Wednesday, 29 May 2013

look back to who i am

Kamu.
lahir bulan tiga?
sama dengan ku.
berdarah huruf A?
sama dengan ku.

Sudah baca ciri-ciri manusia yang lahir pada bulan tiga?

(BERPESONALITI YG MENARIK DAN MENAWAN, MUDAH DIDAMPINGI, SGT PEMALU DAN PEMENDAM RASA, SGT BAIK SECARA SEMULAJADI, JUJUR PEMURAH DAN MUDAH SIMPATI, SGT SENSITIF PD PERKATAAN YG DITUTURKAN DAN ALAM PERSEKITARAN, SUKA PADA KEDAMAIAN, SGT PEKA KEPADA ORANG LAIN, SESUAI DGN KERJAYA YG MEMBERI KHIDMAT KEPADA ORG LAIN, TIDAK CEPAT MARAH DAN SANGAT AMANAH, TAHU BALAS BUDI DAN TAHU KENANG BUDI, PEMERHATIAN DAN PENILAIAN YG SANGAT TAJAM, KECENDERUNGAN UTK BERDENDAM JIKA TIDAK DIKAWAL, SUKA BERANGAN-ANGAN, SUKA MELANCONG, SGT MANJA DAN SUKA DIBERI PERHATIAN YG SANGAT TINGGI, KELAM KABUT DALAM MEMILIH PASANGAN, SUKA DGN HIASAN RUMAHTANGGA, PUNYA BAKAT SENI DALALM BIDANG MUZIK, KECENDERUNGAN KEPADA BENDA YANG ISTIMEWA DAN BAIK, JGN TERLALU MOODY-LINK

-Kelam kabut dalam memilih pasangan.
mulanya aku ketawa tak percaya tetapi kini aku baru sedar benar hakikatnya.
yang lain itu 99% benar kecuali menarik dan menawan, itu aku tidak pasti.
kalau cantik itu aku yakin semua orang cantik, kerana manusia itu diciptakan dengan definisi kecantikan yang berbeza-beza.

Sudah baca ciri-ciri manusia berdarah A?

mengikut kajian, jenis darah A adalah petani. err.. x faham kenapa digambarkan sebagai petani.
bawah ni kopipes je lah. Tak jumpa mana sumber asal.

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.
Selain itu, keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

That was I, This is Me..

midnight rant

Bengang.
Mulut orang lain memang susah nak dikawal,
bercakap tak henti, ketawakan orang lain,
seronok bukan?

sungguh aku penyabar orangnya,
kau kutuk, aku senyum,
kau perlekeh, aku ketawa,
walaupun dalam hatiku retak jiwa.

aku sedar diri, dan aku tak suka timbulkan kontroversi,
biarkan kau dengan ketawa kau,
aku dengan senyum-sentap-sabar ku.

dalam hatiku berdoa semoga kau sedar,
setiap manusia itu diciptakan berbeza-beza,
tiada yang sempurna,
kau fikir itu kelemahan ku,
maaf, kau salah.

Aku mungkin nampak lemah,
tetapi kau tak pernah melihat kelebihanku,
malah aku sendiri tak terfikir untuk mencari kelemahanmu,
apa salahku padamu?

tanya akal sama hati,
hati menyoal akal berfikir,
nafsu mula mencuri posisi,
duka kecewa silih berganti..

Monday, 27 May 2013

tangisan rapuh

Aku sangkakan aku sudah kuat menghadapi 21 tahun kehidupan,

tetapi rupanya masih ada ruang rapuh di hatiku ini.

Dari pandangan luar aku disangka tiada punya perasaan dan angkuh,

tetapi aku pasti menangis jika rindu pada abi dan umi.

Aku menangis tatkala melihat video ibu melahirkan anak

tetapi tak sanggup tengok video itu secara penuh kerana menakutkan.

Aku menangis ketika Anna Alfathunnisa melakukan sujud syukur tatkala  Khoirul Azzam setuju untuk menikahinya. Terasa menusuk kalbu perasaan roh suci cinta islamik.

Aku pernah menangis tatkala mendengar lagu cinta tetapi aku diketawakan oleh diriku sendiri.

Bodoh. 

Kau tak perlu menangis kerana cinta yang tak pernah dibalas.

Sedangkan dosa kau kepada Tuhan jarang kau sesali dan tangisi

Siapa kau tanpa Dia yang Maha Berkuasa?

*tampar diri sendiri* mohon sedar diri

banjawa

Baru sampai kolej setelah mengharungi kesesakan lalu lintas dari Ipoh ke KL.
Perjalanan yang kebiasaannya memakan masa selama 2 jam lebih kini menjadi hampir 5 jam!!
Serious. Walaupun kami mengambil jalan mudah iaitu mengelak dari melalui Lebuhraya Utara Selatan,
jalan biasa yang kami lalui sesak juga di beberapa tempat.
But at least tak seteruk highway, membazir duit tol satu, pastu bosan bila dah stuck kat tengah-tengah jalan raya tu just boleh tengok kereta dan pokok sepanjang jalan, the pros for jalan biasa, kalau bosan you boleh lepak-lepak cari kedai makan kat tepi jalan.
Oh, i know, 'it's whatever' for you.

just so you know, my dad is 'banjarian' and my mom is 'jawa-nese' so there goes anak-anak mereka 'banjawa'. ahha sukahati aku je. Last saturday we went to a wedding ceremony in  kampung banjar. A place of my dad's history. His birthplace and childhood days memory.

I just knew that anak kepada my saudara tu rupanya pernah dapat tempat ketiga dalam program Cari Menantu.(kinda reality programme). Tapi yang kahwin time ni adik dia. Tell you what, ramai makcik-makcik potpetpotpet around me dengan bahasa banjar (i guess so sebab dah nama kampung banjar, mestilah penduduknya orang banjar kan? takkan orang negeri sembilan kot). I was thinking that, as a ntah-generasi-ke-berapa-entah, i really know nothing about this bahasa/loghtat. Even my dad pun dah tak berapa tahu sangat. On the other part, my mom sometimes teach us jawa-words that she knows such as numbers 1-10, turu-sleep, mangan-eat, err..she keeps saying that words only. *palm on face*

just update a few things in my blog,  in a few days, is my study week and then there come the most freaky time, the final exam. I will not be update anything on that critical time. yahh, i'm freaky-little-nerd who burn the midnight oil. pft.

Thursday, 23 May 2013

goodbye my mr. crush

1 bulan yang lalu..
Kawan : Kau biar betul? serious? tapi dah 3 tahun..

Aku : Betul. aku dah buat keputusan. aku nak lupakan dia.

Kawan : Tapi tak kan lah nak lupakan terus. Ke kau dah ada yang lain?

Aku : Tak ada. Aku cuma nak berhenti berharap. letihlah asyik menunggu yang tak pasti.

Kawan : Kau masih sukakan dia?

Aku : Jujur. aku masih cintakan dia. tetapi aku tak mahu kecewa.

Kawan : Jadi apa yang kau nak buat lepas ni?

Aku : Berhenti dari stalk fb dia setiap hari, berhenti dari teringat pasal dia, berhenti dari layan chat dia di fb.
mungkin aku bukan untuk dia. siapalah aku ini, cuma kawan biasa untuk dia.

Kawan : hmm..kalau kau rasa itu terbaik untuk kau, aku sokong je lah.

1 bulan selepas itu...
Aku : Aku terstalk fb dia..

Kawan : Itu tandanya kau masih suka..

Aku : Macam mana cara mudah nak lupakan dia?

Kawan : Jangan buka fb sampai bila-bila. :)

Aku : =.=

I'm not even upset, hurt, or angry anymore. I'm just tired. I'm tired of putting 
in more effort than I receive. I'm tired of holding on for nothing. I'm tired 
of believing all your lies. I'm tired of proving me wrong every time. I'm 
tired of getting my hopes up and being disappointed again.

You never promised to stick around,
so I don't know why I expected you to.
I guess I just wanted to believe you
were better when everyone knew you weren't.

source

Sunday, 19 May 2013

weekend's mumbling

Jumaat,

Entah kenapa rasa sensitif sangat. Kawan aku terpaksa pergi dulu ke suatu tempat, dan aku over sangat sedih seperti rasa ditinggalkan. Betul. Aku tak main-main. Walaupun perkara tu kecil je dan kawan aku tu bukan niat dia nak pergi dulu, tetapi aku sedih tahap menitis air mata aku. I hate that feeling. Perasaan ditinggalkan oleh seseorang yang kita percaya dan sayang. Lama jugak lah aku touching dengan dia sampai bila jumpa dia balik kat tempat tu, aku serious tak nak tengok muka dia sebab buat aku sakit hati. Lepas bagi barang yang dia minta belikan, aku terus keluar dan tak bercakap langsung dengan dia. Aku perlukan masa kalau aku marah pada seseorang. Jangan cakap dengan aku kalau tak nak sakit hati. Aku keluar kejap ambil udara segar tepi swimming pool dan lupakan perasaan aku yang bercampur baur ni. Aku tahu, aku tak patut sakit hati sebab perkara sekecil ni tapi biasalah perempuan ada masanya, dia terlalu terlalu sensitif sangat sangat. Lepas solat maghrib, aku cuba tenangkan diri dan maafkan semua orang.

Sabtu,

kursus kahwin. Entah kenapa aku ambil kursus ni awal sangat. Padahal calon belum ada, (calon sebelum ni aku dah tolak secara baik), yelah sebab aku belum bersedia. Masa dengar ceramah dalam kursus ni pun, aku rasa aku belum cukup sempurna dan langsung tak bersedia nak bergelar isteri. So, niat aku datang kursus ni nak menambah ilmu agama dan ilmu keluarga memandangkan belum ada niat lagi untuk berkahwin. Tapi seriously seronok sangat sebab setiap slot berbeza dan penceramah yang berbeza, menceritakan pengalaman mereka yang berbeza. Biasalah tu bila ada unsur-unsur 18sx sikit, kitorang gelak macam nak pecah dewan pastu penceramah tu pun tanya "ini kursus apa???" kami  jawab ramai-ramai "kursus kahwin!!!" well, kalau aku cerita sorang-sorang penceramah memang tak cukup lah. Tapi overall aku cakap kursus yang aku attend ni sangat menarik walaupun ada dua slot yang aku mengantuk sebab baru lepas lunch. Aku dengar diorang gelak, tetapi mata aku dah tak boleh tahan. satu tip dari sorang penceramah ni, for guys, jangan kahwin sebelum hari raya sebab memang akan lari bajet kalau time raya, bini kau rupanya anak bongsu dan anak sedara dia hampir 40 orang. Tak ke bajet lari habis kat duit raya untuk anak buah je kan? hmmm macam-macam kes pejabat agama jugak diorang bagi contoh, ada yang bergaduh sebab kentut, donut@keria, mengidam kfc korean lah. Rupa-rupanya bila dah kahwin, macam-macam perangai pasangan kita boleh tahu kan?

Ahad,

sambungan kursus kahwin. Lepas ni boleh lah konvo amik sijil *bak kata penceramah*.
Aku punya pendapat lah, better aku pergi kursus kahwin dengan kawan-kawan masa tengah belajar ni daripada pergi kursus kahwin dengan tunang, kekasih-belum-halal etc. Sebab at least kau boleh gelak-gelak lagi bila cerita kisah dalam kamar. Ni kalau pergi dengan pasangan, dia jeling kau kau jeling dia, pastu pura-pura gelak sopan. cehh padahal dalam hati bergelora tak sabar nak kahwin kan???

ok, aku dah mengantuk. roommate aku dah tido, so aku kunci pintu dan tutup lampu. Tak sampai 15 minit, roommate aku bangun, bukak lampu dan tidur balik. haisshh..ada kegeraman di situ. Nasib abik aku sayang kat kau lagi..ok, nite

Wednesday, 15 May 2013

sketsa rabu #3

#azan zohor

kawan-kawan lelaki aku ni siap rilek lagi kat pejabat kolej. amboi tak dengar ke azan? surau kat sebelah je kot. lain lah macam kitorang ni perempuan, ada hari-hari tertentu...

lelaki 1  : aku sakit kepala lah. dari hari tu lagi. rasa nak botak je kepala ni
lelaki 2  : jom, meh sini aku botakkan
aku       : amboi korang, pergilah solat. dah pukul berapa ni.
lelaki 1 : weh, kunci sekarang ada kat aku, ko nak letak barang kat bilik gerakan tak?
lelaki 2 : aah, senang lah keje nanti. xpayah nak buat petang nanti.
aku       :eh, korang kan lelaki, tolonglah angkatkan..

Bro's, dah azan tu cepat-cepatlah ke surau. malulah sikit, dah besar pun asyik lengah-lengahkan solat.

#kursus kahwin

aku: nak pergi kursus kahwin ke tak ni?
kawan : tak nak lah. aku belum bersedia.
aku : lah, hari tu kau yang beria ajak. tetiba ko cakap belum bersedia.
kawan : aku muda lagi. pakwe aku cakap nak kahwin umur 26 nanti.
aku : habis tu aku ni, pakwe pun tak de, kau rasa aku dah bersedia kah?

