastikan ikut rancangan pengajaran. Mulakan pengajaran seperti biasa, anggap je pensyarah tak de dalam kelas tu (walaupun berdebaq gila baq hang rasa nak gugur jantung). Lepas habis tu pensyarah akan komen, so bawa beliau ke kantin atau tempat yang selesa untuk berbincang. Kali pertama dia tak bagi markah lagi, kali kedua baru markah akan diberi. kalau pensyarah tak puas hati lagi, dia akan datang untuk kali ketiga (dan habislah korang time tu sebab dia akan lebih strict).

6. Dah habis praktikal?
Jangan lupa submit segala borang dan laporan kepada urusetia. kemudian simpan RPH korang elok2 nanti time interview dengan SPP bawak ya. Sebelum tu kena alert lah bila kena isi borang SPP online, kalau nama korang belum didaftar, semak semula dengan universiti. Macam batch aku, 16 Mei ni baru interview dengan SPP (6 bulan selepas konvokesyen). Maka sementara menunggu temuduga SPP adalah lebih baik korang cari kerja sementara untuk meningkatkan kemahiran. tak kisahlah kerja apa asalkan halal dan menguntungkan (duit). Kalau ada universiti buka jawatan kosong sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41 silalah apply sebab mana tahu rezeki kat situ.

Disebabkan aku tak akan hadir temuduga SPP tu (sebab dah dapat kerja tetap mengajar pelajar asasi di universiti awam dengan DG41), aku doakan semuga kawan-kawan satu batch aku semua dapat posting nanti. Banyak benda kena study balik daripada falsafah pendidikan, isu semasa, kementerian pelajaran, kabinet sampai lah kepada subjek pelajaran yang kena ajar. so all the best! May Allah bless you guys!

Peace!

Saturday 23 April 2016

Over The Past Year

Peace be upon you!


It has been almost 7 months i did not post anything in my diary's blog and i even forgot which email i used to sign in to blogger! To be truth, i have 4 active emails, one used for working office, one is for official use, one is for nonofficial use and the last one is for my blog. Since it has been so long, suddenly i want to write something here. At least i could share my life (to myself) and do some reflection.

Practically, i will try use all-in-English writing today because i always wanted to do so. I would be glad if someone could correct my sentences or grammar.

Let's look back on what i have achieved so far.

March until May 2015 : Completing my teaching practicum in my 4th year. Seniors rock the year!

April until July 2015 : Working with my dad in his convenient/grocery store. Still money-less because i did not get any pay because i want to help him as a daughter. I am also being a full-time job hunter at that time by looking through internet, newspaper and advertisements. I filled up almost all job that i can apply using my degree qualification.

August 2015 : Doing part time job as a nursery assistant. Working with babies and kids. Suddenly i got a call from a company in Petaling Jaya. Can't wait to survive n KL!

September 2015 : Got the job as marketing cum administrative executive in a training company. My boss is a chinese lady and my colleagues are one chinese and two malay ladies. We are all iron ladies in the company. Eventhough this job is not suitable with my qualification (which mine is science education), but i am willing to take the risk and challenge. I am totally blessed because i have learned a lot of new things here.

i lived in Kota Damansara with an aunt and travelled almost 1 hour everyday to go to my office in Kelana Jaya. The things that i hate about KL is the traffic jammed, tolls and pay parking. Then i tried to rent a room nearby my office but i can't stand with my own roommate so i moved back to Kota Damansara. I am the person who willing to lived far away as long as i am comfortable and could live in peace.

How about my works? Basically i'm enjoy it because i could travel to a lot of places and met a lot of people. It's a new things for a fresh graduate like me at that time. I never thought that i could met big boss/CEO to a company and being involved in the business area. I even need to study a lot of terminologies used in banking industries.

November 2015 : 2nd November should be my convocation day but suddenly i got an interview call from a university for a teacher/lecturer post on the same date. This is the job that actually suits with my qualification! So i decided to go to the interview in the morning and rushing for my convocation in the evening. 

Unfortunately, on my way to the university, my car's tire was punctured. I had 15 minutes more before the interview began. I am so dead because i was alone at that time! I called the person in charge for the interview and asked her if i could attend the interview a bit late. I put my trust in Allah and said to myself "Allah knows best. if the work was not my sustenance, then I'm pleased with Allah's provision". I could just keep recite du'a at that time while looking for a help. I walked quite a bit far and found a workshop. A guy helped me to change the spare tire and i gave him a little tip for his kindness.

I was able to proceed with the interview and also attend my convocation session on that day. I was so blessed on that day!

You know, Allah is the best Planner and He knows what will be the best for us. After two weeks, i got a call from the university and i was accepted to become one of the academic staff there!

So next post will be my exciting journey as a physics teacher/lecturer in the university. 

Peace. Ciao!