Sunday 12 October 2014

bihun goreng je pun

oh yeahhh...selamat hari ahad!
esok dah start minggu test, tapi makan tetap makan. malah makin bertambah-tambah selera aku bila tengah study ni. bila stressed belajar, perut memang cepat mengidam yea?

disebabkan mak aku pos daging korban kat adik aku, so terngiang-ngiang la kat kepala aku nak masak apa. peti ais kecik je, bukannya banyak sangat bahan. dan aku lebih berhati-hati sebab hari tu pernah masak sup daging, tapi tak berapa nak menjadi sebab tak cukup bahan dan daging agak liat. so dari semalam lagi aku dah google resepi bihun goreng daging! ~

tapi aku tak ikut betul2 resepi. jenuh la nak masak sambil tengok laptop. so aku bayang-bayangkan je dalam kepala dan aku belasah je apa yang patut.

mula-mula check dulu apa yang ada dalam peti ais. pastu baru boleh reka-reka resepi ikut resepi google. so ini yang aku ada..

bahan2-
daging dipotong kecik-kecik (cepat masak dan tak liat)
cili boh (better guna cili kering, tapi aku tak de blender so guna ready-made je)
bawang merah dan bawang putih
cili merah (aku pesan cili padi kat adik tapi dia bagi semua cili merah)
kiub pati ayam (guna separuh je)
kobis
kicap
sos cili (aku tak de sos tiram so aku tak guna)
telur
garam, gula
air, minyak masak
bihun

mula-mula panaskan kuali, letak minyak dan goreng daging yang telah dilumurkan garam.
lepas daging macam dah masak, campakkan bawang putih dan bawang merah, goreng lagi sampai kekuningan.
then masukkan cili boh. part ni aku tak suka sebab memercik-mercik. habis kotor dapur.
then masukkan air ikut suka, tambah sos, kicap, gula, garam. dan biarkan mendidih.
rasa dulu cukup masin dan manisnya ke tidak.
bila dah ok, masukkan bihun. kacau rata, masukkan kobis dan cili merah.
pecahkan telur kat tengah-tengah.
yeaaa dah siap.

sori la gambar takde sebab aku takde smartphone. *siyes*

aku start siapkan bahan  pukul 9.30 pagi, siap masak pukul 10.00 pagi. tapi aku nak makan bihun ni time tengahari. *pun boleh*. so jom sarapan dengan ESP shaklee dan vitamin B-complex dulu.

*advertisement*
nak dapatkan produk shaklee? ada pelbagai multi-vitamin, produk kebersihan diri, kebersihan rumah, water filter dsb. whatsapp/sms 019-4038314 atau ke fb mariah smile atau page fb mariahsmilestore
*thanks*

Friday 3 October 2014

jom lebih sihat

"Kita yakin badan kita telah cukup nutrien sehinggalah bila kita jatuh sakit. Kemudian baru nak ingat balik, makanan apa yang telah kita makan. Cukup kah nutrien seharian untuk antibodi kita? terutama bagi mereka yang bekerja dan sibuk belajar, yang selalu memilih hidangan yang segera dan ringkas di restoran/gerai. Anda mungkin rasa kenyang, tetapi bagaimana dengan keperluan tubuh anda?

-rajinkan diri untuk bersenam/ ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat seperti gantikan lif dengan tangga, berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran, cuba parking kereta di tempat yang jauh. 

tips lagi: https://www.facebook.com/Jom.Sihat.Olak.Lempit/photos/a.326918487488813.1073741828.326896847490977/331800587000603/?type=1&theater

-minum air kosong 3 liter sehari. sentiasa bawa air ketika keluar rumah terutama pada cuaca panas.


-pilih vitamin/supplement dari bahan semulajadi untuk membantu membekalkan nutrien yang cukup untuk keperluan tubuh anda. sebagai contoh vitamin dari Shaklee."


ya. saya sekeluarga memang pengguna shaklee. ayah saya makan ubat untuk mengawal kolestrol. mak saya makan vitamin E. kakak-kakak saya semua guna set mengandung dan berpantang dari shaklee. abang-abang saya makan vitamin alfafa, ada yang ambil set kurus. almaklumlah perut dah ke depan. anak-anak saudara saya yang dahulunya susah nak makan, sekarang dah berselera asyik-asyik minta nasi. alhamdulillah, semua diberikan kesihatan yang baik.

dan selepas itu saya terus mendaftar menjadi ahli. sebab nak jadi pengguna setia kena lah beli dengan harga ahli kan. kehidupan saya lebih ceria dan bertenaga dengan vitamin shaklee. dulu selepas matrik, memang selalu batuk2, demam dan kulti kering. kadang-kadang period pun tak teratur. kalau mengadu kat mak pun kena bising jugak. tu lah kau, ajak jogging tak mau. kat universiti tu pulak makan tak jaga. 

ya, memang kat universiti aku tak terjaga makan, tidur pun tak tentu apatah lagi nak berjogging. itu aku. lain orang lain cara mereka. ada yang hari-hari aku nampak jogging. hebat betul. so aku pun dah buat keputusan. aku akan kurangkan makanan segera seperti maggi, jajan (keropok), kepsi, air gas dan makanan yang sewaktu dengannya. aku cuba makan makanan yang bersayur dan berprotein. dan sekarang aku dah tak guna lif, naik turun tangga je. gi kelas pun jalan kaki je. mula-mula memang penat.

nak cite pasal makanan tambahan/ supplement untuk kesihatan. dulu aku pernah beli kat farmasi. diorang promote la satu multivitamin ni. harga dalam RM70. lepas aku makan tu, ok jugak la badan aku ni lebih bertenaga. lepas dah habis sebotol tu baru aku kenal dengan shaklee. rupanya shaklee ni dah femes, daripada bahan semulajadi. tak ada kesan negatif untuk badan. so apa lagi...

sekarang aku tak risau dah pasal apa yang aku makan. setiap hari sarapan dengan ESP dan B-complex. kenyang sampai tengah hari. disebabkan aku ni kurus dan makan apa pun tak naik berat, lepas aku try shaklee, selera makan aku bertambah dan yang paling penting, makan banyak pun tak gemuk. sebab ada vitamin untuk melawaskan. aku pun kan selalu exercise naik turun tangga, so makan banyak pun kekal sihat. time malam aku ambil vitamin E untuk kulit. sebab kulit selalu terdedah kat air cond, asyik kering je.. sebelum tido, makan lg ESP dengan vitamin C. bangun pagi esoknya wohaaa...rasa flawless gitu. tapi ambik masa jugak. kena minum air kosong 3 liter sehari. kalau malas exercise, jalan kaki hari-hari. macam aku dah hampir sebulan pakai set shaklee untuk kulit ni, dah rasa shaklee effect dia. 

korang pun boleh cuba. sebab dalam banyak-banyak produk untuk kecantikan kulit, aku rasa produk shaklee paling selamat sebab dia bukan produk pencerah kulit tapi produk kesihatan dari dalam. bila dalaman korang sihat, dah tentu serinya tampak dari luaran kan? so kalau nak try, boleh beli dari Puan Mariah Smile (fb: mariah smile atau page fb: mariah smile store)