#bestfriend forevaahhh

facebook chat.
bff : on9 tak?
aku : kenapa?
bff : kau tengah buat apa tu? jom keluar makan. serabut la.
aku : jum. tapi lagi 15 minit aku turun bawah.
bff : sekarang la. kawan aku dah tunggu.
 *dalam hati* 'baik tak payah ajak aku'.
aku : lah yeke, kalau macam tu tak pelah. aku ada kerja lagi lepas ni.
bff : ok, lain kali kita keluar makan sama, ya?
aku : bereh.

Tuesday, 14 May 2013

kebodohanku hari ini

Belajar dari pengalaman..

Tadi aku keluar Mid Valley, nak habiskan baucar buku dan shopping sikit.

Aku keluar seorang sebab aku tak suka shopping ramai-ramai. Kalau keluar ramai-ramai kena ikut banyak kepala, dan kena consider kemahuan mengikut kehendak berbeza. Tanya lepas ni nak pergi mana, nak makan kat mana, nak pergi toilet kejap, letih berjalan lah. Kalau aku keluar seorang, senang. Ikut kepala aku sendiri. nak pergi mana, nak makan apa, nak duduk kat situ lama-lama. Tak menyusahkan orang lain dan aku pun tak perning nak fikirkan hal orang lain.

Aku habiskan terlalu banyak masa di MPH sebab rambang mata tak tahu nak pilih buku apa weh. Baucar ada RM140 kat tangan. Tipulah kalau aku kata RM140 tu cukup untuk aku beli macam-macam buku sebab aku rasa nak beli satu kedai MPH tu!! Then pergi beli belah di Aeon. Dah macam mak-mak aku shopping. Sabun, Shampoo, makanan, buah-buahan..last-last tangan penuh dengan plastik. Padan muka aku. Lain kali upah bibik suruh bawak barang-barang tu. =.=

But you know what, tengah on the way nak keluar dari Mid, ada seorang abang ni tegur aku.

"dik, tumpang tanya, mesin atm kat mana? sebab saya dari parking lot, dah pusing-pusing tak jumpa atm."

sebab aku tak cukup tangan nak tunjuk arah mana, so aku cakap je lah,

"kat tingkat atas ni rasanya, kat hujung."

"owh, terima kasih."

aku pun pergi meninggalkan abang tu sebab aku tak kenal dia, tak kan nak jalan sekali.

"err, dik. sori sebab tegur lagi. saya yang tadi tu. adik ni nak pergi ktm ke?"

"haah"

"banyak nye barang. biar saya bawak."

"eh, eh, tak pe. saya boleh bawak sendiri."

"tak pelah. kesian perempuan bawak barang berat sorang-sorang."

Haishh, nampaknya aku kena lah bagi dia bawak. Kitorang gerak sekali ke pintu keluar menuju ke ktm, as you know that mesin atm tu dekat dengan pintu keluar tu. so we are on the same way. Dalam perjalanan tu, macam-macam dia tanya. Belajar kat mana, sem berapa, asal mana, study ok ke tak. Aku pun jawablah macam biasa. Yelah orang dah tolong bawak barang kita, takkan nak being rude pulak kan? Dia kata dia salah seorang pekerja syarikat yang akan organize event kat universiti aku. And aku pun just balas
"oh, ye ke."

"boleh minta nombor, sebab senang sikit kalau nak berurusan apa-apa."
aku dalam hati, 'nak bagi ke tak ni. tapi dia dah tolong aku angkat barang tadi. bagi jelah.'

So his name is J. Age 29 and working in Damansara.

Dia cakap umur aku muda sangat, so dia anggap aku adik je lah. Ok, fine then.

Petang tu dia call. Asking me a lot of things as i don't have any idea what to talk about. Then he ask me whether i'm staying alone in the room or not, what i'm wearing in my room, how long is my hair..
i was like 'damn you, man!' how dare you ask me such questions!

i terus block his number and not replied his messages.

Aku terasa bodoh..sangat-sangat bodoh. Mungkin selepas ini aku perlu lebih berhati-hati dengan lelaki.

Monday, 13 May 2013

yang sedia ada

minggu depan ada annual dinner kat hotel..

tapi dari sebulan yang lepas lagi member-member aku sibuk berbincang mengenai dress code..

makan malam akan bertemakan 'merah hitam'. masing-masing sibuk gelabah fikir nak pakai baju apa.

Aku? aku pakai baju apa yang sedia ada.

tak terlintas langsung nak beli baju baru hanya untuk satu malam sahaja.

lainlah macam mereka, baju kenduri pak long kena beli baju baru, kenduri ayah chik nak beli baju baru,

baju raya lima pasang, setiap hari berbeza fesyen,

raya cina pun nak ada baju baru.. tahun baru pun ada baju baru..

semalam mereka keluar cari baju, dan hasilnya seorang sepasang baju ratusan ringgit harganya. *lap peluh*

Aku?? umi ajar cara bersederhana. Pakai apa yang ada.

Mungkin aku tak pernah menyarung pakaian berharga ratusan ringgit, tetapi aku tahu pakaian aku itu sangat berharga kerana dapat menutup auratku dengan sebaiknya.

Mungkin almari ku tidak penuh baju fesyen terkini, hanya baju kurung potongan biasa dan corak lama.

Mungkin aku tidak pandai bergaya, tetapi aku selesa dan aku bahagia.

dan aku harap mereka tidak bertanya lagi, "kau dah beli baju untuk dinner nanti?"

"aku pakai apa yang sedia ada sahaja. :) "

Game:Bloggger Challenge

hmm, since i had been tagged by this cute blogger, well this is for you SYASYA HUSNINA. thanks for tagging me.

~Rules:
  • Write 11 things about you 
  • Answer 11 question the tagger have set for you 
  • Create 11 question for those you want to tag 
  • Choose 11 blogger to be tagged and link them the post
  • You're not allowed to tag back
~11 THINGS ABOUT ME:

1. my blood type is A+ and i was born in March
2. I loves rain so much but i'm afraid of thunder and storm
3. I am phobia with 'Ferris wheel' because had a bad experience during my childhood
4. I am afraid of height. Yup, i feel dizzy even when looking down from fifth floor room
5. I am so addicted to carrot juice and ice lemon tea
6. I prefer tomyam and chicken soup rather than those western food
7. I prefer ice cream rather than cakes on my birthday. i can only eat a slice then i will feel 'muak'
8. I prefer to spend my money on books rather than clothes. bookstore is like a heaven for me
9. I can drive a car but not a motorcycle. My mom and dad won't allow me to take motorcycle's license
10. I prefer shopping alone and i don't like watching movies in the cinema
11. I loves to eat and eat but please, no mamak stall/restaurant. Just a clean and affordable malay restaurant

~11 QUESTION FROM SYASYA HUSNINA:

1. Umur awak? - hi, i am twenty-one
2. Orang yang paling awak sayang? -Allah-> Prophet Muhammad->parents->le family->le friends
3. Awak suka warna apa? -i want to write soft blue but my things mostly are pink. confuse 
4. Pandangan tentang blog syasya? -i loves your background and it's colourfull!!
5. Sejak bila ada blog? -dah lama, since 2010 but recently i make a new blog. yup the one that you tagged me
6. Kenapa awak nak ada blog? -because i always write my thoughts in my notebook but i lost it. :(
7. Anak yg keberapa? -the forth from six siblings
8. Berapa lama bersiap utk keluar? -paling lama setengah jam, paling kejap 5 minit. it's true.
9. Rajin tolong mak dekat dapur? -tak. *jujur ni* usually my mom will call me when the dinner is ready
10. Update berapa entri dalam sehari? -one, but depends on my mood
11. Berapa jam menghadap lappy? -if i watch korean drama, it takes 6 hours non-stop to finish the whole drama.

Sorry because i'm not going to tagged anyone and not follows the rules number 3,4 and 5. erm, i should add one more things about me, which is.. 'i only follow the rules when i want, usually rules are made to be broken.'  yahhh...say peace!!!

Sunday, 12 May 2013

One Fine Day

Assalamualaikum,

Second test is over and there's a lot of things to do next..

two days 'bermandi hujan' and the fever is near me..

being me is easy but deeply complicated..

sometimes me being too childish, and sometimes i'm like the one who got many problems to be solved, and sometimes i'm the nerdy one who u should not speak with..yet being very funny person is soo very not me. what i can tell you is i am a less-talk person and i prefer to be alone, but if you have anything to talk with, i'm the best person to lend my ear. (except for the mumbling about nonsense crappy things)

duhh, my mood is not stable yet being woman is very emotional.

i'm hardly be understand by people and maybe that's why i carelessly thinking about other's feeling.

sometimes i want to be loved, but sometimes i thinks that love are not easily to cope with.

being me is not easy as i don't love the people who love me, yet i'm still waiting this one person to loved me back. one-sided love?? nahhh i don't think so. Deeply inside my heart, i believe he will fall for me..

yup, that's may be one fine day.


Thursday, 2 May 2013

Zombi..

Hari cuti sebenarnya merungsingkan jika anda mahu keluar berjalan-jalan. *muka stress*

trafik jam. 
ramai orang di shopping mall.
tempat makan penuh.
daripada niat nak ke pesta buku PWTC, terus tukar plan ke ALAMANDA.
tapi sama je, sesak dengan manusia. dah nama pun cuti kan??? *sigh*

masa dalam kereta, my sis ask me;

"nak pergi mana ni? kalau nak pergi pesta buku, kita naik train je la nak? bazir minyak je dalam jammed ni"

aku diam. dalam hati aku kata tak nak. aku balas, "teruknya jammed kat sini. buang masa betul."

dia tanya lagi, "aku tanya lain kau jawab lain. habis tu nak pergi mana?"

aku diam. seriously aku tak boleh nak fikir jawapan apa nak bagi. aku rasa macam nak cakap, 
'kau bawak je la aku gi mana-mana, aku tak ada idea.' tapi aku pendam je sebab aku kelu. Aku termenung ke luar, memikirkan sesuatu yang aku sendiri tak tahu. Rasa macam ada banyak je masalah, tapi aku tak tahu mana satu yang patut aku selesaikan dahulu.

"kau ni kenapa diam je, macam serabut je aku tengok. Makan tak jaga, kesihatan pun tak jaga, kot ye pun nak exam, jangan lah sampai demam-demam."

"entahlah, serabut gila kepala ni. sampai aku tak tahu nak buat apa dulu. Makan pun tak ada selera. banyak benda lah nak kena fikir, tapi aku tak tahu apa yang banyak sangat tu. Maybe sebab nak dekat exam, tu yang aku stress."

"hmm..teruk lah kau ni. test je kowt.. kalau final exam aku tak tahu lah kau jadi ape nanti."

zombi kot : P
books for my niece..semoga cepat-cepat pandai membaca. 

Kasut murah-murah kat Nichii, huhu tak sempat beli tadi.
   
Burger Bakar Abang Burn!!! Bila perut dah di isi, maka ai banyak suka hati. no more stress!!

Wednesday, 1 May 2013

bad mood, go away..

morning malaysia!

and morning to all pekerja-pekerja di Malaysia yang sedang sambung tidur, yang balik kampung nak mengundi, yang tengah lepak kat coffee house mahupun shopping complex, dan juga yang tak tahu nak buat apa cuti ni.

the weather looks muggy and for those yang dah packing-packing barang nak balik rumah, sediakan payung sebelum hujan. Don't end up like typical malay film 'lari-lari dalam hujan sambil menangis'. lulz.

Semalam, mood tak berapa nak baik. stress lagi. First, sebab test 2 lagi dua hari dan second, semua orang teruja nak balik rumah sempena PRU. Aku tak faham kenapa diorang sambut PRU ni macam hari raya, semua nak minta cuti dan cancel kelas dari lecturer. Walaupun keputusan penentuan kerajaan punbelum lagi, tapi keseronokan nak pulang bercuti bukan main lagi. Nak pulak yang belum bergelar pengundi, 'kemaen' lagi 'over-eksaited' nye padahal kau bukan mengundi pun!

lecturer aku pulak sibuk nak buat test sebelum dan selepas tarikh mengundi. Maka segala perancangan aku nak balik rumah tergendala. Aku rasa terkilan sebab tak sempat pun nak lawat abi (my dad) selepas pembedahan usus hari tu. yup, memang la aku ada tanya khabar abi melalui phone but perasaannya tak sama seperti talking face-to-face.

Then, le friends ajak makan-makan kat luar malam tu. Aku ingatkan betul-betul nak ajak keluar, tetapi rupanya the main reason is nak kitorang teman dia makan dengan her boyfriend. Yup, memang la hari tu aku ada tegur my friends about 'Yes and No for couple', tapi tak de lah sampai aku 'suka' nak teman diorang dating.

So, untuk mengelakkan le friends tahu keserabutan yang bersarang di kepala aku ni. Aku topup phone and called my family for like half an hour. (sementara nak tunggu order makanan).  Bagi aku, bercakap dengan orang yang tersayang merupakan salah satu terapi untuk menghilangkan tekanan (selain dari makan). Selepas habis bersembang dengan le family, mood aku dah kembali baik sebab segala keserabutan dan pergi jauh untuk seketika but mungkin akan datang kembali bila-bila.

I enjoyed my food last night!
Alhamdulillah..