Thursday, 25 December 2014

You Won't Get a Second Life.

salam..

Hari sabtu aku sibuk tolong mak aku siapkan makanan tengahari. Tetiba bukak tv ada filem hindustan. Hritik Roshan dan Katrina Kaif pulak tuh. Sempat la tengok kejap. Lepas iklan terus tutup kalau tak nanti mak aku bising. Siyesly aku rasa filem tu best bukan sebab pelakon nya je..

So lepas balik kolej, aku mempergunakan wifi kolej aku untuk tonton filem tu secara online. Mula-mula aku lupa apa tajuk filem tu, so kena search kat tonton dot com dot my balik. Okay dah jumpa!

"ZINDAGI NA MILEGI DOBARA" (2011) : "You Won't Get A Second Life"
sumber: google
Cerita ni agak memberi kesan kat aku. Jangan risau tak de babak meleleh-leleh air mata punya. In fact, cerita ni sebenarnya memberi semangat dan inspirasi untuk orang lain. Kisah persahabatan, keberanian, keyakinan dan kejujuran. Sounds lame huh, tapi it is actually not. Try tengok dulu lah.

Aku suka cara persahabatan mereka yang sangat erat. Walaupun sering bergaduh but actually they love each other (they are straight guys!). Setiap orang ada perangai dan masalah yang berbeza tapi masing-masing bagi support antara satu sama lain. 

Dan aku juga suka cara mereka menghabiskan masa bersama-sama iaitu dengan bercuti dan mencabar diri dengan aktiviti lasak. Yup aku suka travel dan aku suka mencuba sesuatu yang baru. I want to try sea diving tapi sky diving dgn bulls-run tu aku kena fikir panjang jugak. Macam dialog Laila (Katrina Kaif), 

"Seize the day my friend. first, live today to the fullest. then think about when you become 40 years old."

Maksudnya korang jangan terlalu sibukkan diri untuk mengejar impian sampai tak sempat nak merasai saat-saat indah pada hari ini. Tak salah kita nak target hidup kita pada 10 tahun akan datang tetapi yakinkah kita akan hidup pada ketika itu? jadi nikmatilah saat-saat yang ada sekarang sementara masih ada. Jangan menyesal kemudian hari. Masa yang pergi tak akan kembali.

"It is the duty of a human to try...success or failure is in the hands of God". Imran (Farhan Akhtar)

Betul. Jangan takut untuk mencuba. Belum cuba belum tahu. Jangan fikir perkara negatif tapi perlu sentiasa optimis dengan setiap cabaran. Cabaran adalah untuk kita hadapi bukan untuk kita takuti. 

Puisi-puisi yang diselitkan dalam filem ni yang paling best. Deep bro.

"This moment flows by like liquid sapphire

Silence like the blueness of the sea
No Earth below,
No Sky above.
The rustling of the branches and leaves
Whispering that only you are here
Only me, My breath, and my heartbeat
Depth like this (moment),
Loneliness like this (moment)
And me only me
And now I believe… I exist"

The fact is aku bukanlah peminat tegar filem hindustan sebab aku paling tak suka part menari dan menyanyi yang ambil masa agak lama. Aku nak tengok lakonan bukan nak tengok muzik video. ditambah dengan tarian yang agak melalaikan so aku just skip part tu. Yang penting filem tu banyak memberi inspirasi kat aku. Because you only live once in this world. the rest is in the akhirat.


2 comments:

Hanis Amanina said...

boleh tgk kat tonton ke?

jemput join giveaway ya :)

hanisamanina.com

L is my alter ego said...

hanis, nope. saya search tajuk je kat tonton. tapi tengok kat youtube.