Monday, 17 June 2013

Mereka adalah segala-galanya bagi ku selepas Allah dan Rasul

'aku sedar aku tengah dalam minggu final exam, tapi aku tetap keluar berjimba dengan diorang semalam.'

Jom pekena sarapan dulu kat restoran jalan Chow Kit.

pelayan: "dik, nak order apa?"
aku: "roti canai dua keping."
dik lang: "roti canai dua keping."
kak teh: "sama."
pelayan: "jadi, enam keping semuanya? minum?"
aku dan kak teh menjawab serentak: "milo ais."
dik lang: "share".

Memang sah kami adik beradik dari segi genetik selera makan. Kalau kat rumah memang umi selalu sediakan breakfast roti canai dan milo pagi-pagi. Umi memang dulu terer buat roti canai, kitorang ni je belum lagi menuntut ilmu dari umi. Kalau lagi special dapat nasi lemak dan teh tarik paling top kat malaysia ni, resepi khas umi. Memang boleh tambah 3 pinggan sampai menantu dan cucu umi pun suka.

oh ye, kan hari ahad hari bapa, filem yang tak sah tak ditayangkan kat tivi is PAPADOM. Tapi aku memang suka tengok cerita ni, jalan cerita dia bagus and buat aku tersentuh tengok bapak dengan anak ni. Dulu pun aku tak suka ayah aku mengongkong sangat, tetapi bila dah dewasa aku sedar yang aku sangat-sangat perlukan ayah aku setiap masa. Masa aku darjah enam, aku jeles lah tengok budak-budak lain naik basikal pergi sekolah, aku pulak hari-hari abi hantar dan ambil tapi tak ikut time pula tu. Abi selalu hantar lambat pergi sekolah dan ambil aku lewat lepas habis sekolah. So hari tu aku cakap kat abi, aku nak naik basikal sebab nak pergi awal sikit. Abi tak bagi, so aku pun bodek la konon-konon ramai kawan aku pergi sekali padahal aku sorang je tak ajak pun kawan aku. So lepas pujuk pujuk abi pun bagi 'green light'. Yeay!
Pagi tu aku semangat pergi sekolah sebab first time dapat pergi awal dan tak payah tengok muka pengawas yang jaga kat pagar sekolah. Lepas solat subuh, aku cepat-cepat siap supaya tak berebut dengan adik-adik aku. Mesti diorang lambat pergi sekolah sebab ayah aku hantar. so babai korang, akak pergi sekolah dulu.

Aku pun kayuh basikal sorang-sorang dengan gembira nya. time tu ada lah tiga empat budak sekolah yang tengah kayuh basikal sekali. Lagi empat meter nak sampai sekolah, aku toleh kebelakang nak cari mana budak-budak yang naik basikal tadi. Budak tu sekolah lain ke? Ya Allah, rupanya dari pada aku keluar rumah tadi van abi ikut dari belakang. huhuhu malunye.. dah lah aku kayuh basikal slow, abi pun bawak van slow ikut dari belakang. Kalau macam ni, baik abi je yang hantar ke sekolah tadi. Lepas peristiwa tu, aku dah tak naik basikal dah pergi sekolah, aku dah tak kisah la nama aku kena catit dalam buku pengawas sebab datang lambat, tak kisah lah kena denda berdiri depan perhimpunan pun.

hah, masa dapat result UPSR dulu, aku tunggu abi amik dari sekolah. Macam biasalah abi tak pernah nak datang awal. Bila abi datang, aku buat muka merajuk dan sedih. Abi tanya, "dapat result berapa?". Aku buat muka sedih lagi dan peluk abi, "5A. hadiah untuk abi dan umi." abi tersenyum dan ucap "alhamdulillah". Tapi siyes tak pernah seumur hidup aku, abi akan bagi hadiah/ganjaran bila aku dapat result cemerlang UPSR,PMR dengan SPM sebab aku pun tak pernah mintak apa-apa sebab aku dah niatkan di hati, semua kejayaan aku selama ini adalah milik abi dan umi dan kecemerlangan aku adalah hadiah untuk mereka.

Buat adik-adik, jangan pernah merasakan ayah dan ibu selalu mengongkong kita, sebab mereka selalu inginkan yang terbaik untuk anak-anak nya. Dan bila kita sudah dewasa, jadilah kawan baik kepada ayah dan ibu kita.

No comments: