Sunday 28 September 2014

hashtag maghrib

kadang-kadang keadaan memaksa aku untuk terus berdiam..

dan dalam diam aku cuba kuatkan tembok air mataku..

namun tembok tetap pecah disebabkan hebatnya dugaan Mu pada ku..

dihadapan manusia aku melirik senyum mengungkap tawa..

tapi dihadapan Mu aku jatuh rebah..

aku tak kenal siapa diriku..

sehingga aku sedar akan kewujudan Mu..

yang sentiasa memberi segala nya padaku..

dan aku bersyukur aku masih hidup..

masih menghirup udara milik Mu..

meskipun dugaan yang Kau berikan amat lah payah..

selagi aku masih di dunia aku harus tabah..

mohon ku agar Kau tuntuni aku dan kesayanganku di dunia ini..

menemui cinta Mu yang abadi di firdausi..

Ya ALLAH, aku berserah di atas ujian yang Kau berikan..

mohon segalanya dipermudahkan..

Saturday 20 September 2014

resepi tomyam tanpa ayam.

hari sabtu datang lagi..
aku cukup suka hati..
boleh bangun pukul 10 pagi..

hari ini aku masak tomyam tanpa ayam. acah-acah kononya resepi tomyam simple dan mudah.
kekdahnya? buka peti ais, tengok apa yang ada yang boleh dijadikan tomyam. kalau tak ada ayam, guna sotong ke udang ke apa-apa je lah. tapi dalam kes aku ni, yang ada hanyalah:

kobis
carrot
daun limau
bawang
cili padi
pes tomyam

ok takde hal lah tak ada ayam. tomyam sayur pun boleh. janji tomyam. ahh lupa pulak. tak sah kalau makan tomyam tak ada telur dadar!

so aku pun goreng telur dadar. simple je.

tapi hmmm...

masa aku rasa tomyam aku, tak kaw sangat. pastu aku dok pikir apa yang aku lupa nak bubuh ea? garam gula dah..air dah cukup. oh yaa...tak de serai..tapi tak kesah la. janji makan.

check nasi pulak. alahaiiii nasi gua lembik bhai..kes terlebih air. aku pun masak lama sikit bagi dia berketul sikit.

dalam masa setengah jam, (jam menunjukkan pukul 1 petang) nasi dah masak, tomyam dah masak, telur pun da goreng, air kordial sarsi pun da setel.

dan sekarang pukul 4 petang aku lapar balik!

berselera betul aku makan sejak dua menjak ni. mohon2 dapat naik berat badan. dulu sebelum puasa berat aku 40kg, lepas raya berat turun 2kg. mohon2 lepas amalkan produk SHAKLEE, dapat naikkan berat badan sebanyak 5kg.
*adv*
sekarang (bulan september 2014) tengah promosi beli 3 percuma satu, so korang yang ada geng 4 orang tu boleh la share duit beli sama-sama kan? kalau yang tak ada geng 4 orang tu, jangan risau. master-to-be Mariah boleh selesaikan masalah anda. cepat sebelum terlambat. tinggal 1 minggu je lagi. klik sahaja link blog dibawah



Thursday 18 September 2014

spaghetti yang malas

aku ni sebenarnya tak pandai masak. serius. adik aku lagi pandai masak dari aku.
tapi orang kata biar tak pandai masak, yang penting rajin masak. betul tak uolls? *google resepi*

so hari ni aku nak share resepi yang aku masak untuk dinner tadi...hahahah
aku nak masak spaghetti je pun. tapi versi campak-campak. tapi time makan, eh sedap jugak bhahahaha. perasan gila perut aku ni.

kekdahnya?
korang perlukan spaghetti, sos spaghetti prego/kimball/adabi, bawang merah, bawang putih, garam, gula, air, telur. sebab ini je bahan yang aku ada kat rumah. malas nak keluar beli barang. orang bujang memang belasah je apa yang ada kat peti ais.

mula-mula rebus spaghetti, lepas dah lembut, tambah sikit marjerin supaya dia tak melekat-lekat.

kemudian tumis bawang merah dan bawang putih. lepas dah kekuningan, masukkan je telur dan goreng sampai telur hampir garing. kemudian masukkan sos spaghetti, tambah air sikit, garam dan gula secukup rasa. lepas tu korang adjust-sdjust la rasa dia.. kurang lebih tambah la apa yang patut.

masakan bujang memang senang macam ni. sebab makan sorang je. yang penting perut kenyang.

korang yang pandai masak tu, masukkan le ayam ke, sayur-sayuran ke, tambah lada hitam sikit. baru kaww..baru lah ada mak cik nak buat menantuuuu..

ok dah kenyang, selepas dinner, masa untuk makan vitamin E shaklee!

nak jugak vitamin E dari shaklee? beli kat SINI je.

