aku rasa nak balik rumah kejap jumpa family sebab ada gap 4 hari sebelum paper final exam yang berikutnya.
tetapi aku tahu aku tak boleh terlalu mengikut emosi dan perasaan.
aku tahu kalau aku tercongok depan pintu rumah, umi akan membebel sementara abi baca surat khabar.
"yang kamu balik ni kenapa? bukan tengah exam lagi ke? bukannya rumah dekat dengan U kamu pun. membazir duit je balik."
abi, umi...do you know that how i really miss and needs both of you right now. sobbs..
ada kalanya aku rasa down belajar and rasa nak duduk rumah tengok muka mak ayah doploh pat jam..
sebab cuma diorang lah yang memberi aku semangat dan inspirasi untuk terus berjuang dalam hidup..
tanpa mereka aku bukan siapa-siapa, tanpa mereka aku takkan berjaya,
jangan lupa, tanpa ALLAH juga, aku takkan mampu bernafas lagi di dunia fana ini.
aku masih mampu hidup dengan baik di sini, walaupun ketika aku toleh kebelakang sebentar aku merasakan bahawa aku boleh hidup dengan lebih baik dari sekarang. tetapi inilah jalan yang aku pilih dan inilah jalan yang telah ditentukan untuk ku. aku redha.
aku berusaha untuk ke depan. kata orang,
"jatuh bangun kembali itu perkara biasa, tetapi jatuh bangun dan berlari itu luar biasa."
aku teringin untuk berlari tetapi aku risau aku akan jatuh tersungkur lebih teruk nanti.
aku gusar tiada siapa akan membantu aku bangun merawat luka yang ku alami.
jadi aku melangkah perlahan-lahan dengan berhati-hati dan penuh sabar.
suatu hari nanti akan ada seseorang yang akan menarik tanganku untuk berlari,
bersama melakar pelangi di di sebalik awan,
bersama menari dalam kehujanan,
dan bersama mencari cahaya dalam kegelapan.
No comments:
Post a Comment