salam.
Kalau korang lah,
bayangkan korang tak sengaja tertolak orang sampai dia jatuh longkang dan luka berdarah,
lepas tu, korang nak tolong dia bangun, minta maaf dan bawa dia ke klinik tak?
mesti la jiwa malaikat dalam diri korang akan kata "sudah semestinya."
tapi macam mana pula
kalau korang tertolak seseorang yang korang menyampah tengok?
contohnya tertolak mak nyah yang rambut blond, jalan terkepit-kepit, pakai skirt pendek tapi lupa nak cukur bulu kaki? mak nyah yang terjatuh tu siap minta tolong kita dengan suara halkum dia lagi..
"adik, tolong nyahhh..sakittt...awwwww."
korang nak tolong tak? atau jiwa syaitonnirrojim korang cuma kata "padan muka. elok sangat dengan nasib kau macam ni. biar insaf sikit."
sebenarnya apa yang korang nampak dari situasi ni? sikap prihatin korang atau kejahilan mak nyah tu memilih jalan yang salah?
sebenarnya siapa-siapa yang jatuh pun, kau kena tolong jugak kan? tak kisah la apa jua latar belakang dia, dah tahu kau tertolak dia sampai jatuh, kau kena juga minta maaf dan tolong dia.
Selain tolong rawat luka mak nyah tu, sambil tu kau nasihat lah dia. mungkin tuhan takdir kan kau tolak dia supaya kau boleh tegur dia dengan berhemah. sebab kalau kau tak tertolak dia, sampai bila-bila kau akan kutuk-kutuk golongan mereka dari jauh (macam pahlawan papan kunci).
***
okay ini cuma analogi. aku tak pernah pun tertolak mak nyah sampai jatuh longkang. setakat ni mak nyah terakhir yang aku jumpa kat butik pengantin je. Belum pernah lagi jumpa kat toilet mahupun ruang solat wanita.
eh.
***
Mempertahankan hak kita memang nampak hebat. tetapi jadi tak hebat bila apa yang kita sangka hak kita tu melawan hukum tuhan. hey, siapa yang lagi hebat? kau atau tuhan? #isutransgender
No comments:
Post a Comment