malam ni redah 2 mesyuarat pelajar..
satu program kembara, satu program dinner..
#at mesyuarat program kembara, our chinese-sabahan lecturer gives some advice;
"saya harap bila awak ada meeting/program/aktiviti, please manage your time,
be punctual and respect people. jangan jadi pencuri.
pencuri masa orang lain. berdosa.
bayangkan setiap saat masa yang kita dah curi dari kawan2 kita,
banyak mana dosa kita mencuri masa mereka?
think."
#at mesyuarat program dinner...
Pengarah says;
"perancangan awal itu penting, saya tak mahu awak semua bagitahu nak itu ini pada hari dinner, itu bukan sahaja akan menyusahkan awak, tetapi semua orang, so minta kerjasama semua untuk teliti dalam setiap hal dan buat list untuk memudahkan urusan. "
saling mempermudahkan urusan semua orang.
being a part of the commitee/organization is a part of social responsibility. If you think that you are not born as a leader, think again. kita semua dilahirkan untuk menjadi pemimpin terhadap diri kita sendiri. memimpin diri kita ke arah jalan syurga, seterusnya memimpin orang lain untuk bersama-sama kita di atas jalan syurga tersebut. bukanlah seorang pemimpin yang baik jika dia tidak mampu memimpin dirinya, imannya, ibadahnya, kaum keluarganya, dan orang-orang kesayangannya.
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." - [Hadis riwayat Bukhari]
Belajarlah untuk mengenali ciri seorang pemimpin yang hebat, dan belajar juga cara untuk memimpin diri sendiri supaya menjadi lebih baik di masa mendatang.
No comments:
Post a Comment