oh yeahhh...selamat hari ahad!
esok dah start minggu test, tapi makan tetap makan. malah makin bertambah-tambah selera aku bila tengah study ni. bila stressed belajar, perut memang cepat mengidam yea?
disebabkan mak aku pos daging korban kat adik aku, so terngiang-ngiang la kat kepala aku nak masak apa. peti ais kecik je, bukannya banyak sangat bahan. dan aku lebih berhati-hati sebab hari tu pernah masak sup daging, tapi tak berapa nak menjadi sebab tak cukup bahan dan daging agak liat. so dari semalam lagi aku dah google resepi bihun goreng daging! ~
tapi aku tak ikut betul2 resepi. jenuh la nak masak sambil tengok laptop. so aku bayang-bayangkan je dalam kepala dan aku belasah je apa yang patut.
mula-mula check dulu apa yang ada dalam peti ais. pastu baru boleh reka-reka resepi ikut resepi google. so ini yang aku ada..
bahan2-
daging dipotong kecik-kecik (cepat masak dan tak liat)
cili boh (better guna cili kering, tapi aku tak de blender so guna ready-made je)
bawang merah dan bawang putih
cili merah (aku pesan cili padi kat adik tapi dia bagi semua cili merah)
kiub pati ayam (guna separuh je)
kobis
kicap
sos cili (aku tak de sos tiram so aku tak guna)
telur
garam, gula
air, minyak masak
bihun
mula-mula panaskan kuali, letak minyak dan goreng daging yang telah dilumurkan garam.
lepas daging macam dah masak, campakkan bawang putih dan bawang merah, goreng lagi sampai kekuningan.
then masukkan cili boh. part ni aku tak suka sebab memercik-mercik. habis kotor dapur.
then masukkan air ikut suka, tambah sos, kicap, gula, garam. dan biarkan mendidih.
rasa dulu cukup masin dan manisnya ke tidak.
bila dah ok, masukkan bihun. kacau rata, masukkan kobis dan cili merah.
pecahkan telur kat tengah-tengah.
yeaaa dah siap.
sori la gambar takde sebab aku takde smartphone. *siyes*
aku start siapkan bahan pukul 9.30 pagi, siap masak pukul 10.00 pagi. tapi aku nak makan bihun ni time tengahari. *pun boleh*. so jom sarapan dengan ESP shaklee dan vitamin B-complex dulu.
*advertisement*
nak dapatkan produk shaklee? ada pelbagai multi-vitamin, produk kebersihan diri, kebersihan rumah, water filter dsb. whatsapp/sms 019-4038314 atau ke fb mariah smile atau page fb mariahsmilestore
*thanks*
No comments:
Post a Comment