tetapi rupanya masih ada ruang rapuh di hatiku ini.
Dari pandangan luar aku disangka tiada punya perasaan dan angkuh,
tetapi aku pasti menangis jika rindu pada abi dan umi.
Aku menangis tatkala melihat video ibu melahirkan anak
tetapi tak sanggup tengok video itu secara penuh kerana menakutkan.
Aku menangis ketika Anna Alfathunnisa melakukan sujud syukur tatkala Khoirul Azzam setuju untuk menikahinya. Terasa menusuk kalbu perasaan roh suci cinta islamik.
Aku pernah menangis tatkala mendengar lagu cinta tetapi aku diketawakan oleh diriku sendiri.
Bodoh.
Kau tak perlu menangis kerana cinta yang tak pernah dibalas.
Sedangkan dosa kau kepada Tuhan jarang kau sesali dan tangisi
Siapa kau tanpa Dia yang Maha Berkuasa?
*tampar diri sendiri* mohon sedar diri
No comments:
Post a Comment