Saturday, 15 November 2014

Puas hati semorang?

Salam.

Apa perasaan korang bila lalu depan member-member tapi diorang pandang korang menyampah? mesti korang terfikir, eh aku ada buat salah ke dengan diorang? rasanya aku tak jumpa pun lepak-lepak dengan diorang semalam. Keluar sama-sama pun tak. Eh, dah kenapa muka macam tak puas hati?

Kalau kau seorang yang bijak bestari petah berkata-kata, mesti kau bijak melantunkan persoalan kau kepada mereka. tanya mereka dengan sopan santun lemah lembut berbudi bahasa. "maafkan saya, boleh saya tahu kenapa anda semua memandang saya seperti saya ada melakukan kesalahan. Boleh saya tahu apa kesalahan saya itu? supaya saya boleh betulkan kesilapan saya. saya minta maaf jika saya ada menyakitkan hati anda semua tanpa saya sedari." Kena pandai main ayat manis sebab kalau korang jenis yang panas baran silap-silap boleh membawa kepada pergaduhan.

???

Kalau aku senang. Kalau kau tak puas hati dengan orang lain. Jangan jadi pengecut cakap belakang. Bagitahu depan-depan. Setakat tunjuk muka menyampah kau depan dia belum tentu dapat setel sakit dalam hati kau tu. Entah-entah dia tak ambik port pun. Kau je yang syok sendiri sakit hati sorang-sorang.

Kalau aku jadi lagi sorang tu, aku buat bodoh je. Kalau dah kau tak de buat apa-apa dengan diorang, buat apa nak susah-susah fikir? "Kalau betul diorang tak puas hati dengan aku, cakap la depan-depan, apa nak takut. aku tak pernah makan orang pun." Daripada menyemak sibuk fikir apa orang tak puas hati dengan kau, lebih baik kau puaskan hati kau dengan perkara-perkara yang menggembirakan hidup. Dah-dah tak payah nak perasan sorang-sorang. Entah-entah memang semulajadi diorang punyai ekspresi muka normal begitu. Kau je yang perasan diorang menyampah dengan kau padahal tak pun. Ce husnuzooonnn sikit...

***

Sometimes people are hardly to understand us. So how we would make them to understand us?

Sometimes people thought that we hate them, but actually we don't. How can they make such assumptions? weird.

The easier way is to communicate. Stop writing all answers on your own head. Get the real answers.

No comments: