Tiya segera mencapai sehelai tuala untuk menutup rambutnya. Dia menuju ke jendela dan menyelak langsir. Matanya melilau mencari kelibat seseorang yang dirindui sekian lama.
Gelap.
"kak..kak tiya..fahmi kat bawah ni la."
Tiya melihat ke bawah. Kelihatan Fahmi sedang tersengih-sengih sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket baju melayu.
"fahmi baru balik dari surau ke? Jemputlah masuk ke rumah. Ada pak ngah amin kat dalam."
"eh tak nak lah. Fahmi saja je nak sembang dengan kak tiya kejap. Kak, farah dah nak pindah. Nanti kak tiya teman fahmi main kat dusun nak tak??"
"hmmm..boleh, fahmi. Tapi tak boleh hari-hari. Nanti akak ada banyak kerja."
"okay. Nanti kalau kak tiya free, datanglah kat sana. Fahmi ada je kat situ tau. Ok bye." fahmi terus berlalu pergi sambil tangannya melambai ke arah tiya.
Tiya tersenyum melihat gelagat fahmi yang manja.
.
Pagi itu, tiya membawa mak ngah ke bandar. Selain membeli belah, tiya juga mahu membuat beberapa urusan di bank dan pejabat pendaftaran. Pak ngah tidak dapat ikut kerana ada mesyuarat ahli jawatankuasa kampung.
"Tiya, tengok baju ni cantik kan?"mak ngah menunjukkan ke arah baju kurung moden bewarna krim.
"Mak ngah berkenan ke? Kalau nak tiya boleh belikan."
"Eh, kamu ni. Baju ni sesuai untuk orang muda macam kamu. Kalau mak ngah pakai nanti pak ngah terkejut."
"Apa pulak mak ngah. Time ni la nak memikat hati pak ngah. Baru lah boleh rasa balik zaman fantasia bulan madu dulu-dulu."
"Amboi kamu ni tiya. Elok kamu beli baju ni untuk majlis tunang atau nikah kamu nanti. Kita buat tema warna pink putih nak?"
"mak ngah, tiya balik malaysia sebab nak cari kerja, jaga mak ngah dan pak ngah. Mana ada tiya kata nak kawin. Calon pun tak ada."
"Lah, yang kamu duduk lama kat indonesia tu, takkan tak ada cowok-cowok ganteng macam randy pangalila ke.."
"Mak ngah ni banyak tengok sinetron lah. Dah jom kita masuk kedai ni. Tiya rasa nak masak pizza la petang ni." Tiya cuba mengubah topik dan menarik mak ngah ke dalam pasaraya tetapi tiba-tiba mereka disapa sesorang dari belakang.
"Eh, Habibah. Datang sini dengan siapa?" seorang wanita berusia hampir sama dengan mak ngah. Kawan sekampung mak ngah agaknya.
"eh Kak Yasmin. Apa khabar? Datang dengan anak saudara. Dia baru balik belajar dari luar negara tau." mak ngah menolak aku kedepan sedikit supaya aku dapat bersalaman dengan puan yasmin.
"Oh ye ke. Ni anak saudara kau yang dulu tu... nama tiya tu kan? Yang kawan dengan budak jahat tu kan?? Dah besar ye tiya sekarang. Dah ada yang punya ke?"mulut puan yasmin ni memang main lepas je kan. Sabar je lah.
"InsyaAllah nanti saya jemputlah kak Yasmin datang kenduri tiya. Jangan risau." mak ngah berbasa basi.
"Ha, kalau nak buat kenduri jangan lupa guna katering kak Yasmin ye. Nanti akak bagi diskaun. Ok byeee"
"Yelah..yelah..terima kasih."
Tiya dan mak ngah saling berpandangan. Setelah puan yasmin hilang dari pandangan, mereka mula ketawa terkekek-kekek.
* * * * *
Dari jauh tiya melihat fahmi sedang bersandar di pokok. Entah kenapa dia suka melayan budak ini. Bagi tiya, dapat bersembang dan berjumpa fahmi cukup.menveriakan hidupnya. Fahmi seolah-olah adik kandungnya.
"Assalamualaikum..nah akak bawak pizza untuk fahmi dan farah." bekas makanan dihulurkan kepada fahmi.
"Waalaikumsalam. Terkejut fahmi, kak. Wahh pizza. Terima kasih, kak."
"Sama-sama. Mana buah hati fahmi?"
"Dia kata dia sibuk tak dapat datang. Eh, buah hati? Kak tiya ni jahatlah. Suka main-main dengan orang."
"Ye lah akak minta maaf. Agaknya farah tengah sibuk tolong mak ayah dia kemas rumah tak?"
"Ye la kot. Fahmi nak pergi rumah dia tapi mak dia tak suka fahmi datang. Dia selalu kata fahmi ni anak orang miskin dan pengotor."
"Mana ada fahmi ni miskin dan pengotor. Fahmi ni kaya dengan senyuman dan murah rezeki. Kalau jumpa akak, fahmi mesti tersenyum lebar dan fahmi selalu dapat makan buah-buahan kat dusun ni dengan percuma. Fahmi ni bertuah tau."
"Ye ke, kak? Tapi Bob selalu ejek dan buli fahmi. Kat sekolah fahmi tak ada kawan. Kawan fahmi ada kat dusun ni je. Farah dan kak tiya."
"Kiranya kawan fahmi dah bertambah dari satu jadi dua. Wahh ramai lah tu. Fahmi kena bersyukur tau dapat kawan baik macam kak tiya dan farah."
"Hmm baiklah. Fahmi bersyukur. Ustazah kata kalau kita bersyukur, kita sebut alhamdulillah."
"Oh ye, akak balik dulu lah. Kalau farah tak datang jugak, fahmi bagi mak, abah dan adik beradik fahmi makan pizza ni. Habiskan tau. Akak buat special."
"Kak. Fahmi anak tunggal. Fahmi ada mak dengan ayah je kat dunia ni."
Tiya terpana. Kata-kata ini seperti pernah didengar sebelum ini.
'tiya, fatih anak tunggal. Fatih cuma ada umi dan ayah je kat dunia ni.'
Tiya menghampiri ke arah fahmi. Diletakkan tapak tangannya ke atas kepala fahmi sambil berkata,
"Fahmi ada kak tiya. Akak boleh jadi kakak fahmi."
'Fatih ada tiya. Tiya boleh jadi kawan fatih.'
Dan diakhir pertemuan mereka, tiya berlalu dari situ sambil menangis.
.
No comments:
Post a Comment