Thursday, 25 December 2014

6 hari lagi..



Salam..

Minggu-minggu terakhir semester ni agak menakutkan. Kitaran waktu makan, waktu tidur dan waktu mandi dah totally berubah 360 darjah! Sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi aku jugak lah. Dalam hati tak sabar nak habiskan final exam because this is the last final exam that im gonna sit for. As in the next semester, i will go for teaching practical training in school. But before that..

"May beautiful moments and happy memories surround you with joy this festive season and a very happy new year to all Malaysian!."

Dah nak masuk 2015 dah kan? sekejap je masa berlalu. Azam tahun baru? naaahh it's quite lame. Target tahun ni pun belum tercapai. Bukan aku nak bersikap negatif tapi cuma aku nak jadi realistik. Target aku tahun ni nak beli smartphone untuk diri aku sendiri. Memang tengah berusaha kumpul duit tapi aku ni pun sejenis yang 'demand' sangat. Alang-alang nak pakai telefon bijak (baca: smartphone) nak yang hebat-hebat je. Nak beli Samsung Note 4 katanye. Tapi duit tak pernah cukup pun. So redha je lah pakai Nokia tekan-tekan keypad tu. Belum rezeki lagi agaknya.

Kenapa duit aku tak pernah cukup? Well, macam-macam yang terjadi pada tahun ni. That's why la impian aku belum tercapai dan mungkin perlu di'extend' sampai ke tahun depan? So here is the story..

1) aku pindah bilik sewa baru di mana aku sewa sorang dan tak perlu berkongsi dengan sesiapa. Heaven kan? tapi kadar sewa lebih mahal lah. Takpe, yang penting aku selesa

2) aku beli peti ais untuk kegunaan aku memasak. Pada aku, peti ais ni agak berbaloi sebab dapat mengurangkan perbelanjaan aku dari beli makanan di luar. Cuma agak membazir masa sebab kemain aku masak, sampai letih. lepas makan tido. gemuks nanti..

3) kereta aku broke down. ini paling sedih bro. Memang aku ni perempuan yang reti bawak kereta laju-laju tapi tak khatam bab enjin dan servis kereta. Satu hari tu sampai kereta aku overheat dan kena RM400 masuk bengkel. Denngggg! menangis tak berlagu. Pastu sebab tayar pun dah botak, so kena tukar. Second hand tyre je la yang mampu..dah habis RM500 kat situ. Tak termasuk lagi perbelanjaan minyak, tol dan car wash. *Nangis lagi*

4) Sebenarnya kereta yang aku gunakan tu belum habis bayar lagi ansuran bulanan. Lagi 7 bulan je lagi tapi mana lah aku nak mencekau duit tiap-tiap bulan nak bayar kete. Sebelum ni kakak-kakak aku yang tolong bayarkan tapi sejak dua menjak ni diorang minta tolong aku yang bayarkan. Setakan sebulan boleh la aku tolong. Tapi kalau tiap-tiap bulan, megi pun aku tak mampu beli. Lagipun next month road tax mati. Padan muka aku..

So, target aku dalam masa terdekat ni ialah untuk kerja part time selepas final exam. Apa-apa kerja yang halal dan memberikan gaji yang lumayan. Cashier maybe? atau taska tempat aku kerja dulu?
Apa-apa pun, duit yang aku dapat nanti kena guna untuk bayar road tax kereta dan ansuran. Memang belum rezeki aku lagi nak guna smartphone. Memang terasa hati aku bila dalam train ktm semua pakat keluarkan smartphone masing-masing sambil layan candy crash, COC, dan sebagainya sementara tunggu 1 jam sampai KL sentral. Tapi aku tutup mata je la, buat-buat tidur. kang ada yang gelak tengok aku main game ular. kbai.

p/s: siyesly aku mimpi muka aku jadi bintik-bintik merah penuh satu muka. Ngeri! ok lepas ni aku kena start balik rutin makan vit C dengan vit E Shaklee. Sibuk sangat dengan Final Year Project sampai terlupa nak consume vitamin terbaik ni. Sekarang tengah promosi hujung tahun untuk vit C, vit E dengan Collagen. tinggal lagi beberapa hari je kot... kalau berminat nak cuba boleh whatsapp Sis Maria 017-3065200 atau melalui facebook https://www.facebook.com/MariahSmileStore 

No comments: