Friday 28 November 2014

Pekerja Sambilan MAHA 2014

Salam.

Merujuk kepada tajuk di atas.

Ini kali pertama aku berkunjung ke MAHA di Maeps Serdang. Tetapi bukan sebagai pengunjung, bahkan sebagai pekerja sambilan di booth!

Kaedahnya, aku sangat-sangat memerlukan wang simpanan. Nak tunggu duit zakat upm masuk, katanya hujung bulan 12. Lambat lagi. So nak tak nak aku kena buat sesuatu. Dari awal bulan lagi aku dengar kawan aku cite pasal MAHA yang akan diadakan tak lama lagi. Aku apa lagi, google lah apa-apa kerja kosong yang aku boleh buat. Tapi aku tak boleh buat untuk seminggu, terbatas dengan jadual kuliah, projek tahun akhir lagi. hmm aku betul-betul berharap dapat cari duit poket sendiri. Aku pernah cuba call keje part time sana sini untuk MAHA tu, tapi mostly nak pekerja yang boleh kerja seminggu dari 10 pagi sampai 10 malam. :(

Seminggu sebelum MAHA, Alhamdulillah ada orang post kat facebook nak cari pekerja sambilan untuk 2 hari iaitu 22 dan 23 November. Sabtu dan ahad memang aku free. So apa lagi terus apply dan dapat. Kerja aku cuma buat survey dengan pengunjung MAHA. gaji pun ok pengalaman pun dapat.

Tapi rupanya susah jugak nak deal dengan orang yang kita tak kenal. Tak semua orang yang kita approach dengan baik akan layan kita semula dengan baik. Kalau yang nak bagi respon tolong jawab survey tu ok la, tapi yang kata bukan-bukan pasal kita tu memang sedeyyy. Aku dah cakap dah yang aku nak buat survey je, tapi mati-mati dia tuduh aku nak promote barang. Sakit hati. Tetapi bertabah la jugak dan senyum je. Ye la kita kerja ikhlas nak cari rezeki halal nak menyara hidup. 

Selain dapat gaji, dapat pengalaman, aku pun dapat kawan-kawan baru. Walaupun aku tak kenal diorang, tapi diorang baik sangat. Kitorang lunch sama-sama, solat sama-sama, pergi kerja sama-sama. Masa hari last kerja, kitorang jelajah area MAHA tu sampai puas! Tapi aku setakat makan free tester je. Diorang membeli belah sakan! beli pekasam, mangga, jeruk, rojak! wah wah wah...

Apapun MAHA memang best. Rugi kalau tak pergi tapi rasa penat bila pergi. Sebab kawasan MAHA sangat besar, sesak dengan orang ramai, parking jauh, pastu kalau tengah panas terik atau hujan lebat, memang melecehkan. Disebabkan MAHA ni dianjurkan 2 tahun sekali, so ini kali terakhir aku pergi sebagai student UPM. 

Siapa lagi yang belum pergi? Tinggal lagi 2 hari je!

oh ya bagi yang tak tahu apa itu MAHA, baca ni kay. MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show) ialah Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia yang diadakan dua tahun sekali di Malaysia. Ia diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. Sumber dari wikipedia.

***

Alhamdulillah. Bulan ni dapat bonus dari Shaklee sebab jualan melepasi target. Senang buat bisnes dengan Shaklee ni, untung dapat, bonus pun dapat. Mula-mula ingatkan nak guna produk untuk diri sendiri je, tak sangka ramai jugak pelajar-pelajar upm yang berminat jugak nak cuba Shaklee. Senang je, beli dengan saya boleh COD di kawasan UPM. Whatsapp 0173065200 / 0194038314.

No comments: