salam.
lama sangat tak update blog.
Ketika jiwa sedang kacau, baru aku teringat nak luahkan kat sini. Ya, kau dah dapat meneka yang jiwa aku tengah kacau. Hari aku tak produktif. Seharian aku cuba merawat jiwa.
Tapi akhirnya tiada solusi. Blog juga tempat aku menulis isi hati.
***
Apabila aku betul-betul teringin akan sesuatu, maka kedegilan ku, sukar untuk ku lawan. Apa yang aku nak, pasti akan ku usahakan supaya dapat. Namun, tak semua aku mampu tawan. Ada ketika aku memerlukan masa dan usaha untuk aku capai.
Dan risikonya, aku cuba menyerahkan diriku pada sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang sebenarnya tak relevan dek akal!
Sehingga lah beberapa ketika aku mulai sedar akan kebodohanku. Nak mendapat kan apa yang kita mahu tidak semudah menggadaikan apa yang kita ada. Fikirlah secara logik. Jika ianya sesuatu yang sukar, berikan kau masa. Tingkatkan tahap kesabaran. Usaha bersungguh-sungguh. Dengan itu, maka apa yang kau inginkan akan tercapai.
Okay aku cuba tenang. aku cuma perlukan kesabaran tahap maksima. Berhenti dari meronta-ronta ikut kemahuan jiwa. tutup mata dan cuba diam.
Aku akan cuba melawan kau, wahai nafsu jiwa perempuan yang hyperaktif bila nampak perkataan 'SALE'!!!
***
Terima kasih baca. Tahap ketenangan aku dah meningkat 0.01%. Tengah exercise untuk meningkatkan tahap kesabaran. Tambah-tambah lagi di hujung-hujung tahun ni..
No comments:
Post a Comment