Wednesday 17 September 2014

jawab soalan aku yang kat perenggan last sekali. tq

hari ni kelas aku pukul 9 pagi. kelas paling awal untuk semester ni. sebenarnya aku dah bangun tapi duk golek-golek lagi dalam selimut sampai termimpi-mimpi yang aku dah terlewat ke kelas. bila aku tersedar..owh baru pukul 8. cuak jugak sampai tengok jadual kuliah banyak kali. betul ke aku kelas pukul 9 ni? lepas tu baru lah merangkak ke toilet, kemas beg, iron baju tup tup dah pukul 8.30 pagi.

dulu masa aku tumpang moto kawan, boleh lah tergedek-gedek pukul 9 baru nak keluar bilik. sekarang bila dah kena pergi sendiri, kena lah 'on time'. lagipun aku nak practise untuk selalu tepati masa. sebab aku tak suka orang yang tak tepati masa, so aku pun kenalah tepati masa jugak. yedoook?

 masa nak keluar bilik tu aku lupa nak makan shaklee ESP. apa lagi, amik air sejuk dalam peti ais, bancuh dengan satu sudu ESP dalam tumbler kecik. pastu shake shake sambil turun tangga. kaedahnya, aku bawak sekali tumbler tu pergi kelas. hahahaha pun boleh sebab tak sempat, nyah. sebelum keluar bilik tu pun aku sempat rembat botol B-complex, dalam kelas aku makan sebiji. dah setel.

bagi aku, lagi sedap ESP korang bancuh dengan air sejuk. satu sudu tu dengan air 1/2 cawan. ada yang kata tak rasa apa-apa, ada yang kata rasa soya. bagi aku, kalau korang bubuh air lebih, memang tak rasa apa, kalau aku, aku suka rasa soya. sedap dan mengenyangkan. tapi kalau korang tak suka soya, boleh campurkan dalam minuman oren, ribena, susu, dan sebagainya. kawan aku blend dengan kurma + susu UHT. dah macam breakfast neelofa pagi-pagi, cuma tambah khasiat ESP.

apa-apa hal pasal shaklee korang boleh check it out kat blog ni http://taufikmaria.blogspot.com
aku beli kat situ dan dah jadi ahli secara percuma. kalau nak beli kat aku pun boleh. tak nak beli, nak tanya-tanya pasal shaklee ni pun boleh. whatsapp cik el 0194038314.

nak tanya,
aku mimpi seseorang malam tadi. sebenarnya dah banyak kali mimpi dia. walaupun sebelum tido aku nak mimpi orang lain. tapi tetap jugak mimpi dia. korang rasa macam mana?

Tuesday 16 September 2014

hari ni cuti yeayy

hari ni first time kot aku try produk shaklee yang betul-betul aku beli..bhahaha sebab sebelum ni aku rembat mak aku punya vitamin E shaklee. alah satu botol tu ada 120 kapsul kot. 4 bulan tahan. lepas aku kaw tim kaw tim, mak aku mesti tak perasan aku belasah vitamin dia. tapi aku tak belasah bapak aku punya phytocol shaklee sebab bapak aku ada kolestrol tinggi. boleh je aku nak makan untuk kesihatan jantung, lebih-lebih lagi aku suka makan tapi malas nak bersenam. kang kalau aku belasah jugak nanti kena belasah dengan kakak aku.

akhirnya selepas mendapat duit ptptn, aku pun beli la sendiri vitamin E aku dari kakak aku. eh tetibe kakak aku suh beli set kecantikan terus. alahai aku ni sebenarnya dah cantik (bagi aku lah sebab aku ada tahap keyakinan yang tinggi) tapi sebab nak jaga kesihatan, apa salahnya kan. so terjebak la beli vitamin-vitamin lain dengan harga yang murah dan eh eh eh aku pun automatik jadi ahli. wohaaa...

so kakak aku dah bagi tips-tips dan panduan nak makan. owh senang gila bhai. makan satu tablet sehari je untuk vit C, vit E dan vit B complex. ESP plak bancuh pagi dengan malam satu sudu je. kenapa simple sangat ni? geram pulakk kiter..

so dengan semangat dan azam baru untuk semester dan tahun akhir ni, pagi tadi aku google la video tutorial fitness untuk 10 minit. serius sakit-sakit belakang aku sebab dah berbulan tak bersenam. selalunya mak aku ajak jogingg aku menyorok bawah selimut. sekarang ni sebab nak sihat punya pasal, aku bersenam jugak la depan laptop. seploh minit pun ok lah. aku pun bukannya gemok pun cuma lemak-lemak kat kiri kanan depan belakang aku ni semakin kelihatan.

so korang yang kuat makan tapi malas nak bersenam tu, jom lah join aku. jom cari balik kasut sukan korang dalam stor. kasut sukan aku tu walaupun beli kat giant rm14 je, tapi tahan wooo 4 tahun sebab dalam 4 tahun ni beberapa kali je aku pakai..selebihnya campak stor. bahahahaha tolonglah jangan ikut perangai buruk aku ni.

dah dah ni nak promote page tips kesihatan ni. klik SINI

Monday 15 September 2014

hadiah paling jimat

aku perlu berikan seseorang hadiah
tetapi aku tidak tahu nak bagi apa
puas aku pusing pasaraya
dengan bajet seciputku
tetapi akhirnya keluar dan putus asa
aku memang tidak tahu
apa yang kaum Adam mahu

kata mereka
hadiah untuk lelaki berjenama
jam tangan, tali leher atau kemeja
sudah tentu lari dari bajet gua

makanya, 
aku berikan barang yang aku suka padanya
semoga dia pandai menjaga
kerana aku baru sahaja beli sebulan dua
demi berjimat, kurelakan jua
nah kau lelaki, aku bagi kau walaupun aku punya

kemudian aku mencari pembalut hadiah pula
tetapi semuanya sesuai untuk kaum hawa
jadi aku google lagi pembalut khas
dan aku cuma print atas kertas
nampak sangat aku berjimat

sudah ku balut kemas-kemas
tak sangka aku begitu puas
melihat hasil kerja tangan penuh ikhlas 
kerana kreativiti itu tak pernah terbatas

p/s: tak sia-sia aku belajar pendidikan seni kat sekolah. subjek feveret
*adv*
set vitamin shaklee aku dah sampai. 
tadi ada orang tanya pasal set sendi untuk mak dia.
sesuai untuk mereka yang berumur joint health untuk sendi2 dan tulang, oestromatrix untuk kalsium dan omega guard ialah minyak ikan untuk otak, sendi dan mata.
whatsapp 0194038314



Saturday 13 September 2014

weekend's mumbling : ngomelan hujung minggu

hari sabtu
kau malas baca buku
yang kau rajin cuma bermuka buku

hari sabtu
kau rajin cuci baju
cuma kau malas nak lipat baju

hari sabtu
orang lain makan roti minum susu
kau menketedarah ayam goreng yang keras macam kayu

esok ahad
azam kau sudah pahat
moga-moga ilmu melekat

esok ahad
kau mahu usaha lagi kuat
jangan hanya sembang lebat

esok ahad
kau kena jadi lebih hebat
sebab sendiri mau ingat


*adv*
(klik gambar untuk link ke fb kakak aku. kalau nak beli dari aku, tanya dia hahahaha)
jom buat!


Friday 12 September 2014

kejutan budaya


pukul 6.30 petang baru aku jumpa nasik.. dari pagi cuma sempat telan roti dan kismis. sampai ke petang bertahan dengan air masak je. tiada apa yang boleh aku simpulkan mengenai hari aku pada hari ini melainkan............ aku perlukan tidur yang cukup untuk menghadapi esok hari.

aku bukan seorang yang makan banyak, tapi kalau time cuti semester kat rumah, hobi aku ialah membuka peti ais dan makan segala apa yang boleh dimakan seperti buah-buahan, aiskrim, sosej, nugget, telur, pendek kata selagi ada makanan dalam peti ais, aku akan makan. pening mak aku, asal aku balik je cepat je makanan dalam peti ais habis terutama buah-buahan kesayangan dia. Oleh kerana kalau kat rumah, setiap masa aku mengunyah, dan perut aku sangat bahagia, makanya ketika aku duduk jauh dari rumah dan peti ais...perut aku mengalami kejutan budaya.

kaedahnya, pagi aku cuma telan roti dengan air masak. kalau sempat aku bancuh susu. tapi pukul 9 pagi perut aku dah krong kreng krung. berbunyik tahap pelajar sebelah aku boleh perasan dan siap hulurkan biskut untuk aku. malu oii tapi tak boleh nak kawal tahap kekuatan bunyi perut aku tuh. biskut tu pun aku ambik la jugak dengan harapan perut aku akan stop berbunyi. oleh kerana kelas adalah packed sampai ke petang, aku tak sempat lunch. walaupun dah lapik perut dengan biskut dan air masak, perut masih lagi berdendang ghazal untuk rabiah.

padahal aku bukan nya lapar sampai tahap nak pengsan pun. dan aku ni bukannya penghidap gastrik yang tak boleh perut kosong. Kaedahnya, perut aku ni mengada-ngada lahaiii. saja nak bagitau semua orang yang kau (yakni perut aku) minta diisi dengan makanan. aku mohon minggu depan perut aku tak buat perangai dah macam ni. mohon dia dah biasa dengan situasi aku sebagai pelajar tahun akhir, mohon dia fahami bahawa peti ais kat sini tak sama besar dengan peti ais kat rumah. mohon dia faham aku datang sini ada banyak kerja nak kena buat, bukan macam duduk rumah goyang kaki depan peti ais. mohoooon.

tak sabar aihh nak tunggu stok vitamin-vitamin SHAKLEE sampai isnin ni.
*adv*
aku order yang set kecantikan + ESP. 
sebelum ni makan ESP dengan vitamin E je.
kalau kau orang, nak set yang mana?
boleh bah kalau kau *eh tetibe*

lepas lelah

melepaskan lelah..

ini baru permulaan semester tahun akhirku tapi dah rasa macam minggu akhir kuliah. serius penat. setiap hari tidur jam 2 dan bangun awal pagi mengejar tarikh akhir laporan kajian. hari ni dah kena hantar pada penyelia. Jadi boleh tarik nafas lega..walau untuk seketika..

dalam senarai, sudah bertimbun kerja. mahu tak mahu inilah kaedahnya kalau mahu bergraduasi dengan jaya. biar aku susah sekarang, asal mampu membuat ibu ayah ku senyum gembira. moga masa depan ku cerah kerana semua yang aku lakukan ini untuk mereka.

hidup walau nampak mendatar akan ada klimaksnya jua. semua orang berbeza terutamanya yang luar biasa. ya, semester ini aku mendapat seorang pensyarah yang luar biasa. jauh dari apa yang ada dalam kotak minda. mahu tak mahu aku layankan sahaja. kerana aku tahu dia sudah tidak lama. maksud aku menghitung hari untuk menggantung tali kerja.

penat. bilik pun dah macam apa. kertas bersepah sini sana. ini padahnya jika bekerja di saat-saat akhir. hidup kau merana dan tak tentu hala. janji. selepas lelah kuluahkan, bilik ini akan menjadi seperti sediakala. 

ok, cukuplah ini semua. bawah ini ada iklan macam biasa. sebab aku juga pengguna setia dan aku yakin dengan keberkesanannya, produk seisi keluarga. aku guna kerana hidup aku tak tentu hala. hidup jauh dari ibu bapa membuatkan pemakanan ku tak tentu hala. kesihatan juga tak tentu hala. senaman juga entah ke mana. jadi aku perlu makanan tambahan untuk kekal cantik sihat dan bertenaga. tapi serius, blog ini masih sama, tidak akan berubah menjadi promosi jualan semata-mata, cuma selingan untuk berkongsi kebahagiaan bersama.

kaedahnya, hari ini aku telah memilih untuk menjadi ahli, kerana ingin menjadi pengguna setia. selama ini aku cuma beli dari kakak aku sahaja. Bagi aku, harga nya sebenarnya lebih murah berbanding supplement yang aku pernah beli di farmasi terkemuka. makanya, jika mahu mencuba, boleh beli dengan aku atau jika mahu menjadi ahli juga boleh tanya aku. ahh bukan susah, kan mudah membeli di alam maya? tinggalkan sahaja link/email/no tel whatsapp/fb untuk dihello-hello di ruangan komen.

produk pilihanku sudah tentu vitamin E, vitamin C, ESP, dan vitamin B-complex. beli sebotol boleh tahan 4 bulan jika kau belajar tips-tips pemakanannya dengan kami. malah ada juga khidmat nasihat percuma jika kau seorang yang mudah lupa. ahhh kan bahagia bila kesihatan dikongsi bersama?

your new SHAKLEE independent distributor,

id: 1168728

Cik El,
Blog Biasa Bruuh!


Wednesday 10 September 2014

ef-why-pee

aku kalut..
hidup serabut..
kusam kedut..
usah pandang raut..

namun akur..
hidup diukur..
jauh mana kau lakar..
usah biar jiwa terbakar..

ini cuma sementara..
kerna ini semua dunia..
perjalanan masih jauh..
belum puas ditempuh..


Doakan aku mampu survive FYP aku ni. tolong lah aku tak sabar nak praktikal a.k.a posting dan aku juga tak sabar nak konvo dan kerja bagi duit kat mak bapak aku. 



*adv*
klik image utk link

Thursday 4 September 2014

spoil gila hari aku

aku rasa memiliki kelajuan internet yang tahap bombastik adalah shilake (sebut elok-elok)..
setiap pagi buat aku ternanti-nanti..malam nya pula buat aku termimpi-mimpi..


"You know you are getting attached to the dunia when;
You don't plan your time around solat (praying) time.
You know you are getting attached to the dunia when;
A whole day or two passes and you don't open your Quran because you are too ‘busy’ "
- credit to fb circle of hearts


ini lah masalahnya..gila saka apa atas badan aku ni..aku bukak laptop sebab nak siapkan report, bukan nak berjimba dalam fb..report ni aku kena hantar minggu depan tapi dah 3 minggu bersawang dalam folder.
seppooooiiiill (read: spoil)

*adv*
promo bulan september. 

1- Promosi Mealshake BELI 3 PERCUMA 1.
2- Beli 6 Mealshake PERCUMA 2 Mealshake.
3- Nak beli 1 Mealsake pun boleh.
4- Promosi collagen BELI 6 PERCUMA 1.
5- Nak try 1 collagen pun boleh..
6- Promosi Free membership dll
klik gambar untuk link
klik gambar untuk link

Wednesday 3 September 2014

waktu

sudah aku cuba..
sudah aku paksa..
tapi gagal masih sama..

kau apa tahu..
cuma menjerit marah..
cuma menganggap aku lemah..
cuma mahu puaskan hati mu..

tapi aku diam..
biar kau pudar..
biar aku tenang..

waktu mulanya melangkah bersamaku..
semakin lama ia meninggalkanku..
mampu kah aku dan ia bersatu?
(3 Sept 2014, 10:43 am)

*adv*

Tuesday 2 September 2014

senior's rambling talk

selamat datang adik-adik tahun satu sarjana muda ke universiti ku..

walaupun aku dah senior pangkat final year tapi aku terimbau-imbau kenangan lama masa hari pertama pendaftaran. Kat rumah bukan main lagi seminggu awal kemas packing barang dek kerana excited punya pasal. Tapi malam sebelum bertolak tu aku dah hilang selera makan, tiba-tiba mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.. bukan pertama kali aku masuk asrama, padahal dari aku form 1 lagi dah diwajibkan oleh bapakku untuk masuk asrama *anak bapak*.

masa form 1 aku menangis seminggu dalam shower..tak biasa dohh duduk jauh dari mak bapak..
masuk form 4 pun aku menangis sebab nak pindah sekolah..tapi last-last stay jugak berbakti di sekolah lama..
hari pertama masuk matrikulasi pun aku menangis dalam shower sebab jauh nye kena hantar sampai ke hujung kedah..
hari pertama masuk universiti pun pun aku menangis dalam shower sebab arghh kenapa kena masuk asrama lagi?? aku nak duk rumah bawah ketiak bapak je..

ngada-ngada aku pun, aku tak nangis depan orang. Depan orang kena tunjuk tough sikit. Poyo depan budak-budak yang first time masuk asrama. Bajet otai asrama puiii

bila dah final year ni, aku senyum je la tengok budak-budak junior ni muka suci dalam debu je.. korang belum rasa sakit nya lagi bergelar mahasiswa/i. lepas ni baru korang rasakan. Tapi alah bisa tegal biasa. Apa ada hal, setakat degree 4 tahun pejam celik pejam celik je..

selama seminggu minggu orientasi kat sini, pagi tengahari petang malam tengah malam aku dengar diorang berlatih 'cheers'. Masuk uni aku ni kena jadi sporting ye adik-adik. Kitorang memang ada tradisi turun-temurun iaitu 'cheers fighting' antara kolej setiap tahun. 'Cheers' sampai pecah dewan besar. kita tengok cheers kolej mana yang paling HaVoC!!

p/s: universiti/kolej korang pun ada 'cheers fighting'?

*adv*
Krim Serbaguna SHAKLEE
(klik image untuk link)

shopping list

hari ahad 31/8/14

aku ajak BFF aku pergi lepak luar sambut merdeka. mula-mula aku ajak pergi mines je tapi dia kata kat sana parking full bhai. ye la semua orang tengah bercuti. so aku pun ajak dia lepak jauh sikit pergi AEON cheras selatan. memang niat nak shopping pun tapi alahai 'shopping list' tertinggal kat hostel. memang aku masuk je AEON tu dah merewang. kawan aku tanya kau nak beli apa? aku tak tahu. LOST.

bila dah tawaf satu round baru aku ingat apa aku nak beli. Tapi puas jugak aku cari tak jumpa. Memang bukan rezeki. lepas tu kawan aku ajak masuk watson. pergh pergh  pergh ada sale yang bisa menggugat nafsu kewanitaan ku. Tapi at that time aku betul-betul bertekad nak shopping apa yang ada dalam 'sjopping list' aku je. walaupun time tu tangan dah menggigil-gigil pegang face mask nivea. dalam hati asyik kata 'nak beli ke tak ni..nak beli ke tak ni. harga tengah promosi'. Tapi last-last aku letak balik sambil jerit 'beli apa yang dalam list je boleh tak!! jangan beli benda yang tak penting!! nanti lari budget!! keluar kau dari watson sekarang!!!' *dah sah-sah la aku jerit dalam hati je*. dan aku tunggu kawan aku kat luar je.

Esoknya aku pergi Nilai pulak hantar adik aku daftar degree. time ni try jugak nak merewang cari tikar evamatik tapi sesi pendaftaran nya lama gila bhai..dengan cuaca matahari seksi gila berpeluh-peluh satu badan. hilang mood nak meronda Nilai.

Then aku pergi cheras lepas ziarah kakak aku bersalin. dapat la satu cermin panjang yang memang ada dalam list shopping aku tapi harga nya lari budget. huhuhu. time nafsu kewanitaan ku membara sikit lantas aku rembat satu penyangkut baju murah. walaupun tak ada dalam shopping list aku, tapi aku pujuk diri aku dan cakap. "RM2 je kottt".

*adv*
(klik image untuk link FB page)

Monday 1 September 2014

About Me

Selangor, 18 Mac: Miss Elai (bukan nama sebenar) merupakan pelajar tahun empat di sebuah IPTA terkemuka di Malaysia. Dilahirkan pada tahun 1992, seorang yang berjiwa seni, namun sukakan aktiviti yang mencabar. Sedang menyiapkan projek tahun akhir, dan berharap dapat bergraduat dengan cemerlang. Beliau akan menjalani latihan praktikum pada tahun 2015, dan mengakui agak berdebar untuk menghadapi alam persekolahan sebenar.

Elai seorang yang kuat makan walaupun tubuhnya agak kecil. Apabila stress beliau akan makan dengan sepenuh hati.Walaupun sangat obses dengan jus carrot susu dan tomyam masakan ibunya, Elai sangat teruja jika dibawa ke restoran-restoran yang menyediakan masakan lazat tahap menjilat jari.Impian Miss Elai ialah untuk memiliki sebiji Iphone 6 plus/Galaxy Note 4 supaya beliau boleh menghupdet blognya setiap hari bersama gambar-gambar menarik.

sama-sama kita doakan semoga impiannya tercapai.

review/advertisement/event, kindly email to myarsyversy@gmail.com