Sunday, 28 April 2013
tiga hashtag, satu cerita
# i am very lucky to have kakak-kakak dan abang-abang yang sangat baik dan sporting.
yang bersedia membantu dikala aku meminta bantuan,
yang sentiasa mengambil kira setiap pendapat ku,
yang sentiasa mendengar celoteh dan ngomelan mengada ku,
yang terpaksa mengikut sahaja kemahuan ku,
but still, i am a sister to my younger sisters.
yang kadangkala mereka nampak lebih tua dari ku,
kadangkala mereka nampak lagi sopan dari ku,
dan kadangkala mereka lebih rajin dari ku,
# orang luar akan bertanya, "erhmm..mana satu kakak, mana satu adik?"
maka aku akan cepat-cepat jawab dalam nada mengusik. "saya lah adik, pakcik!"
eh, pak cik tu percaya la pulak.
"pak cik, bukan lah. sebenarnya saya kakak. dia adik."
pak cik tu buat muka curious dan berkata, "ye ke? kenapa kakak lagi pendek dari adik?"
ahh, itu ke yang pak cik 'curious' kan?
# oleh sebab kami semua duduk berjauhan, sorang kahwin, sorang keje, sorang belajar, sorang duk asrama, sorang menganggur tunggu upu, dan sorang lagi tengah cari calon isteri, so kitorang sentiasa berhubungan melalui sms, call dan juga fesbuk untuk meng-update setiap perkara.
mula-mula aku sms tanya abang pasal kesihatan ayah aku. blablabla dari A to Z.
then a few hours later, kakak pula call. ingatkan dia nak tanya khabar aku. rupanya dia nak update kat aku pasal kesihatan ayah aku dari A to Z, sebijik pulak tu dengan apa yang abang aku dah bagitahu tadi. aku meng-iya-kan je semua yang dia cakap. tak sempat nak menyampuk pun. mulanya aku nak cakap je yang aku dah tahu semua, tapi dia tengah semangat tu nak cite, so aku dengar je la.
time dia tengah cerita tu, aku baru je habis melantak sebungkus nasi lemak yang agak pedas.
sambil aku dengar dia cakap, hingus kat hidung aku merembes keluar.
aku tak jumpa tisu, so aku sedut balik sikit-sikit hingus tu. dah macam teresak-esak pun ada.
lepas kakak aku tu cite, dia tanya, "kau menangis ke dengar aku cerita pasal ayah tadi?"
aku tersenyum. "mana ada, aku pedas la..baru lepas makan."
tapi sebenarnya, aku dah menangis masa abang aku cerita pasal ayah aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment