Tuesday, 16 September 2014

hari ni cuti yeayy

hari ni first time kot aku try produk shaklee yang betul-betul aku beli..bhahaha sebab sebelum ni aku rembat mak aku punya vitamin E shaklee. alah satu botol tu ada 120 kapsul kot. 4 bulan tahan. lepas aku kaw tim kaw tim, mak aku mesti tak perasan aku belasah vitamin dia. tapi aku tak belasah bapak aku punya phytocol shaklee sebab bapak aku ada kolestrol tinggi. boleh je aku nak makan untuk kesihatan jantung, lebih-lebih lagi aku suka makan tapi malas nak bersenam. kang kalau aku belasah jugak nanti kena belasah dengan kakak aku.

akhirnya selepas mendapat duit ptptn, aku pun beli la sendiri vitamin E aku dari kakak aku. eh tetibe kakak aku suh beli set kecantikan terus. alahai aku ni sebenarnya dah cantik (bagi aku lah sebab aku ada tahap keyakinan yang tinggi) tapi sebab nak jaga kesihatan, apa salahnya kan. so terjebak la beli vitamin-vitamin lain dengan harga yang murah dan eh eh eh aku pun automatik jadi ahli. wohaaa...

so kakak aku dah bagi tips-tips dan panduan nak makan. owh senang gila bhai. makan satu tablet sehari je untuk vit C, vit E dan vit B complex. ESP plak bancuh pagi dengan malam satu sudu je. kenapa simple sangat ni? geram pulakk kiter..

so dengan semangat dan azam baru untuk semester dan tahun akhir ni, pagi tadi aku google la video tutorial fitness untuk 10 minit. serius sakit-sakit belakang aku sebab dah berbulan tak bersenam. selalunya mak aku ajak jogingg aku menyorok bawah selimut. sekarang ni sebab nak sihat punya pasal, aku bersenam jugak la depan laptop. seploh minit pun ok lah. aku pun bukannya gemok pun cuma lemak-lemak kat kiri kanan depan belakang aku ni semakin kelihatan.

so korang yang kuat makan tapi malas nak bersenam tu, jom lah join aku. jom cari balik kasut sukan korang dalam stor. kasut sukan aku tu walaupun beli kat giant rm14 je, tapi tahan wooo 4 tahun sebab dalam 4 tahun ni beberapa kali je aku pakai..selebihnya campak stor. bahahahaha tolonglah jangan ikut perangai buruk aku ni.

dah dah ni nak promote page tips kesihatan ni. klik SINI

1 comment:

kak yatiadam said...

as salam..
tahniah anda ada blog yg banyak info

jemput blogwalking
www.yatiadam.com