Saturday, 22 November 2014

IOI Mall Putrajaya baru dibuka part 1

Salam.

Aku baru balik dari IOI Mall Putrajaya yang digembar gemburkan baru-baru ini. Yang paling bestnya, dekat je dengan UPM, so kalau aku stress ke mengidam ke merajuk ke senang nak cari port untuk membawa diri.

Sori The Mines, lepas ni mungkin kita dah jarang bertemu. Aku sudah ada cinta hati baru. T.T

Masa mula-mula sampai, aku memang kagum lah dengan design mall ni. Dah lah panjang kemain, pastu bersegi-segi pulak tu. Cuma memang aku dah agak mesti awal-awal macam bosan sikit sebab banyak kedai yang belum beroperasi lagi. So aku cuma jadi pemantau je la hari ni, tengok kedai apa yang best.

Macam-macam ada, yang paling aku suka Ice Skating Rink. Mula-mula nak try, tapi ramai orang. Tambahan pula, ada mamat cute jatuh depan kitorang masa tengah skating. Kitorang tak sampai hati nak gelak depan dia, so kitorang cepat-cepat blah dari situ. Nak main time tak ramai orang, so kalau jatuh patplohpatkali pun tak ramai sangat yang tengok.

Bagi aku, perkara yang paling penting untuk sesebuah mall ialah:

1. KEDAI MAKANAN/RESTORAN

Aku ni jenis kalau pergi Mall, aku tak eksaited sangat masuk butik pakaian. Memanglah aku ni dari luar nampak macam perempuan tipikal, tapi nafsu aku lebih banyak ke arah makanan berbanding pakaian. Lagipun dengan saiz badan comel aku ni, bukan senang nak cari saiz yang sepadan. Masuk butik Mango, semua gedang-gelebeh untuk aku, masuk butik H&M semuanya terlalu mahal untuk aku, yang murah nye ialah skirt pendek dan baju tanpa lengan. kejadahnya aku nak beli? pastu kalau masuk butik kiki lala, kecik sangat pulak saiz nya untuk aku. Makanya aku dah tak gemar sangat shopping pakaian-pakaian ni kecuali kalau betul-betul memerlukan.

Jadinya yang membuat aku teruja ialah, kat IOI mall ni kebanyakan jenis kedai makan ada. Shabu-shabu, dubu-dubu, seoul garden, mcd, kepsi, pizza, texas, secret recipe, macam-macamlah. Pilih je mana satu idaman kalbu. Yang tak ada ialah Dip&Dip, Chemistry Lab, Satay Kajang, Burger Bakar, Wendy's, hmmm apa lagi? tolong sebutkan boleh?

Ikutkan nafsu perut ku, semua kedai makan aku nak try. Contoh hari ni makan kat Kenny's, lain kali nak try Nando's pulak. Minggu depan nak masuk Sakae Sushi. Macam tulah, ajet-ajet jalan-jalan cari makan. Cuma masalahnya banyak kedai yang aku ragu-ragu status keHALALan toyyibannya. Contohnya kedai yang ada tampal PORK FREE tapi tak ada gantung sijil halal. Yang memusykilkan aku ialah,  kemain ramai pelanggan muslim yang datang makan kat situ. Yang aku tahu, pemilik dan tukang masak nya ialah bukan muslim. Macam mana ya, kalau dah ragu-ragu, baik tak payah makan langsung kan? 

2. SURAU

Yang ni kelakar. aku faham mall ni baru bukak, signboard surau susah nak jumpa. Rupanya surau bukan main jauhhh lagi kat hujung dunia. Surau lelaki di bahagian kanan dan surau wanita di bahagian simpang sebelah sana. Masalahnya aku dah terikut tanda arah ke surau lelaki. Patutlah abam-abam pandang pelik, siap tunjuk arah lagi, "dik, surau wanita kat sana nun." duhh kelakar. Masalahnya signboard sama. tak boleh nak bezakan tu arah surau lelaki atau perempuan. Tolong letak signboard yang JELAS bebanyak okay! 

Surau lelaki aku tak tahu macam mana. tapi kalau surau perempuan aku rasa banyak yang perlu diperbaiki sebab surau alamanda lagi cantik dan selesa. Yang pertama, tempat wuduk perlu diperbanyakkan lagi. Kalau setakat empat pili je, tapi jemaah nya sampai berpuluh-puluh, korang bayangkan lah kitorang nak amik wuduk tapi beratur macam nak bayar tol kat lorong tunai.

Saiz surau dah ok dah, cukup besar. Cuma selipar pulak sikit, telekung dan sejadah tak banyak, dan cermin nak touch up tudung pun tak ada. Tak apalah, mula-mula macam tu kot, lama-lama nanti ada lah perubahan, kan? 

3. PARKING

Yang n yaaa ampunnn. Entri lain kali aku cerita. 

*tido. esok kerja*

No comments: