Sunday 28 April 2013

morning treatment


masa lepas habis program matrik dulu, sempat lah ber'guru' dengan jiran aku yang membuka pusat spa,

siap dapat sijil dari kolej komuniti, dan majlis hi-tea kat hotel.. know what? i was one of the best students at that time, kemain dapat hadiah. patutlah jiran aku tu dok paksa-paksa aku pergi hi-tea tu. ye lah, aku ni orang biasa je, segan lah nak pergi majlis hi-tea dengan datin-datin sume..

i was doing a facial treatment by myself this morning..pratikkan kembali apa yang aku dah belajar dulu. apa yang aku perasan ialah, setiap kali nak dekat final exam, muka aku akan start naik jerawat, berminyak, dan kasar. this is due to several reasons;

1. stress. yup, maybe sebab tekanan, muka aku jadi teruk. cuba korang stress, dan muka korang akan berkedut seribu tanpa sedar. penyelesaiannya? senyumlah seindah suria...

2. pemakanan yang tidak sihat. time nak exam, ni mana fikir dah pasal nak makan itu nak makan ini. apa yang ada, kita telan je. makanan segera paling mudah dan cepat siap. walaupun membahayakan kesihatan. girls, please drink more plain water dan buah-buahan.

3. tiada masa untuk membelai wajah. kadang-kadang pergi kelas aku tak sempat nak pakai apa-apa kat muka. waktu malam aku tak sempat nak cuci muka. balik dari kelas pun aku lupa bersihkan wajah aku. see? then, bila muka aku jadi berminyak dan pori tersumbat, barulah aku terasa nak pergi rawatan kat new york skin care. eh, guna produk kak ton pun boleehh..

so this morning, aku buat lah treatment muka sendiri. mengikut apa yang aku belajar dulu, banyak step, kena guna sabun susu, urutan scrub, masker, air mawar, pelembap, penyegar dan sebagainya. disebabkan kekangan masa dan kekurangan peralatan, so pagi ni aku cuma scrub, masker dan pelembap je.

scrub aku guna sabun dari mesir. ni kakak sepupu aku la dok promote dengan harga diskaun 'sedara mara' katanya. then, masker aku guna masker arang dari korea. hitam muka aku pepagi ni, kalau muka tak macam kpop lagi lepas ni tak tahu la (puiiih). lastly, nak pakai pelembap tapi aku rasa was-was nak pakai yang banyak chemical tu. yelah, aku kan belajaq kimia, aku tahu la kesan-kesan bahan kimia ni pada kulit manusia. then aku baru teringat air zamzam yang abang aku bagi lepas dia balik umrah. ohmy, this is the best miracle water in the world.

ok, say hello to my smooth and bright skin!!

No comments: