Saturday, 20 September 2014

resepi tomyam tanpa ayam.

hari sabtu datang lagi..
aku cukup suka hati..
boleh bangun pukul 10 pagi..

hari ini aku masak tomyam tanpa ayam. acah-acah kononya resepi tomyam simple dan mudah.
kekdahnya? buka peti ais, tengok apa yang ada yang boleh dijadikan tomyam. kalau tak ada ayam, guna sotong ke udang ke apa-apa je lah. tapi dalam kes aku ni, yang ada hanyalah:

kobis
carrot
daun limau
bawang
cili padi
pes tomyam

ok takde hal lah tak ada ayam. tomyam sayur pun boleh. janji tomyam. ahh lupa pulak. tak sah kalau makan tomyam tak ada telur dadar!

so aku pun goreng telur dadar. simple je.

tapi hmmm...

masa aku rasa tomyam aku, tak kaw sangat. pastu aku dok pikir apa yang aku lupa nak bubuh ea? garam gula dah..air dah cukup. oh yaa...tak de serai..tapi tak kesah la. janji makan.

check nasi pulak. alahaiiii nasi gua lembik bhai..kes terlebih air. aku pun masak lama sikit bagi dia berketul sikit.

dalam masa setengah jam, (jam menunjukkan pukul 1 petang) nasi dah masak, tomyam dah masak, telur pun da goreng, air kordial sarsi pun da setel.

dan sekarang pukul 4 petang aku lapar balik!

berselera betul aku makan sejak dua menjak ni. mohon2 dapat naik berat badan. dulu sebelum puasa berat aku 40kg, lepas raya berat turun 2kg. mohon2 lepas amalkan produk SHAKLEE, dapat naikkan berat badan sebanyak 5kg.
*adv*
sekarang (bulan september 2014) tengah promosi beli 3 percuma satu, so korang yang ada geng 4 orang tu boleh la share duit beli sama-sama kan? kalau yang tak ada geng 4 orang tu, jangan risau. master-to-be Mariah boleh selesaikan masalah anda. cepat sebelum terlambat. tinggal 1 minggu je lagi. klik sahaja link blog dibawah



No comments: