"Farah, apasal kau datang lambat sangat. Bosan tau aku tunggu." fahmi memonyokkan mukanya tanda protes.
"Sori weh. Tadi tiba-tiba ramai saudara-mara datang rumah aku. Aku kena tolong mak aku dulu." farah dengan selamba memanjat pokok tersebut.
"Nak makan buah mangga tak? Aku boleh tolong kupaskan."
"Tak naklah. Dah kenyang. Oh ya,aku nak bagitahu sesuatu. Hmmm ayah aku ada kata, kami mungkin akan berpindah rumah ke bandar."
"Pindah? Ayah kau tak suka duduk di kampung ni ke? Bila nak pindah?"
"Entah. Ayah aku tak bagi tahu sebab apa. Mungkin bulan depan."
Mereka masing masing terdiam.
"Alaa. Kenapa kau nak tinggalkan aku? Kesian aku main sorang-sorang lepas ni."
"Kau pergilah join budak-budak lelaki lain main bola kat padang. Jangan duduk sini sorang-sorang nanti."
"Tak nak. Nanti Bob buli aku. Tak best. Baik aku main dengan kak atiyah."
"Siapa kak atiyah? Kawan baru kau kah?"
"Aah. Tadi dia datang sini kait buah rambutan. Dia anak saudara nek bibah."
"Kak tiya? Macam pernah dengar lah nama tu."
"Nanti kita singgah rumah nek bibah nak? Jumpa kakak tu."
"Okay jugak. Weh aku balik dululah. Nanti mak aku bising kalau tak jumpa saudara mara aku tu sebelum mereka pulang. Bye."
"Yelah. Bye."
Fahmi bersandar pada dahan pokok sambil tangannya mengikis-ngikis kulit kayu dengan pisau kecil. Pisau itu memang selalu dibawa terutama jika farah mahu makan buah mangga kegemarannya. Tetapi hari ini farah tidak mahu makan buah mangga.
"bosan..bosan..bosanlah kalau farah tak ada nanti...b.o.s.a.n" fahmi mengukir satu persatu huruf di kulit batang kayu pokok tersebut.
"eh macam dah ada tulisan lah.." fahmi cuba melihat dengan lebih dekat. Maknanya sebelum ini ada orang selain dia yang pernah mengukir sesuatu di batang pokok ini.
F.A.T.I.H R.I.N.D.U
Fahmi melompat ke atas tanah dan cuba mencari perkataan-perkataan lain jika ada.
"fahmi!!! Balik rumah sekarang! Dah nak maghrib!!" mak nab menjerit memanggil anaknya dari pintu rumah.
Fahmi segera berlari masuk ke rumah. Risau jika mak nya akan menjerit dengan lebih kuat lagi jika dia berdegil.
"mak, dulu ada tak budak-budak lain yang pernah main kat pokok di dusun nenek bibah tu?" selipar yang dipakai disusun di tepi tangga.
"ada. Dulu anak saudara nek bibah selalu main kat pokok yang kamu suka tu dengan kawan dia. Tapi budak lelaki tu nakal macam kamu ni." telinga fahmi dipiat lembut. Mak nab cuba mengusik.
"mana ada fahmi nakal. Agaknya dia hensem macam fahmi tak, mak?"
"ish budak ni main-main pulak. Dah pergi mandi, pergi ke surau."
"baik mak."
* * * * *
Usai pulang dari surau, pak ngah duduk berehat di ruang tamu. Sambil menonton program bual bicara. Aku membantu mak ngah melipat kain.
"Tiya ada mohon kerja di mana-mana kah? Takkan nak duduk di kampung lama-lama.."-pak ngah
"Ada pak ngah. Sebelum tiya balik sini, tiya pergi temuduga dahulu. Kata mereka, lepas seminggu dua nanti baru dapat jawapan sama ada diterima atau tidak."-tiya
"ikutkan hati mak ngah, mak ngah nak je kamu duduk sini temankan mak ngah. Ada ramai anak, tapi semua tak balik ziarah kami. Asyik telefon dan bagitahu sudah kirim wang sahaja."-mak ngah
"kamu ni bibah. Macam lah tak kenal anak-anak awak. Mana betah duduk di kampung. Macam lah hebat sangat duduk di bandar tu." -pak ngah
"mak ngah, jangan sedih, kita doa sahaja semoga Allah bukakan hati mereka untuk balik kampung. Tiya pun balik kampung ni nak habiskan masa dengan pak ngah dan mak ngah sebelum sibuk bekerja nanti." -tiya
"betul kamu balik ke sini sebab pak ngah dan mak ngah? Atau sebab budak lelaki yang suka lepak kat dusun tu?"mak ngah cuba menguji ku. Pak ngah masih memandang ke arah tv.
"siapa?"aku berpura-pura tidak tahu.
"Fatih anak wan kamat belakang sungai."-mak ngah
"owh..bukanlah. Tiya dah lama tak dengar khabar dia."-tiya
"alah, entah-entah dia dah masuk penj..."-mak ngah
"bibah..tak baik bercakap buruk pasal orang. Kalau salah, boleh jadi fitnah."-pak ngah
"kenapa, pak ngah? Apa dah jadi pada dia? Last tiya jumpa dia, masa habis Spm."-tiya
"Tiya, memang orang kampung ni tak suka dengan anak wan kamat tu. Orang kampung kata macam-macam, tapi bagi pak ngah, budak tu tak seperti apa yang orang kata. Dia hari-hari berjemaah di surau."-pak ngah
"abang, tak semestinya dia pergi surau dia baik. Entah-entah dia nak tutup kesalahan dia."-mak ngah
Tiya bangun dan mengangkat kain-kain yang sudah dilipat ke dalam bilik. Sebenarnya dia tidak mahu mak ngah dan pak ngah memanjangkan topik perbualan mereka sehingga hampir berbalah pula.
Usai menyusun baju di dalam almari, tiya merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Mindanya terus menerus berfikir mengenai Fatih.
Fatih, di mana kau sekarang? Aku betul-betul mahu bertemumu..
Tukkk...tukkk..
Tiya berpaling ke arah jendela. Bunyi tersebut seolah-olah ada seseorang dari luar membaling batu-batu kecil ke arah jendela biliknya. Tiya tergamam.
Dejavu. Kisah 7 tahun lepas.
Fatih kah itu???
No comments:
Post a Comment