Thursday 25 December 2014

You Won't Get a Second Life.

salam..

Hari sabtu aku sibuk tolong mak aku siapkan makanan tengahari. Tetiba bukak tv ada filem hindustan. Hritik Roshan dan Katrina Kaif pulak tuh. Sempat la tengok kejap. Lepas iklan terus tutup kalau tak nanti mak aku bising. Siyesly aku rasa filem tu best bukan sebab pelakon nya je..

So lepas balik kolej, aku mempergunakan wifi kolej aku untuk tonton filem tu secara online. Mula-mula aku lupa apa tajuk filem tu, so kena search kat tonton dot com dot my balik. Okay dah jumpa!

"ZINDAGI NA MILEGI DOBARA" (2011) : "You Won't Get A Second Life"
sumber: google
Cerita ni agak memberi kesan kat aku. Jangan risau tak de babak meleleh-leleh air mata punya. In fact, cerita ni sebenarnya memberi semangat dan inspirasi untuk orang lain. Kisah persahabatan, keberanian, keyakinan dan kejujuran. Sounds lame huh, tapi it is actually not. Try tengok dulu lah.

Aku suka cara persahabatan mereka yang sangat erat. Walaupun sering bergaduh but actually they love each other (they are straight guys!). Setiap orang ada perangai dan masalah yang berbeza tapi masing-masing bagi support antara satu sama lain. 

Dan aku juga suka cara mereka menghabiskan masa bersama-sama iaitu dengan bercuti dan mencabar diri dengan aktiviti lasak. Yup aku suka travel dan aku suka mencuba sesuatu yang baru. I want to try sea diving tapi sky diving dgn bulls-run tu aku kena fikir panjang jugak. Macam dialog Laila (Katrina Kaif), 

"Seize the day my friend. first, live today to the fullest. then think about when you become 40 years old."

Maksudnya korang jangan terlalu sibukkan diri untuk mengejar impian sampai tak sempat nak merasai saat-saat indah pada hari ini. Tak salah kita nak target hidup kita pada 10 tahun akan datang tetapi yakinkah kita akan hidup pada ketika itu? jadi nikmatilah saat-saat yang ada sekarang sementara masih ada. Jangan menyesal kemudian hari. Masa yang pergi tak akan kembali.

"It is the duty of a human to try...success or failure is in the hands of God". Imran (Farhan Akhtar)

Betul. Jangan takut untuk mencuba. Belum cuba belum tahu. Jangan fikir perkara negatif tapi perlu sentiasa optimis dengan setiap cabaran. Cabaran adalah untuk kita hadapi bukan untuk kita takuti. 

Puisi-puisi yang diselitkan dalam filem ni yang paling best. Deep bro.

"This moment flows by like liquid sapphire

Silence like the blueness of the sea
No Earth below,
No Sky above.
The rustling of the branches and leaves
Whispering that only you are here
Only me, My breath, and my heartbeat
Depth like this (moment),
Loneliness like this (moment)
And me only me
And now I believe… I exist"

The fact is aku bukanlah peminat tegar filem hindustan sebab aku paling tak suka part menari dan menyanyi yang ambil masa agak lama. Aku nak tengok lakonan bukan nak tengok muzik video. ditambah dengan tarian yang agak melalaikan so aku just skip part tu. Yang penting filem tu banyak memberi inspirasi kat aku. Because you only live once in this world. the rest is in the akhirat.


6 hari lagi..



Salam..

Minggu-minggu terakhir semester ni agak menakutkan. Kitaran waktu makan, waktu tidur dan waktu mandi dah totally berubah 360 darjah! Sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi aku jugak lah. Dalam hati tak sabar nak habiskan final exam because this is the last final exam that im gonna sit for. As in the next semester, i will go for teaching practical training in school. But before that..

"May beautiful moments and happy memories surround you with joy this festive season and a very happy new year to all Malaysian!."

