Salam..
Masa aku balik bercuti di rumah, terasa banyak sangat perubahan di sekeliling aku. Terutama jiran tetangga. Ada yang dah berkahwin, ada yang dah meninggal, ada yang baru lahir dan ada juga yang baru menerima khabar dukacita..
Khabar dukacita yang aku maksudkan ialah..mereka menghidap penyakit kronik. Kanser tahap empat. Ya, aku tahu ajal maut di tangan tuhan, tetapi apa agaknya perasaan mereka tatkala mendapat tahu mereka menghidap kanser di peringkat akhir??
Mereka yang aku kenal bukanlah dari keluarga berada, setiap hari bekerja pagi sampai malam demi mencari nafkah untuk keluarga. Mereka yang aku kenal rajin dan sentiasa kuat bekerja untuk menyara tanggungan yang masih bersekolah. Mereka yang aku hormat kerana tidak pernah berputus asa malah sentiasa tersenyum saat disapa.
Aduhaii, kenapa mesti mereka yang aku kenal menerima ujian sebegini rupa? Sugguh aku tidak dapat meletakkan diriku di tempat mereka. Sungguh kalau aku jadi mereka aku tidak kuat. Kehidupan yang sedia ada memerlukan perbelanjaan yang tinggi, ditambah lagi dengan pembiayaan mahal untuk hospital, ditambah lagi dengan harapan keluarga.
terkadang aku terfikir. Kenapa mereka yang sememangnya hidup tidak seberapa, diuji dengan dugaan yang amat hebat? bagaimana mereka mahu cari duit untuk menampung kos perubatan sedangkan perbelanjaan seharian juga tidak cukup? Kenapa penyakit-penyakit ini tidak menyerang saja orang-orang kaya yang mampu membayar kos rawatan berjuta-juta ringgit untuk pembedahan? kenapa?
Rasanya tuhan juga memberikan ujian buat mereka yang kaya. Untuk menguji sejauh mana merkea bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Tuhan wujudkan golongan kaya untuk membantu golongan yang memerlukan. Kerana rezeki yang tuhan berikan adalah untuk dikongsi bersama di dunia ini. Jika golongan kaya sedar bahawa duit bukan lah boleh dibawa mati atau tiket untuk ke syurga, pasti mereka akan berebut-rebut untuk membantu golongan yang memerlukan. Demi merebut pahala yang boleh dijadikan modal untuk menempah tiket ke syurga. Mudah-mudahan golongan kaya tidak hanya menggunakan harta mereka untuk bercuti keliling dunia, membeli pakaian jutaan harganya, mahupun menganjurkan keramaian khas untuk golongan elit sahaja.
Semoga tuhan jadikan hati kita, hati yang sentiasa merendah diri dengan nikmat nya, Lidah yang setiap hari melafaz syukur, mata yang redup merendahkankan pandangan dari maksiat, langkah yang sentiasa ke arah kebaikan dan jiwa yang kuat menempuh dugaan dunia. Ya aku cemburu mekihat mereka yang aku kenal tetap kuat meskipun dilanda badai.
Kuatnya mereka menahan sakit. Kuatnya mereka kerana masih tersenyum dihadapan kami. Kuatnya mereka kerana masih terus bekerja menyara hidup. Kuatnya mereka menerima khabar berita yang hebat ini. Semoga aku juga bisa kuat seperti mereka..
#inspired #truestory #duniawi
No comments:
Post a Comment