Tuesday, 14 May 2013

kebodohanku hari ini

Belajar dari pengalaman..

Tadi aku keluar Mid Valley, nak habiskan baucar buku dan shopping sikit.

Aku keluar seorang sebab aku tak suka shopping ramai-ramai. Kalau keluar ramai-ramai kena ikut banyak kepala, dan kena consider kemahuan mengikut kehendak berbeza. Tanya lepas ni nak pergi mana, nak makan kat mana, nak pergi toilet kejap, letih berjalan lah. Kalau aku keluar seorang, senang. Ikut kepala aku sendiri. nak pergi mana, nak makan apa, nak duduk kat situ lama-lama. Tak menyusahkan orang lain dan aku pun tak perning nak fikirkan hal orang lain.

Aku habiskan terlalu banyak masa di MPH sebab rambang mata tak tahu nak pilih buku apa weh. Baucar ada RM140 kat tangan. Tipulah kalau aku kata RM140 tu cukup untuk aku beli macam-macam buku sebab aku rasa nak beli satu kedai MPH tu!! Then pergi beli belah di Aeon. Dah macam mak-mak aku shopping. Sabun, Shampoo, makanan, buah-buahan..last-last tangan penuh dengan plastik. Padan muka aku. Lain kali upah bibik suruh bawak barang-barang tu. =.=

But you know what, tengah on the way nak keluar dari Mid, ada seorang abang ni tegur aku.

"dik, tumpang tanya, mesin atm kat mana? sebab saya dari parking lot, dah pusing-pusing tak jumpa atm."

sebab aku tak cukup tangan nak tunjuk arah mana, so aku cakap je lah,

"kat tingkat atas ni rasanya, kat hujung."

"owh, terima kasih."

aku pun pergi meninggalkan abang tu sebab aku tak kenal dia, tak kan nak jalan sekali.

"err, dik. sori sebab tegur lagi. saya yang tadi tu. adik ni nak pergi ktm ke?"

"haah"

"banyak nye barang. biar saya bawak."

"eh, eh, tak pe. saya boleh bawak sendiri."

"tak pelah. kesian perempuan bawak barang berat sorang-sorang."

Haishh, nampaknya aku kena lah bagi dia bawak. Kitorang gerak sekali ke pintu keluar menuju ke ktm, as you know that mesin atm tu dekat dengan pintu keluar tu. so we are on the same way. Dalam perjalanan tu, macam-macam dia tanya. Belajar kat mana, sem berapa, asal mana, study ok ke tak. Aku pun jawablah macam biasa. Yelah orang dah tolong bawak barang kita, takkan nak being rude pulak kan? Dia kata dia salah seorang pekerja syarikat yang akan organize event kat universiti aku. And aku pun just balas
"oh, ye ke."

"boleh minta nombor, sebab senang sikit kalau nak berurusan apa-apa."
aku dalam hati, 'nak bagi ke tak ni. tapi dia dah tolong aku angkat barang tadi. bagi jelah.'

So his name is J. Age 29 and working in Damansara.

Dia cakap umur aku muda sangat, so dia anggap aku adik je lah. Ok, fine then.

Petang tu dia call. Asking me a lot of things as i don't have any idea what to talk about. Then he ask me whether i'm staying alone in the room or not, what i'm wearing in my room, how long is my hair..
i was like 'damn you, man!' how dare you ask me such questions!

i terus block his number and not replied his messages.

Aku terasa bodoh..sangat-sangat bodoh. Mungkin selepas ini aku perlu lebih berhati-hati dengan lelaki.

3 comments:

niesalhaq said...

Bertabah yaa. Lepas ni kita perlu lebih berhati-2.

Unknown said...

wahhh mmg silap besar la bagi nombor kt org.trus kene kacau.sy yg llaki pon kene kacau ini kan pule pompuan..mmm

L is my alter ego said...

Nies - tak mau 'banana fruits two times' XD

harith - itu silap saya. tak berfikir panjang. huhuhu. nama awak dah macam nama selebriti lawak ke der. ihikks