Assalamualaikum
Sudah lama rasanya aku ingin menulis hal ini namun setiap apa yang aku ingin sampaikan terkadang tidak diberi ilham ketika itu.
Point. Titik. Apakah?
Setiap manusia tatkala menikmati nikmat kehidupan di dunia ini pasti berdoa agar Tuhan mengurniakan hidayah kepada mereka. Andai ditanya;
"Bila nak tutup aurat dengan sempurna?"
"InsyaAllah bila sampai seru."
"Doakan semoga saya mendapat hidayah."
"suatu hari nanti."
"Iman itu tidak boleh diwarisi, doakan sahaja yang terbaik untuk saya."
Jawapan yang diberikan seolah-olah kita begitu yakin kita akan hidup selama mungkin di atas muka bumi ini.
Aku terkesan dengan rancangan Finding Him with Aliza Kim, di mana seorang guru bertanya kepada gadis yang sedang mendalami ilmu agama itu.
(aku terjemahkan perbualan itu secara ringkas. Boleh rujuk kepada video asal.)
"Bila awak nak mengucapkan kalimah syahadah?"
"Bila saya sudah cukup bersedia dengan ilmu agama."
"Bila awak akan sudah cukup bersedia? 2 tahun? 5 tahun lagi?"
" ....... "
"Allah tidak akan memberikan sesuatu (hidayah) kepada mereka yang tidak berserah diri kepadaNya."
Maka setelah itu, baru gadis itu sedar bahawa kita tidak perlu menunggu hidayah itu datang tetapi kita perlu berusaha mendapatkan hidayah tersebut.
Mudah untuk aku katakan, ianya ibarat kita dan guru. Kita tidak boleh tunggu sahaja guru datang mencari kita, mengajak kita kesekolah dan memberi ilmu kepada kita 24 jam. Malah kita sendiri perlu mencari sekolah, mendaftar, membeli barang keperluan dan bersedia untuk menerima ilmu.
Mereka yang Allah telah ketuk hatinya setelah sekian lama mereka tenggelam dalam hitamnya dunia, mereka adalah manusia pilihan yang luar biasa! Sampai satu tahap di mana mereka akan jumpa satu titik perubahan besar dalam hidup mereka. Dan titik perubahan itu akan menjadi satu sejarah yang selama-lamanya terpendam menjadi rahsia antara dirinya dan Tuhan yang maha esa.
Istimewa dan indah sungguh saat itu. Seolah-olah terasa diri disayangi dengan satu perasaan kasih sayang maha hebat tak terbanding dengan kasih sayang ibu bapa kita. Maka sama-sama lah kita mencari titik tersebut...andai sudah ketemu..sematkanlah dalam hati mu, kekal lah di jalan Nya dengan penuh istiqamah. Doakan selamanya.
untuk kau dan aku.
No comments:
Post a Comment