Wednesday 29 May 2013

look back to who i am

Kamu.
lahir bulan tiga?
sama dengan ku.
berdarah huruf A?
sama dengan ku.

Sudah baca ciri-ciri manusia yang lahir pada bulan tiga?

(BERPESONALITI YG MENARIK DAN MENAWAN, MUDAH DIDAMPINGI, SGT PEMALU DAN PEMENDAM RASA, SGT BAIK SECARA SEMULAJADI, JUJUR PEMURAH DAN MUDAH SIMPATI, SGT SENSITIF PD PERKATAAN YG DITUTURKAN DAN ALAM PERSEKITARAN, SUKA PADA KEDAMAIAN, SGT PEKA KEPADA ORANG LAIN, SESUAI DGN KERJAYA YG MEMBERI KHIDMAT KEPADA ORG LAIN, TIDAK CEPAT MARAH DAN SANGAT AMANAH, TAHU BALAS BUDI DAN TAHU KENANG BUDI, PEMERHATIAN DAN PENILAIAN YG SANGAT TAJAM, KECENDERUNGAN UTK BERDENDAM JIKA TIDAK DIKAWAL, SUKA BERANGAN-ANGAN, SUKA MELANCONG, SGT MANJA DAN SUKA DIBERI PERHATIAN YG SANGAT TINGGI, KELAM KABUT DALAM MEMILIH PASANGAN, SUKA DGN HIASAN RUMAHTANGGA, PUNYA BAKAT SENI DALALM BIDANG MUZIK, KECENDERUNGAN KEPADA BENDA YANG ISTIMEWA DAN BAIK, JGN TERLALU MOODY-LINK

-Kelam kabut dalam memilih pasangan.
mulanya aku ketawa tak percaya tetapi kini aku baru sedar benar hakikatnya.
yang lain itu 99% benar kecuali menarik dan menawan, itu aku tidak pasti.
kalau cantik itu aku yakin semua orang cantik, kerana manusia itu diciptakan dengan definisi kecantikan yang berbeza-beza.

Sudah baca ciri-ciri manusia berdarah A?

mengikut kajian, jenis darah A adalah petani. err.. x faham kenapa digambarkan sebagai petani.
bawah ni kopipes je lah. Tak jumpa mana sumber asal.

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.
Selain itu, keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

That was I, This is Me..

No comments: