Monday, 25 April 2016

Pengalaman latihan mengajar / praktikum 2.0

Since my juniors are having their practicum session, i would like to share mine too. I had share my experience in my previous post but this time will be more detail as below.

*Bahasa Melayu (campur2) mode is ON*

Zaman praktikum adalah saat-saat yang ditunggu oleh kami sebagai pelajar ijazah pendidikan. Inilah masanya untuk kami buktikan bakat kami sebagai guru. Tambahan pula, kami telah pun selesai dengan projek tahun akhir (fyp) pada semester lepas, maka semester ini fokus kami hanya pada latihan mengajar.

Persediaan? Hmm...persediaan aku bermula dengan fizikal seperti penampilan dan peralatan yang diperlukan untuk mengajar. Kenapa penampilan seorang guru adalah sangat penting? sebab guru merupakan profession yang dihormati dan menjadi contoh jadi penampilan guru adalah sangat penting sebab akan menjadi ikutan para pelajar.

1. Pakaian.
Pastikan baju dan tudung diseterika dengan kemas. Baju dan tudung adalah bersesuaian dan tidak terlalu menyerlah. Memadai hanya memakai baju kurung biasa untuk guru praktikal (kau jangan over sangat kalah pengetua). Baju jangan ketat dan seksi sangat sebab pelajar sekarang dah kenal erti pornografi. Tudung pun tolong jangan senget benget malu la kat pelajar tudung diorang lagi kemas dari cikgu. Beg dan kasut bersesuaian. Kalau boleh cikgu praktikal tolong pakai kasut bertutup dan tumit jangan tinggi sangat. Nanti dah posting jadi cikgu sekolah sukahati korang lah nak pakai apa (itupun kalau pengetua tak tegur).

2. Suara dan percakapan (hubungan)
Dah namanya cikgu suara tu kena kuat dan ada intonasi. Bezakan level percakapan dengan guru dan pelajar. Kalau dengan pelajar kena jadi tegas dan kalau dengan guru lain kena jadi professional. Sebab kau tengah bawak nama universiti kau tu (duta universiti) so kena tunjuk nilai murni dan akhlak mulia ya. Yang penting hormat cikgu2 senior ya jangan nak pandai2 join bergosip dalam bilik guru tu.

3. Penglibatan aktif
Guru praktikal selalunya akan disuruh buat itu ini. Kursus dan mesyuarat pun kena masuk walaupun ada yang lari. Memang nampak skema cikgu praktikal ni rajin betul masuk meeting padahal 3 bulan je kat sini. Sebenarnya ini yang bakal mencabar mental dan fizikal bila posting nanti. Meeting dia boleh tahan lamanya start lepas zohor, habis di penhujung asar. Memang menyesal masuk meeting tu tapi dah namanya pengalaman. Kalau tak masuk karang ada je sokseksoksek kat belakang mengata cikgu praktikal itu ini (ini normal tapi jangan dibiasakan). Lepas tu biasalah bila time aktiviti koko, semuanya lepas tangan kat cikgu praktikal. Sebenarnya ini peluang korang untuk bergiat aktif dan tonjolkan diri. Kalau sempat sambut hari guru di sekolah tu, guru-guru praktikal buatlah persembahan sebagai kenangan. Ataupun korang boleh cat mural atau sediakan sudut khas hasil kerja pelajar. ini sebagai tanda ingatan kepada pihak sekolah.

4. Masalah pelajar
aku pernah menghadapi pergaduhan antara pelajar di depan mata tapi nasib baik ada guru disiplin cepat kawal keadaan. Aku dah hampir nak jerit tapi cikgu disiplin tu suh cikgu lain masuk kelas macam biasa. Yang ni guru praktikal biasanya tak ada pengalaman tapi korang boleh buat pemerhatian. Mana tau satu hari nanti jadi guru disiplin. masalah pelajar ni bukan setakan bergaduh je, ada masalah cinta, masalah keluarga, kesihatan dan sebagainya. Cikgu Fizik pun boleh jadi cikgu kaunseling. Sebab tu belajar psikologi kan? ini lah masanya nak apply ilmu tu dengan pelajar.

4. RPH dan laporan
RPH ni lah yang paling utama dan jugak paling azab. sebabnya aku kena tulis tangan kot. pastu nak memerah idea memalam nak pikir esok nak mengajar macam mana nak tarik perhatian pelajar. Lagi-lagi pelajar yang tak minat subjek kita mengajar tu. RPH cikgu praktikal paling tebal sebab semua benda kau taruk dalam tu so kena jaga elok-elok. Tak perlu hias-hias bagai. cukuplah kemas dan menarik. kemudian laporan sepanjang praktikal perlu dibuat setiap minggu so korang kena catat setiap aktiviti yang korang lakukan minggu tu.

5. Penilaian Pensyarah
Yang ni paling mendebarkan gittew. Macam aku setiap subjek ada dua kali penilaian dari pensyarah berbeza. Nasib baik pensyarah aku bagitahu awal kalau dia nak datang (awal tu maksudnya malam sebelum atau awal pagi tu) jadi aku boleh bawak bertenang sikit sebelum mula kelas. Member aku 5 minit sebelum kelas pensyarah telefon bagitahu dah sampai, tak Gila namanya? tak sempat nk amik nafas kot! Kalau pensyarah datang sebaiknya kita jemput dia dari tempat letak kereta, bawak ke pejabat untuk daftar pelawat kemudian bawa ke kelas kita. Sediakan tempat duduk khas dan letak lah air mineral atau kuih atas meja tu. Buka RPH siap-siap dan pastikan ikut rancangan pengajaran. Mulakan pengajaran seperti biasa, anggap je pensyarah tak de dalam kelas tu (walaupun berdebaq gila baq hang rasa nak gugur jantung). Lepas habis tu pensyarah akan komen, so bawa beliau ke kantin atau tempat yang selesa untuk berbincang. Kali pertama dia tak bagi markah lagi, kali kedua baru markah akan diberi. kalau pensyarah tak puas hati lagi, dia akan datang untuk kali ketiga (dan habislah korang time tu sebab dia akan lebih strict).

6. Dah habis praktikal?
Jangan lupa submit segala borang dan laporan kepada urusetia. kemudian simpan RPH korang elok2 nanti time interview dengan SPP bawak ya. Sebelum tu kena alert lah bila kena isi borang SPP online, kalau nama korang belum didaftar, semak semula dengan universiti. Macam batch aku, 16 Mei ni baru interview dengan SPP (6 bulan selepas konvokesyen). Maka sementara menunggu temuduga SPP adalah lebih baik korang cari kerja sementara untuk meningkatkan kemahiran. tak kisahlah kerja apa asalkan halal dan menguntungkan (duit). Kalau ada universiti buka jawatan kosong sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41 silalah apply sebab mana tahu rezeki kat situ.

Disebabkan aku tak akan hadir temuduga SPP tu (sebab dah dapat kerja tetap mengajar pelajar asasi di universiti awam dengan DG41), aku doakan semuga kawan-kawan satu batch aku semua dapat posting nanti. Banyak benda kena study balik daripada falsafah pendidikan, isu semasa, kementerian pelajaran, kabinet sampai lah kepada subjek pelajaran yang kena ajar. so all the best! May Allah bless you guys!

Peace!

No comments: