Thursday, 7 November 2013

sickness

"sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku.." muhasabah cinta - edCoustic

dari semalam lagi aku tidak menjaga waktu makanku,
dan kini aku jatuh sakit. demam, ulser dan sakit tekak.
Terima Kasih ya Allah di atas kesakitan ini.

aku rasa sedih sebab berjauhan dengan keluarga dan kawan-kawan ketika aku sakit,
aku kuatkan hati untuk menghadapi sakit ini sendirian.
malam-malam aku tuam kepalaku dengan kain basah.
dan esoknya kain itu tidak terletak di atas dahiku lagi.

walaupun aku tidak larat bangun, tetapi aku paksa diri.
kau tak boleh manja sangat..macam mana kau nak hidup sorang-sorang?
jadi aku bangun bersihkan diri dan mencuci pakaian ku sendiri,
azam aku semester ini ialah tidak mahu menggunakan mesin basuh,
semuanya harus dicuci sendiri termasuk cadar dan telekung..

memang kadangkala aku mahu menangis,
tetapi aku sedar Allah bagi aku sakit sebagai ujian,
supaya aku kuat dan kembali padaNya,
semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku selama ini..
aku cuma hamba biasa, terlalu banyak dosa yang aku lakukan..
tapi Allah masih izinkan lagi aku untuk terus hidup di bumi ini..

usai sarapan dengan nasi dan telur,
aku membuat air limau untuk meredakan sakit kepalaku,
amalan ibuku dari dulu kerana ibuku tidak menggalakkan menelan paracetamol kecuali terdesak,
namun tekakku makin terasa payau..pedih..
aku capai bar coklat yang aku beli dari koperasi,
dan aku habiskan semuanya,

sudah zohor, semoga aku terus kuat sampai ke asar,
kerja masih bertimbun,
itu sebabnya kenapa aku tekad mahu balik awal ke hostel walaupun kawan-kawan lain masih bercuti,
dan aku harap aku mampu melaksanakan apa yang aku mampu,

*kakak aku sempat berjenaka*

ya, saya budak perempuan dewasa yang kuat dan tak mudah menangis.

No comments: