standard budak-budak U tidur lambat sebab nak siapkan assignment,
lagi-lagi yang menghirup kafein demi memaksa tubuh lebih kuat untuk bersengkang mata,
oh ya, ini kisah pagi tadi semasa kuliah di fakulti pendidikan,
walaupun hari ini aku ada satu kelas sahaja,
yang mana biasanya aku pakai pakaian kurang formal sedikit berbanding biasa,
tetapi pagi ini aku berniat mahu melawa,
dengan blous putih bercorak bunga, kain hitam kipas belakang dan tudung akel plain warna hitam,
sebenarnya aku jarang memakai blous putih itu,
selalunya aku berbaju kurung atau bert-shirt labuh,
tetapi entah kali ini mood ku berbeza,
make up aku tiada apa, cuma sedikit bedak compact ditempek di muka,
tetapi ketika aku melangkah masuk ke dalam bilik kuliah,
tetiba coursemate ku menegur, "eh mahu ke mana melawa begini?"
mereka ketawa. aku hanya tersenyum tetapi merasa aneh.
adakah aku terlalu over dalam bergaya hari ini?
adakah kalau aku memakai baju ini, bermakna aku mahu keluar berjalan-jalan?
tetapi pada pandanganku, mereka lebih selalu bergaya berbandingku..
oh ya, mungkin kerana selama ini aku cuma berpakaian terlalu biasa,
maka hari ini aku nampak lebih daripada biasa..
jadi nampak kontra dari kebiasaan aku sebelum ini,
ah peduli apa, apa salahnya sekali sekala aku begini,
bukannya aku membuka aurat di depan semua,
aku cuma nampak berbeza dari biasa,
dari yang sentiasa berbaju kurung,
tetiba mahu cuba memakai blous pula,
aku cuma rasa mereka yang aneh, bukan aku.
No comments:
Post a Comment