Jumaat,
Entah kenapa rasa sensitif sangat. Kawan aku terpaksa pergi dulu ke suatu tempat, dan aku over sangat sedih seperti rasa ditinggalkan. Betul. Aku tak main-main. Walaupun perkara tu kecil je dan kawan aku tu bukan niat dia nak pergi dulu, tetapi aku sedih tahap menitis air mata aku. I hate that feeling. Perasaan ditinggalkan oleh seseorang yang kita percaya dan sayang. Lama jugak lah aku touching dengan dia sampai bila jumpa dia balik kat tempat tu, aku serious tak nak tengok muka dia sebab buat aku sakit hati. Lepas bagi barang yang dia minta belikan, aku terus keluar dan tak bercakap langsung dengan dia. Aku perlukan masa kalau aku marah pada seseorang. Jangan cakap dengan aku kalau tak nak sakit hati. Aku keluar kejap ambil udara segar tepi swimming pool dan lupakan perasaan aku yang bercampur baur ni. Aku tahu, aku tak patut sakit hati sebab perkara sekecil ni tapi biasalah perempuan ada masanya, dia terlalu terlalu sensitif sangat sangat. Lepas solat maghrib, aku cuba tenangkan diri dan maafkan semua orang.
Sabtu,
kursus kahwin. Entah kenapa aku ambil kursus ni awal sangat. Padahal calon belum ada, (calon sebelum ni aku dah tolak secara baik), yelah sebab aku belum bersedia. Masa dengar ceramah dalam kursus ni pun, aku rasa aku belum cukup sempurna dan langsung tak bersedia nak bergelar isteri. So, niat aku datang kursus ni nak menambah ilmu agama dan ilmu keluarga memandangkan belum ada niat lagi untuk berkahwin. Tapi seriously seronok sangat sebab setiap slot berbeza dan penceramah yang berbeza, menceritakan pengalaman mereka yang berbeza. Biasalah tu bila ada unsur-unsur 18sx sikit, kitorang gelak macam nak pecah dewan pastu penceramah tu pun tanya "ini kursus apa???" kami jawab ramai-ramai "kursus kahwin!!!" well, kalau aku cerita sorang-sorang penceramah memang tak cukup lah. Tapi overall aku cakap kursus yang aku attend ni sangat menarik walaupun ada dua slot yang aku mengantuk sebab baru lepas lunch. Aku dengar diorang gelak, tetapi mata aku dah tak boleh tahan. satu tip dari sorang penceramah ni, for guys, jangan kahwin sebelum hari raya sebab memang akan lari bajet kalau time raya, bini kau rupanya anak bongsu dan anak sedara dia hampir 40 orang. Tak ke bajet lari habis kat duit raya untuk anak buah je kan? hmmm macam-macam kes pejabat agama jugak diorang bagi contoh, ada yang bergaduh sebab kentut, donut@keria, mengidam kfc korean lah. Rupa-rupanya bila dah kahwin, macam-macam perangai pasangan kita boleh tahu kan?
Ahad,
sambungan kursus kahwin. Lepas ni boleh lah konvo amik sijil *bak kata penceramah*.
Aku punya pendapat lah, better aku pergi kursus kahwin dengan kawan-kawan masa tengah belajar ni daripada pergi kursus kahwin dengan tunang, kekasih-belum-halal etc. Sebab at least kau boleh gelak-gelak lagi bila cerita kisah dalam kamar. Ni kalau pergi dengan pasangan, dia jeling kau kau jeling dia, pastu pura-pura gelak sopan. cehh padahal dalam hati bergelora tak sabar nak kahwin kan???
ok, aku dah mengantuk. roommate aku dah tido, so aku kunci pintu dan tutup lampu. Tak sampai 15 minit, roommate aku bangun, bukak lampu dan tidur balik. haisshh..ada kegeraman di situ. Nasib abik aku sayang kat kau lagi..ok, nite
No comments:
Post a Comment