Dah nak masuk 2015 dah kan? sekejap je masa berlalu. Azam tahun baru? naaahh it's quite lame. Target tahun ni pun belum tercapai. Bukan aku nak bersikap negatif tapi cuma aku nak jadi realistik. Target aku tahun ni nak beli smartphone untuk diri aku sendiri. Memang tengah berusaha kumpul duit tapi aku ni pun sejenis yang 'demand' sangat. Alang-alang nak pakai telefon bijak (baca: smartphone) nak yang hebat-hebat je. Nak beli Samsung Note 4 katanye. Tapi duit tak pernah cukup pun. So redha je lah pakai Nokia tekan-tekan keypad tu. Belum rezeki lagi agaknya.

Kenapa duit aku tak pernah cukup? Well, macam-macam yang terjadi pada tahun ni. That's why la impian aku belum tercapai dan mungkin perlu di'extend' sampai ke tahun depan? So here is the story..

1) aku pindah bilik sewa baru di mana aku sewa sorang dan tak perlu berkongsi dengan sesiapa. Heaven kan? tapi kadar sewa lebih mahal lah. Takpe, yang penting aku selesa

2) aku beli peti ais untuk kegunaan aku memasak. Pada aku, peti ais ni agak berbaloi sebab dapat mengurangkan perbelanjaan aku dari beli makanan di luar. Cuma agak membazir masa sebab kemain aku masak, sampai letih. lepas makan tido. gemuks nanti..

3) kereta aku broke down. ini paling sedih bro. Memang aku ni perempuan yang reti bawak kereta laju-laju tapi tak khatam bab enjin dan servis kereta. Satu hari tu sampai kereta aku overheat dan kena RM400 masuk bengkel. Denngggg! menangis tak berlagu. Pastu sebab tayar pun dah botak, so kena tukar. Second hand tyre je la yang mampu..dah habis RM500 kat situ. Tak termasuk lagi perbelanjaan minyak, tol dan car wash. *Nangis lagi*

4) Sebenarnya kereta yang aku gunakan tu belum habis bayar lagi ansuran bulanan. Lagi 7 bulan je lagi tapi mana lah aku nak mencekau duit tiap-tiap bulan nak bayar kete. Sebelum ni kakak-kakak aku yang tolong bayarkan tapi sejak dua menjak ni diorang minta tolong aku yang bayarkan. Setakan sebulan boleh la aku tolong. Tapi kalau tiap-tiap bulan, megi pun aku tak mampu beli. Lagipun next month road tax mati. Padan muka aku..

So, target aku dalam masa terdekat ni ialah untuk kerja part time selepas final exam. Apa-apa kerja yang halal dan memberikan gaji yang lumayan. Cashier maybe? atau taska tempat aku kerja dulu?
Apa-apa pun, duit yang aku dapat nanti kena guna untuk bayar road tax kereta dan ansuran. Memang belum rezeki aku lagi nak guna smartphone. Memang terasa hati aku bila dalam train ktm semua pakat keluarkan smartphone masing-masing sambil layan candy crash, COC, dan sebagainya sementara tunggu 1 jam sampai KL sentral. Tapi aku tutup mata je la, buat-buat tidur. kang ada yang gelak tengok aku main game ular. kbai.

p/s: siyesly aku mimpi muka aku jadi bintik-bintik merah penuh satu muka. Ngeri! ok lepas ni aku kena start balik rutin makan vit C dengan vit E Shaklee. Sibuk sangat dengan Final Year Project sampai terlupa nak consume vitamin terbaik ni. Sekarang tengah promosi hujung tahun untuk vit C, vit E dengan Collagen. tinggal lagi beberapa hari je kot... kalau berminat nak cuba boleh whatsapp Sis Maria 017-3065200 atau melalui facebook https://www.facebook.com/MariahSmileStore 

Wednesday 24 December 2014

kisah abang sebelah

Salam..

Aku suka pergi kenduri kendara orang. Cuma aku tak suka bila kena bersiap. Leceh sebab aku malas gila nak iron baju bagai. kalau lah semua baju dan tudung aku tu 'iron-free' (tak perlu iron), kan bagus. Aku bukak almari, rembat satu jubah dan selendang. Jubah tu kena iron sikit di bahagian bawah, dan selendang tu aku iron di bahagian muka je. Lol pemalasnya aku.

Masa aku tengah makan, ada abang kat sebelah tengak gelak-gelak sembang dengan kawan dia..

Abang sebelah: "Bro, ada awek kat sebelah aku ni.. ce amik gambar sket.."
Kawan Abg sebelah: "Hahahah kau siyes? orang tengah makan kot."

Abang tu pun try test aku. Dia tak paham ke aku tengah makan dengan lahapnye?

Abang sebelah: "Adik ni sekolah lagi ke?"

aku pandang dia dan angguk je. Layankan jelah.. kalau bagitahu umur sebenar, kang tak percaya pulak..

Abang sebelah: "ohh umur berapa?"

Makanan tengah penuh dalam mulut aku macam mana aku nak jawab oiii?

Abang sebelah: "16 tahun?" dia meneka.

Aku pun angguk jelah. Padahal 22 tahun bang. Kacau aku makan betul lah.

Abang sebelah: "anak ke berapa?"

Aku tunjuk jari empat. yang ini betul.

Abang sebelah: "ohh sekolah kat mana?" "datang dengan siapa?" "sedara mara dengan tuan rumah ke?"

dengg betul lah abang sebelah aku ni. Mostly dia tanya dia je yang jawab. Aku tukang angguk je la walaupun abang tu goreng jawapan salah. sebab kang kalau aku dah start explain kang tersembur nasik kat muka dia padan muka.

Abang sebelah: "adik, abang nak amik gambar boleh. senyum sikit."

Senyum je lah. padahal dalam mulut penuh nasik.

Kawan abg sebelah: "bro, mintak lah no tepon weh. lepas SPM boleh la contact2."
Abang sebelah: "hahahaha. tadi abang main-main je ye dik. jangan amik hati." dia cakap kat aku.

aku tersenyum je. padahal dalam hati rasa bersalah sebab menipu abang tadi. saya sebenarnya dah habis sekolah bang. Fizikal saya ni yang cute tu sebab la abang pun percaya je yang saya ni sekolah lagi. Sori eh bang.

Tapi terus hilang rasa bersalah aku lepas abang tu mula menghembus asap rokok. Terus hilang selera nak makan! (padahal pinggan dah licin)

moral of the story: Nak sembur nyamuk tu jauh-jauh sikit dari aku kay.

keputusan

salam..

Ketika dalam perjalanan ke Perak. Aku singgah ke sebuah RnR untuk berehat. Keadaan di luar sejuk dek hujan lebat. Aku yang tidak boleh melelapakan mata, merenung melihat mereka di luar sana. Ramainya yang mahu pulang ke kampung halaman menyebabkan lebuhraya agak sesak dengan kenderaan. 

Aku melihat ke arah gerai yang menjual aiskrim di tepi jalan. tiada penjual di situ, mungkin disebabkan hujan, penjual itu berlindung di tempat lain. Ahh tetiba ku teringin.. teringin nak makan aiskrim di kala hujan. Kalau penjual tu ada di situ rasanya dah lama aku beli.

Tapi akhirnya aku end-up beli nescafe panas dari vending machine. Peneman di sepanjang perjalanan. Rasanya kalau aku beli aiskrim tadi, mungkin aku akan mengalami batuk sepanjang minggu.

#musimhujan

kisah hidup

Salam..

Masa aku balik bercuti di rumah, terasa banyak sangat perubahan di sekeliling aku. Terutama jiran tetangga. Ada yang dah berkahwin, ada yang dah meninggal, ada yang baru lahir dan ada juga yang baru menerima khabar dukacita..

Khabar dukacita yang aku maksudkan ialah..mereka menghidap penyakit kronik. Kanser tahap empat. Ya, aku tahu ajal maut di tangan tuhan, tetapi apa agaknya perasaan mereka tatkala mendapat tahu mereka menghidap kanser di peringkat akhir?? 

Mereka yang aku kenal bukanlah dari keluarga berada, setiap hari bekerja pagi sampai malam demi mencari nafkah untuk keluarga. Mereka yang aku kenal rajin dan sentiasa kuat bekerja untuk menyara tanggungan yang masih bersekolah. Mereka yang aku hormat kerana tidak pernah berputus asa malah sentiasa tersenyum saat disapa.

Aduhaii, kenapa mesti mereka yang aku kenal menerima ujian sebegini rupa? Sugguh aku tidak dapat meletakkan diriku di tempat mereka. Sungguh kalau aku jadi mereka aku tidak kuat. Kehidupan yang sedia ada memerlukan perbelanjaan yang tinggi, ditambah lagi dengan pembiayaan mahal untuk hospital, ditambah lagi dengan harapan keluarga. 

terkadang aku terfikir. Kenapa mereka yang sememangnya hidup tidak seberapa, diuji dengan dugaan yang amat hebat? bagaimana mereka mahu cari duit untuk menampung kos perubatan sedangkan perbelanjaan seharian juga tidak cukup? Kenapa penyakit-penyakit ini tidak menyerang saja orang-orang kaya yang mampu membayar kos rawatan berjuta-juta ringgit untuk pembedahan? kenapa?

Rasanya tuhan juga memberikan ujian buat mereka yang kaya. Untuk menguji sejauh mana merkea bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Tuhan wujudkan golongan kaya untuk membantu golongan yang memerlukan. Kerana rezeki yang tuhan berikan adalah untuk dikongsi bersama di dunia ini. Jika golongan kaya sedar bahawa duit bukan lah boleh dibawa mati atau tiket untuk ke syurga, pasti mereka akan berebut-rebut untuk membantu golongan yang memerlukan. Demi merebut pahala yang boleh dijadikan modal untuk menempah tiket ke syurga. Mudah-mudahan golongan kaya tidak hanya menggunakan harta mereka untuk bercuti keliling dunia, membeli pakaian jutaan harganya, mahupun menganjurkan keramaian khas untuk golongan elit sahaja.

Semoga tuhan jadikan hati kita, hati yang sentiasa merendah diri dengan nikmat nya, Lidah yang setiap hari melafaz syukur, mata yang redup merendahkankan pandangan dari maksiat, langkah yang sentiasa ke arah kebaikan dan jiwa yang kuat menempuh dugaan dunia. Ya aku cemburu mekihat mereka yang aku kenal tetap kuat meskipun dilanda badai.

Kuatnya mereka menahan sakit. Kuatnya mereka kerana masih tersenyum dihadapan kami. Kuatnya mereka kerana masih terus bekerja menyara hidup. Kuatnya mereka menerima khabar berita yang hebat ini. Semoga aku juga bisa kuat seperti mereka.. 

#inspired #truestory #duniawi

Tuesday 23 December 2014

ohoiii duit

Salam...

duhh it's took me a long time to finish my final year project, but luckily my coordinator is very kind and helpful. So just after i submit my draft to my supervisor (which you must know that supervisor and coordinator are different person), i straightly went to my hometown. Well, it's kinda two months i did not have the right time to go home due my hectic schedule. only God knows how much i miss my parents, the room, the bed, the tv and the fridge!

So here it goes, pagi tu aku isi minyak kereta RM10, basuh kereta RM10 dan beli sarapan RM2. Memang tu je duit yang ada dalam purse pun. Masa tengah drive nak ke Bandar Tasik Selatan, baru aku sedar yang aku akan melalui tol. Demm betul lah. Terpaksa aku selongkar sana sini nak mencari duit bayar tol. Nak guna touch'n'go, aku pun tak pasti ada berapa baki yang tinggal sebab dah lama tak guna. Nasib baik jumpa jugak RM1.30. cukup-cukup nak bayar tol.

Sampai rumah, memang aku tak keluar pergi mana-mana. Sedara mara aku datang melawat hujung minggu tu so doploh pat jam la aku duk rumah melayan tetamu. Again, there is still no cash in my purse. Zero. Cukup tiga hari kat rumah, aku kena balik kolej dah. Ayah aku dah tanya, "nak duit ke?" padahal ayah aku tau purse aku tengah kosong. tapi aku jawab "tak yah lah. ada lagi dalam akaun." (padahal duit dalam akaun tinggal bape je huhu) bukan aku nak menolak rezeki, tapi aku tahu ayah aku lebih memerlukan duit tu.

Just my 2 cents lah kan. Mula-mula memang aku serabut gila fikir pasal duit. Sebab dalam dunia ni, semuanya perlukan duit. Rasa macam tak boleh hidup tanpa duit. Tapi lama-lama aku sedar, kenapa hidup perlu bertuhankan duit? bukan kah Allah yang tentukan rezeki semua orang. So aku just let it go. Pandai-pandailah aku berjimat cermat dengan baki duit yang ada dalam akaun bank.

Dah sampai KL, baru aku pergi cari atm nak keluarkan duit. Dalam hati duk berkira-kira berapa nilai yang patut aku keluarkan. Kalau keluarkan banyak sangat, nanti terjoli kat mana-mana pulak kan. Sambil-sambil aku duk tekan no pin, aku doa banyak-banyak dalam hati. Semoga ada rezeki aku hari ni. Dan alhamdulillah, duit zakat dah masuk. Ya Allah bersyukurnya. Dah lama aku mohon tapi pihak zakat kata belum masuk lagi. Walaupun tak banyak mana pun duit yang aku dapat, sekurang-kurangnya aku masih boleh tersenyum. Jangan lupa, kena berjimat cermat!

Saturday 6 December 2014

Salad Wrap

Salam.

Bestnya hujan pepagi nih. Sejuk.

dan kelaparan..huhu. bukak peti ais dan bertapa lama tengah fikir nak masak apa untuk sarapan hari ni? hmm keluarkan sosej, salad, dan telur. Kita try western pepagi ni kay.

student yang malas dan tengah kejar deadline fyp macam aku ni tak payah nak masak beria sangat. campak je kat kuali, kacau-kacau sikit dah siap terus makan.

so hari ni aku buat salad wrap with sausage and half fried egg eating with sauce and mayonnaise. kemain nama panjang kalau nak order kat waiter kena cukup nafas.

***

teringin nak tengok gambar salad wrap aku? apa kata try buat sendiri dan tengok puas-puas. sebab aku sendiri pun dah lama tak guna telefon bijak yang boleh amik gambar tu.

Monday 1 December 2014

Penat

Salam.

Maaf, aku semput. Tidak dapat bernafas dengan sempurna.

Termengah-mengah mengejar masa.

Semakin aku berlari semakin jauh masa itu pergi. Seolah-olah tidak mahu menemaniku.

Cukuplah duhai masa. Aku mahu secebis rehat. Aku mahu merasakan erti puas.

Berikan aku ruang untuk ku hela. Nafas yang kini turun naik bagai gila.

Entah kenapa malam ini ku bagai dirasuk sukma.

Inginku tangiskan jua derita jiwa.

Penat aku tanggung semua, deraian air mata pengubat luka.

Tuhan, aku ingin kuat. Aku ingin lawan semua halangan.

Masa yang ku ada cuma tinggal seminggu dua.

Mampu kah aku menempuhi semua ini?

Aku rebah dalam kata-kata semangat ku sendiri.

Ya aku mahu kuat. Pengorbanan itu memeritkan.

Semoga aku bertahan.

Ms. Elai (2014)

***

P/s: Peritnya menempuhi cabaran selama 4 tahun demi menggenggam segulung ijazah. duhaiiiii