Saturday 15 June 2013

bapa, ayah, papa, daddy, baba, dan abi

esok hari bapa..

kau jangan nak hepi sangat konon nak kata bapa kau is the best in the world,

man of steel lah, my dad is my heroes lah,

sebab tak semua ada bapa yang hebat macam yang kita ada,

ada juga kisah pahit mereka,

disaat semua gembira menyambut hari bapa,

mungkin ada yang menyambut dengan kesedihan dan keperitan,

ada sorang member aku post video sempena hari bapa,

dan komen yang menjadi perhatianku; 
"abis kalau macam aku ni bapak entah kemana, dia tinggalkan aku dari kecil. sampai sekarang aku tak tahu hidup ke mati."

ada yang rindu dengan bapa mereka yang telah pergi,
ada juga yang kecewa dengan bapa sendiri,

anda yang punya bapa yang hebat?
hargailah mereka sampai akhir hayat..

selamat hari bapa, ayah, papa, daddy, baba, dan abi.

No comments: