ini baru permulaan semester tahun akhirku tapi dah rasa macam minggu akhir kuliah. serius penat. setiap hari tidur jam 2 dan bangun awal pagi mengejar tarikh akhir laporan kajian. hari ni dah kena hantar pada penyelia. Jadi boleh tarik nafas lega..walau untuk seketika..
dalam senarai, sudah bertimbun kerja. mahu tak mahu inilah kaedahnya kalau mahu bergraduasi dengan jaya. biar aku susah sekarang, asal mampu membuat ibu ayah ku senyum gembira. moga masa depan ku cerah kerana semua yang aku lakukan ini untuk mereka.
hidup walau nampak mendatar akan ada klimaksnya jua. semua orang berbeza terutamanya yang luar biasa. ya, semester ini aku mendapat seorang pensyarah yang luar biasa. jauh dari apa yang ada dalam kotak minda. mahu tak mahu aku layankan sahaja. kerana aku tahu dia sudah tidak lama. maksud aku menghitung hari untuk menggantung tali kerja.
penat. bilik pun dah macam apa. kertas bersepah sini sana. ini padahnya jika bekerja di saat-saat akhir. hidup kau merana dan tak tentu hala. janji. selepas lelah kuluahkan, bilik ini akan menjadi seperti sediakala.
ok, cukuplah ini semua. bawah ini ada iklan macam biasa. sebab aku juga pengguna setia dan aku yakin dengan keberkesanannya, produk seisi keluarga. aku guna kerana hidup aku tak tentu hala. hidup jauh dari ibu bapa membuatkan pemakanan ku tak tentu hala. kesihatan juga tak tentu hala. senaman juga entah ke mana. jadi aku perlu makanan tambahan untuk kekal cantik sihat dan bertenaga. tapi serius, blog ini masih sama, tidak akan berubah menjadi promosi jualan semata-mata, cuma selingan untuk berkongsi kebahagiaan bersama.
kaedahnya, hari ini aku telah memilih untuk menjadi ahli, kerana ingin menjadi pengguna setia. selama ini aku cuma beli dari kakak aku sahaja. Bagi aku, harga nya sebenarnya lebih murah berbanding supplement yang aku pernah beli di farmasi terkemuka. makanya, jika mahu mencuba, boleh beli dengan aku atau jika mahu menjadi ahli juga boleh tanya aku. ahh bukan susah, kan mudah membeli di alam maya? tinggalkan sahaja link/email/no tel whatsapp/fb untuk dihello-hello di ruangan komen.
produk pilihanku sudah tentu vitamin E, vitamin C, ESP, dan vitamin B-complex. beli sebotol boleh tahan 4 bulan jika kau belajar tips-tips pemakanannya dengan kami. malah ada juga khidmat nasihat percuma jika kau seorang yang mudah lupa. ahhh kan bahagia bila kesihatan dikongsi bersama?
your new SHAKLEE independent distributor,
id: 1168728
Cik El,
Blog Biasa Bruuh!
No comments:
Post a Comment