Tuesday, 25 November 2014

IOI Mall Putrajaya Part 2

Salam.

nak sambung cerita minggu lepas.

3. PARKING

ya, aku dan kawan-kawan aku memang excited sikit bab jalan-jalan ni. Dahlah parking tengah free, lagi lah aku happy. Hmm..mula-mula tak jumpa mana nak masuk area parking kat IOI. (signboard sangat lah sedikit, thanks kat abang2 pekerja asing yang bagi tunjuk arah kat mana nak parking). aku parking kat basement, masa tu kereta tak banyak, orang pun tak ramai, kitorang pun apa lagi.. serang!

Nak dipendekkan cerita, kawan aku sorang ni ada perjumpaan malam ni, so kitorang kena balik awal. Okay, lepas solat maghrib, kitorang pun keluar lah ke tempat parking asal. Masuk lif, tekan lah B2 *yakin je parking kat B2*. Keluar lif, cari parking, tak nampak pulak kereta aku kat mana. (aku parking kat depan pintu je kot). so kitorang guna tangga kecemasan untuk naik ke tingkat atas, tak jumpa juga. Naik lagi tangga ke tingkat atas, eh tak jumpa juga. guna lif pulak, turun kat setiap level, tetap tak jumpa. Kawan aku siap pusing-pusing setiap level. Takut kitorang salah naik lif. Tetap tak jumpa.

aku dah rasa tak sedap hati. Kereta aku dah kena curi ke? mana la tau tadi aku lupa nak lock kereta. *kadang-kadang aku cuai bab ni*. aku dah gelabah. speechless. Kereta kakak aku tu, kalau hilang macam mana nak balik UPM, macam mana nak bagitahu kakak aku? macam-macam benda negatif aku dah fikir.

Kitorang teruskan lagi misi pencarian. Strategi pertama, cari di setiap level. Naik turun lif, naik turun tangga. Hanya tuhan saja tahu betapa kitorang gundah gulana tak jumpa kereta.

Kami mula memasang strategi kedua. iaitu Lakonan Semula!. Maka kami pun naik la ke tempat kami mula-mula keluar dari lif. Tapi hampa. Sebenarnya bukan kami je yang tak jumpa parking kereta, rupanya ramai yang mengalami nasib yang sama. ada 2-3 couple, dan 2 family yang naik turun tangga macam kami, cari kereta punya pasal. Aku pun pelik la, besar sangat ke parking kat IOI Mall ni?

Usaha punya usaha, sebab usaha tangga kejayaan. Setelah 1 jam, akhirnya kereta aku dijumpai. Kami punya lah rasa nak menangis sampai kawan aku peluk-peluk kereta tu lepas jumpa. *kereta tu dah berbulan tak basuh oi*.

Pengajaran. Pengalaman. Tapi menarik. Siap ada buat strategi lagi. Moral of the story, lain kali ambil gambar nombor parking tu dulu, jangan main serang je!! kalau dah Mall besar, mesti lah parking dia pun besar kan. Kalau tak silap aku, parking dia start dari LG(a), LG, B1, B2..tak pasti la ada B3 ke tak. Tapi masa kejadian, aku parking kat LG(a). tak tahulah macam mana la kitorang boleh tak perasan kewujudan LG(a) tu. 

Bila lagi aku nak pergi IOI mall ni? tunggu lepas habis final exam sem ni. Target nak main Ice Skating puas-puas! JOM!

***
Malam ni stay -up siapkan final year project! 

No comments: