Friday, 28 November 2014

Pekerja Sambilan MAHA 2014

Salam.

Merujuk kepada tajuk di atas.

Ini kali pertama aku berkunjung ke MAHA di Maeps Serdang. Tetapi bukan sebagai pengunjung, bahkan sebagai pekerja sambilan di booth!

Kaedahnya, aku sangat-sangat memerlukan wang simpanan. Nak tunggu duit zakat upm masuk, katanya hujung bulan 12. Lambat lagi. So nak tak nak aku kena buat sesuatu. Dari awal bulan lagi aku dengar kawan aku cite pasal MAHA yang akan diadakan tak lama lagi. Aku apa lagi, google lah apa-apa kerja kosong yang aku boleh buat. Tapi aku tak boleh buat untuk seminggu, terbatas dengan jadual kuliah, projek tahun akhir lagi. hmm aku betul-betul berharap dapat cari duit poket sendiri. Aku pernah cuba call keje part time sana sini untuk MAHA tu, tapi mostly nak pekerja yang boleh kerja seminggu dari 10 pagi sampai 10 malam. :(

Seminggu sebelum MAHA, Alhamdulillah ada orang post kat facebook nak cari pekerja sambilan untuk 2 hari iaitu 22 dan 23 November. Sabtu dan ahad memang aku free. So apa lagi terus apply dan dapat. Kerja aku cuma buat survey dengan pengunjung MAHA. gaji pun ok pengalaman pun dapat.

Tapi rupanya susah jugak nak deal dengan orang yang kita tak kenal. Tak semua orang yang kita approach dengan baik akan layan kita semula dengan baik. Kalau yang nak bagi respon tolong jawab survey tu ok la, tapi yang kata bukan-bukan pasal kita tu memang sedeyyy. Aku dah cakap dah yang aku nak buat survey je, tapi mati-mati dia tuduh aku nak promote barang. Sakit hati. Tetapi bertabah la jugak dan senyum je. Ye la kita kerja ikhlas nak cari rezeki halal nak menyara hidup. 

Selain dapat gaji, dapat pengalaman, aku pun dapat kawan-kawan baru. Walaupun aku tak kenal diorang, tapi diorang baik sangat. Kitorang lunch sama-sama, solat sama-sama, pergi kerja sama-sama. Masa hari last kerja, kitorang jelajah area MAHA tu sampai puas! Tapi aku setakat makan free tester je. Diorang membeli belah sakan! beli pekasam, mangga, jeruk, rojak! wah wah wah...

Apapun MAHA memang best. Rugi kalau tak pergi tapi rasa penat bila pergi. Sebab kawasan MAHA sangat besar, sesak dengan orang ramai, parking jauh, pastu kalau tengah panas terik atau hujan lebat, memang melecehkan. Disebabkan MAHA ni dianjurkan 2 tahun sekali, so ini kali terakhir aku pergi sebagai student UPM. 

Siapa lagi yang belum pergi? Tinggal lagi 2 hari je!

oh ya bagi yang tak tahu apa itu MAHA, baca ni kay. MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show) ialah Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia yang diadakan dua tahun sekali di Malaysia. Ia diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. Sumber dari wikipedia.

***

Alhamdulillah. Bulan ni dapat bonus dari Shaklee sebab jualan melepasi target. Senang buat bisnes dengan Shaklee ni, untung dapat, bonus pun dapat. Mula-mula ingatkan nak guna produk untuk diri sendiri je, tak sangka ramai jugak pelajar-pelajar upm yang berminat jugak nak cuba Shaklee. Senang je, beli dengan saya boleh COD di kawasan UPM. Whatsapp 0173065200 / 0194038314.

Tuesday, 25 November 2014

IOI Mall Putrajaya Part 2

Salam.

nak sambung cerita minggu lepas.

3. PARKING

ya, aku dan kawan-kawan aku memang excited sikit bab jalan-jalan ni. Dahlah parking tengah free, lagi lah aku happy. Hmm..mula-mula tak jumpa mana nak masuk area parking kat IOI. (signboard sangat lah sedikit, thanks kat abang2 pekerja asing yang bagi tunjuk arah kat mana nak parking). aku parking kat basement, masa tu kereta tak banyak, orang pun tak ramai, kitorang pun apa lagi.. serang!

Nak dipendekkan cerita, kawan aku sorang ni ada perjumpaan malam ni, so kitorang kena balik awal. Okay, lepas solat maghrib, kitorang pun keluar lah ke tempat parking asal. Masuk lif, tekan lah B2 *yakin je parking kat B2*. Keluar lif, cari parking, tak nampak pulak kereta aku kat mana. (aku parking kat depan pintu je kot). so kitorang guna tangga kecemasan untuk naik ke tingkat atas, tak jumpa juga. Naik lagi tangga ke tingkat atas, eh tak jumpa juga. guna lif pulak, turun kat setiap level, tetap tak jumpa. Kawan aku siap pusing-pusing setiap level. Takut kitorang salah naik lif. Tetap tak jumpa.

aku dah rasa tak sedap hati. Kereta aku dah kena curi ke? mana la tau tadi aku lupa nak lock kereta. *kadang-kadang aku cuai bab ni*. aku dah gelabah. speechless. Kereta kakak aku tu, kalau hilang macam mana nak balik UPM, macam mana nak bagitahu kakak aku? macam-macam benda negatif aku dah fikir.

Kitorang teruskan lagi misi pencarian. Strategi pertama, cari di setiap level. Naik turun lif, naik turun tangga. Hanya tuhan saja tahu betapa kitorang gundah gulana tak jumpa kereta.

Kami mula memasang strategi kedua. iaitu Lakonan Semula!. Maka kami pun naik la ke tempat kami mula-mula keluar dari lif. Tapi hampa. Sebenarnya bukan kami je yang tak jumpa parking kereta, rupanya ramai yang mengalami nasib yang sama. ada 2-3 couple, dan 2 family yang naik turun tangga macam kami, cari kereta punya pasal. Aku pun pelik la, besar sangat ke parking kat IOI Mall ni?

Usaha punya usaha, sebab usaha tangga kejayaan. Setelah 1 jam, akhirnya kereta aku dijumpai. Kami punya lah rasa nak menangis sampai kawan aku peluk-peluk kereta tu lepas jumpa. *kereta tu dah berbulan tak basuh oi*.

Pengajaran. Pengalaman. Tapi menarik. Siap ada buat strategi lagi. Moral of the story, lain kali ambil gambar nombor parking tu dulu, jangan main serang je!! kalau dah Mall besar, mesti lah parking dia pun besar kan. Kalau tak silap aku, parking dia start dari LG(a), LG, B1, B2..tak pasti la ada B3 ke tak. Tapi masa kejadian, aku parking kat LG(a). tak tahulah macam mana la kitorang boleh tak perasan kewujudan LG(a) tu. 

Bila lagi aku nak pergi IOI mall ni? tunggu lepas habis final exam sem ni. Target nak main Ice Skating puas-puas! JOM!

***
Malam ni stay -up siapkan final year project! 

Saturday, 22 November 2014

IOI Mall Putrajaya baru dibuka part 1

Salam.

Aku baru balik dari IOI Mall Putrajaya yang digembar gemburkan baru-baru ini. Yang paling bestnya, dekat je dengan UPM, so kalau aku stress ke mengidam ke merajuk ke senang nak cari port untuk membawa diri.

Sori The Mines, lepas ni mungkin kita dah jarang bertemu. Aku sudah ada cinta hati baru. T.T

Masa mula-mula sampai, aku memang kagum lah dengan design mall ni. Dah lah panjang kemain, pastu bersegi-segi pulak tu. Cuma memang aku dah agak mesti awal-awal macam bosan sikit sebab banyak kedai yang belum beroperasi lagi. So aku cuma jadi pemantau je la hari ni, tengok kedai apa yang best.

Macam-macam ada, yang paling aku suka Ice Skating Rink. Mula-mula nak try, tapi ramai orang. Tambahan pula, ada mamat cute jatuh depan kitorang masa tengah skating. Kitorang tak sampai hati nak gelak depan dia, so kitorang cepat-cepat blah dari situ. Nak main time tak ramai orang, so kalau jatuh patplohpatkali pun tak ramai sangat yang tengok.

Bagi aku, perkara yang paling penting untuk sesebuah mall ialah:

1. KEDAI MAKANAN/RESTORAN

Aku ni jenis kalau pergi Mall, aku tak eksaited sangat masuk butik pakaian. Memanglah aku ni dari luar nampak macam perempuan tipikal, tapi nafsu aku lebih banyak ke arah makanan berbanding pakaian. Lagipun dengan saiz badan comel aku ni, bukan senang nak cari saiz yang sepadan. Masuk butik Mango, semua gedang-gelebeh untuk aku, masuk butik H&M semuanya terlalu mahal untuk aku, yang murah nye ialah skirt pendek dan baju tanpa lengan. kejadahnya aku nak beli? pastu kalau masuk butik kiki lala, kecik sangat pulak saiz nya untuk aku. Makanya aku dah tak gemar sangat shopping pakaian-pakaian ni kecuali kalau betul-betul memerlukan.

Jadinya yang membuat aku teruja ialah, kat IOI mall ni kebanyakan jenis kedai makan ada. Shabu-shabu, dubu-dubu, seoul garden, mcd, kepsi, pizza, texas, secret recipe, macam-macamlah. Pilih je mana satu idaman kalbu. Yang tak ada ialah Dip&Dip, Chemistry Lab, Satay Kajang, Burger Bakar, Wendy's, hmmm apa lagi? tolong sebutkan boleh?

Ikutkan nafsu perut ku, semua kedai makan aku nak try. Contoh hari ni makan kat Kenny's, lain kali nak try Nando's pulak. Minggu depan nak masuk Sakae Sushi. Macam tulah, ajet-ajet jalan-jalan cari makan. Cuma masalahnya banyak kedai yang aku ragu-ragu status keHALALan toyyibannya. Contohnya kedai yang ada tampal PORK FREE tapi tak ada gantung sijil halal. Yang memusykilkan aku ialah,  kemain ramai pelanggan muslim yang datang makan kat situ. Yang aku tahu, pemilik dan tukang masak nya ialah bukan muslim. Macam mana ya, kalau dah ragu-ragu, baik tak payah makan langsung kan? 

2. SURAU

Yang ni kelakar. aku faham mall ni baru bukak, signboard surau susah nak jumpa. Rupanya surau bukan main jauhhh lagi kat hujung dunia. Surau lelaki di bahagian kanan dan surau wanita di bahagian simpang sebelah sana. Masalahnya aku dah terikut tanda arah ke surau lelaki. Patutlah abam-abam pandang pelik, siap tunjuk arah lagi, "dik, surau wanita kat sana nun." duhh kelakar. Masalahnya signboard sama. tak boleh nak bezakan tu arah surau lelaki atau perempuan. Tolong letak signboard yang JELAS bebanyak okay! 

Surau lelaki aku tak tahu macam mana. tapi kalau surau perempuan aku rasa banyak yang perlu diperbaiki sebab surau alamanda lagi cantik dan selesa. Yang pertama, tempat wuduk perlu diperbanyakkan lagi. Kalau setakat empat pili je, tapi jemaah nya sampai berpuluh-puluh, korang bayangkan lah kitorang nak amik wuduk tapi beratur macam nak bayar tol kat lorong tunai.

Saiz surau dah ok dah, cukup besar. Cuma selipar pulak sikit, telekung dan sejadah tak banyak, dan cermin nak touch up tudung pun tak ada. Tak apalah, mula-mula macam tu kot, lama-lama nanti ada lah perubahan, kan? 

3. PARKING

Yang n yaaa ampunnn. Entri lain kali aku cerita. 

*tido. esok kerja*

Wednesday, 19 November 2014

Test 2 & vivix

Salam.

Aku harap lepas ni aku tak buat lagi janji palsu dengan diri aku sendiri.

***

Contohnya macam semalam, pada jam 10.00 malam, aku berniat nak rehat kan kepala otak aku kejap dalam 30 minit dan sambung study untuk test esok pagi. Ada lagi 4 subtopic yang kena cover tapi sebab otak dah tepu, aku rebahkan juga kepala kat bantal. Lepas tu apa yang aku ingat, aku mimpi pergi kursus pastu mimpi family pulak. Gila homesick sampai ke mimpi.

Tapi aku bukan nak cite pasal mimpi.

Aku tersedar bila handset aku berbunyi. Ingatkan ada orang call memalam ni. Tengok je jam, MasyaAllah! dah pukul 5.50 pagi! dahsyat nya aku punya rehat dari 30 minit sampai ke 6 jam. Tunggang terbalik aku study last minit sebelum pergi test. Main scan je apa yang aku nampak.

Nasib baik la time test tu aku banyak tanya soalan yang aku tak faham kat lecturer, dan lecturer aku 'sporting' tolong bagi hint. Macam tahu-tahu je kat atas kepala aku ni ada tulis "TAK STUDY APA-APA MALAM TADI".

Alhamdulillah. nasib baik dapat jawab semua soalan walaupun tak tahu jawapan betul atau salah. Ok lah daripada tinggal kosong macam tu je kan?

***

Aku akan cuba. *mata dah minta izin nak lelap*

***

Alhamdulillah, lepas kelas tadi terus pecut ke pejabat ambil bungkusan dari Shaklee, dan terus COD kat pelanggan di UPM. Walaupun niat sebenar aku jadi ahli shaklee sebab nak consume vitamin dia je, Tapi kalau ada yang berminat nak beli dari aku, itu kira rezeki. Semoga pelanggan aku dapat manfaat dari vivix shaklee. Nah aku belanja sikit info pasal vivix ni!


Yang bestnya bila beli vivix, free postage taw. Kalau berminat nak hadiahkan kat tok, nenek, opah, mak, ayah, sedara mara, adik beradik, atau nak makan untuk diri sendiri, just sms/whatsapp aku kat no ni 0194038314. COD sekitar UPM, serdang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Saturday, 15 November 2014

Puas hati semorang?

Salam.

Apa perasaan korang bila lalu depan member-member tapi diorang pandang korang menyampah? mesti korang terfikir, eh aku ada buat salah ke dengan diorang? rasanya aku tak jumpa pun lepak-lepak dengan diorang semalam. Keluar sama-sama pun tak. Eh, dah kenapa muka macam tak puas hati?

Kalau kau seorang yang bijak bestari petah berkata-kata, mesti kau bijak melantunkan persoalan kau kepada mereka. tanya mereka dengan sopan santun lemah lembut berbudi bahasa. "maafkan saya, boleh saya tahu kenapa anda semua memandang saya seperti saya ada melakukan kesalahan. Boleh saya tahu apa kesalahan saya itu? supaya saya boleh betulkan kesilapan saya. saya minta maaf jika saya ada menyakitkan hati anda semua tanpa saya sedari." Kena pandai main ayat manis sebab kalau korang jenis yang panas baran silap-silap boleh membawa kepada pergaduhan.

???

Kalau aku senang. Kalau kau tak puas hati dengan orang lain. Jangan jadi pengecut cakap belakang. Bagitahu depan-depan. Setakat tunjuk muka menyampah kau depan dia belum tentu dapat setel sakit dalam hati kau tu. Entah-entah dia tak ambik port pun. Kau je yang syok sendiri sakit hati sorang-sorang.

Kalau aku jadi lagi sorang tu, aku buat bodoh je. Kalau dah kau tak de buat apa-apa dengan diorang, buat apa nak susah-susah fikir? "Kalau betul diorang tak puas hati dengan aku, cakap la depan-depan, apa nak takut. aku tak pernah makan orang pun." Daripada menyemak sibuk fikir apa orang tak puas hati dengan kau, lebih baik kau puaskan hati kau dengan perkara-perkara yang menggembirakan hidup. Dah-dah tak payah nak perasan sorang-sorang. Entah-entah memang semulajadi diorang punyai ekspresi muka normal begitu. Kau je yang perasan diorang menyampah dengan kau padahal tak pun. Ce husnuzooonnn sikit...

***

Sometimes people are hardly to understand us. So how we would make them to understand us?

Sometimes people thought that we hate them, but actually we don't. How can they make such assumptions? weird.

The easier way is to communicate. Stop writing all answers on your own head. Get the real answers.

jangan ludah kat blog skema rono

Salam.

Just wonder, kalau kita dah tersilap langkah, tak bermakna kita tak boleh patah balik kan? memang lah benar "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". tetapi as a human, kita perlu ada sikap toleransi, bermaaf-maafan dan terima hakikat bahawa tidak semua manusia sempurna. 


Jadi andainya kau dah terludah, memang kau tak perlu jilat balik sebab ludah kau kotor okay. Tapi kau boleh lap dan bersihkan ludah kau tu. Tak payah nak egoistik sangat. Terimalah hakikat yang kau memang dah ludah. jangan "baling batu sembunyi tangan". dah ludah tapi tak mengaku tu ludah kau itu lagi vengong.


"siapa yang sanggup jilat ludah dia sendiri angkat tangan!" 

ewwwhghhg lulz

***

"you are what you are thinking of"

so let's think..

if you think you can do well in sports, then you are a sportsman.

if you always think bad of others, then you are a bad thinker.

if you think you can always forgive people, then you are a forgiving person.

if you always think about the people that you hate, then you are a hater.

if you think you can do all the things by yourself, then you are an independent person.

if you think you must do exercise,  you are a health care person.

if you are always think about your family, you are a family person.

if you think animals are cute, you are also a cute person. *because cute people loves cute things, right?*

There is so many things that you can think. either it is a positive or negative, it's describe who you are. In the end, it does not matter what others think about you, the important thing is to be yourself.

so, who are you?

dah pukul 9 pagi? hmmm

salam.

hari sabtu.

Aku masih membungkus dalam hamparan selimut. walaupun perut dah berkeroncong, tetapi aku masih degil tak nak bangun. Tuhan, tolong berikan aku kerajinan. Banyak sangat kerja yang nak disiapkan. Siapa kata hari minggu hari untuk beristirehat? Masa semakin suntuk. Aku sedang mengejar deadline, kalau tidak aku yang akan die.

Dalam kepala tengah fikir nak masak apa hari ni. Macam nak masak bihun tapi stok sayur dah habis kowt. Rugi tak pergi pasar semalam, borong sayur. Aku ni jenis yang pantang kalau tak jumpa sayur dalam main course. Rasa macam hidangan tak lengkap. dan aku jenis pantang orang tak makan sayur, paling teruk pun aku bebel je la "dah besar-besar pun tak nak makan sayur".

Memang biasanya kanak-kanak paling tak suka makan sayur kan? aku teringat anak saudara aku yang umur 2 tahun. mula-mula elok je dia makan semua benda sebab ye la, budak baru ada gigi dah boleh makan sendiri. lepastu dah pandai tanya, "acik ni apa?". aku cakap "ini sayur. sayur sedap dan baik untuk kesihatan." dia cakap "tak nak sayur."

Diorang dah pandai beza kan rasa sayur rupanya. Memang la sayur tak sedap sangat berbanding ayam goreng. Susah betul nak didik kanak-kanak makan sayur. Kalau nak paksa makan, nanti merajuk pusing satu rumah.

Tapi ada penyelesaiannya, bagi diorang makan mealshakes dari Shaklee. anak saudara aku tu dulu paling susah nak makan nasi. asyik nak mintak keropok ikan goreng je. Mak nye (kakak aku) dah risau tapi nasib baik cepat jumpa produk ni. Alhamdulillah, aku pun teruja tengok anak saudara aku ni makan. Siap mintak tambah lagi. cuma yang pasal sayur tu memang tak lah dia nak makan. suruh buang dari pinggan pulak tu.

Dulu dia kurus kering ikut mak nye. tapi sekarang dah naik berat badan. dah boleh dah cubit lemak dia sikit-sikit. Dan dah semakin bijak! bila lapar, dia pandai pergi dapur cari makanan sendiri. bukak peti ais dan makan depan tv. cuma kakak aku kena sediakan makanan siap-siap dalam peti ais. senang dapat anak saudara macam ni. bijak dan cerdas. Oh ya, satu family boleh kongsi minum mealshakes.

Selain mealshakes, anak saudara aku ni pun makan vitamin C chewable dari Shaklee. Dia selalu nampak mak dia makan set vitamin berpantang Shaklee, so dia pun teringin nak makan vitamin jugak. so kakak aku belikan dia vitamin C. sedap rasa oren. hari-hari dia minta nak makan, "acik, satu hari makan satu biji je" katanya.

