pukul 6.30 petang baru aku jumpa nasik.. dari pagi cuma sempat telan roti dan kismis. sampai ke petang bertahan dengan air masak je. tiada apa yang boleh aku simpulkan mengenai hari aku pada hari ini melainkan............ aku perlukan tidur yang cukup untuk menghadapi esok hari.
aku bukan seorang yang makan banyak, tapi kalau time cuti semester kat rumah, hobi aku ialah membuka peti ais dan makan segala apa yang boleh dimakan seperti buah-buahan, aiskrim, sosej, nugget, telur, pendek kata selagi ada makanan dalam peti ais, aku akan makan. pening mak aku, asal aku balik je cepat je makanan dalam peti ais habis terutama buah-buahan kesayangan dia. Oleh kerana kalau kat rumah, setiap masa aku mengunyah, dan perut aku sangat bahagia, makanya ketika aku duduk jauh dari rumah dan peti ais...perut aku mengalami kejutan budaya.
kaedahnya, pagi aku cuma telan roti dengan air masak. kalau sempat aku bancuh susu. tapi pukul 9 pagi perut aku dah krong kreng krung. berbunyik tahap pelajar sebelah aku boleh perasan dan siap hulurkan biskut untuk aku. malu oii tapi tak boleh nak kawal tahap kekuatan bunyi perut aku tuh. biskut tu pun aku ambik la jugak dengan harapan perut aku akan stop berbunyi. oleh kerana kelas adalah packed sampai ke petang, aku tak sempat lunch. walaupun dah lapik perut dengan biskut dan air masak, perut masih lagi berdendang ghazal untuk rabiah.
padahal aku bukan nya lapar sampai tahap nak pengsan pun. dan aku ni bukannya penghidap gastrik yang tak boleh perut kosong. Kaedahnya, perut aku ni mengada-ngada lahaiii. saja nak bagitau semua orang yang kau (yakni perut aku) minta diisi dengan makanan. aku mohon minggu depan perut aku tak buat perangai dah macam ni. mohon dia dah biasa dengan situasi aku sebagai pelajar tahun akhir, mohon dia fahami bahawa peti ais kat sini tak sama besar dengan peti ais kat rumah. mohon dia faham aku datang sini ada banyak kerja nak kena buat, bukan macam duduk rumah goyang kaki depan peti ais. mohoooon.
tak sabar aihh nak tunggu stok vitamin-vitamin SHAKLEE sampai isnin ni.
*adv*
aku order yang set kecantikan + ESP.
sebelum ni makan ESP dengan vitamin E je.
kalau kau orang, nak set yang mana?
boleh bah kalau kau *eh tetibe*
No comments:
Post a Comment