Jika berminat nak cuba Mealshakes dan vitamin C untuk anak anda, atau berminat nak tahu pasal vitamin Shaklee boleh hubungi Master-to-be Shaklee di facebook Mariah Smile atau hubungi melalu whatsapp (0173065200). InsyaAllah anda akan diberi khidmat nasihat percuma. Jika anda berminat nak jadi ahli atau pengedar, sis Mariah akan membantu anda sehingga berjaya.




okay perut aku dah start lapar. Lepas breakfast, kita telan vitamin B complex Shaklee sebiji untuk sehari!

Friday, 14 November 2014

mak nyah jatuh longkang

salam.

Kalau korang lah,

bayangkan korang tak sengaja tertolak orang sampai dia jatuh longkang dan luka berdarah,

lepas tu, korang nak tolong dia bangun, minta maaf dan bawa dia ke klinik tak?

mesti la jiwa malaikat dalam diri korang akan kata "sudah semestinya."

tapi macam mana pula

kalau korang tertolak seseorang yang korang menyampah tengok?

contohnya tertolak mak nyah yang rambut blond, jalan terkepit-kepit, pakai skirt pendek tapi lupa nak cukur bulu kaki? mak nyah yang terjatuh tu siap minta tolong kita dengan suara halkum dia lagi..

"adik, tolong nyahhh..sakittt...awwwww."

korang nak tolong tak? atau jiwa syaitonnirrojim korang cuma kata "padan muka. elok sangat dengan nasib kau macam ni. biar insaf sikit."

sebenarnya apa yang korang nampak dari situasi ni? sikap prihatin korang atau kejahilan mak nyah tu memilih jalan yang salah?

sebenarnya siapa-siapa yang jatuh pun, kau kena tolong jugak kan? tak kisah la apa jua latar belakang dia, dah tahu kau tertolak dia sampai jatuh, kau kena juga minta maaf dan tolong dia.

Selain tolong rawat luka mak nyah tu, sambil tu kau nasihat lah dia. mungkin tuhan takdir kan kau tolak dia supaya kau boleh tegur dia dengan berhemah. sebab kalau kau tak tertolak dia, sampai bila-bila kau akan kutuk-kutuk golongan mereka dari jauh (macam pahlawan papan kunci).

***

okay ini cuma analogi. aku tak pernah pun tertolak mak nyah sampai jatuh longkang. setakat ni mak nyah terakhir yang aku jumpa kat butik pengantin je. Belum pernah lagi jumpa kat toilet mahupun ruang solat wanita.

eh.

***

Mempertahankan hak kita memang nampak hebat. tetapi jadi tak hebat bila apa yang kita sangka hak kita tu melawan hukum tuhan. hey, siapa yang lagi hebat? kau atau tuhan? #isutransgender

jiwa hyperaktif ku

salam.

lama sangat tak update blog.

Ketika jiwa sedang kacau, baru aku teringat nak luahkan kat sini. Ya, kau dah dapat meneka yang jiwa aku tengah kacau. Hari aku tak produktif. Seharian aku cuba merawat jiwa.

Tapi akhirnya tiada solusi. Blog juga tempat aku menulis isi hati.

***

Apabila aku betul-betul teringin akan sesuatu, maka kedegilan ku, sukar untuk ku lawan. Apa yang aku nak, pasti akan ku usahakan supaya dapat. Namun, tak semua aku mampu tawan. Ada ketika aku memerlukan masa dan usaha untuk aku capai.

Dan risikonya, aku cuba menyerahkan diriku pada sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang sebenarnya tak relevan dek akal!

Sehingga lah beberapa ketika aku mulai sedar akan kebodohanku. Nak mendapat kan apa yang kita mahu tidak semudah menggadaikan apa yang kita ada. Fikirlah secara logik. Jika ianya sesuatu yang sukar, berikan kau masa. Tingkatkan tahap kesabaran. Usaha bersungguh-sungguh. Dengan itu, maka apa yang kau inginkan akan tercapai.

Okay aku cuba tenang. aku cuma perlukan kesabaran tahap maksima. Berhenti dari meronta-ronta ikut kemahuan jiwa. tutup mata dan cuba diam.

Aku akan cuba melawan kau, wahai nafsu jiwa perempuan yang hyperaktif bila nampak perkataan 'SALE'!!!

***
Terima kasih baca. Tahap ketenangan aku dah meningkat 0.01%. Tengah exercise untuk meningkatkan tahap kesabaran. Tambah-tambah lagi di hujung-hujung tahun ni..