Saturday, 15 June 2013

dari aku yang belajar untuk menyayangi

untung jadi adik, semua orang risau.. (ayat random)

Adik aku, baru sambung belajar di Nilai dan first time nak naik ktm ke KL. Itupun selepas aku paksa dia turun KL ambil barang yang dia nak. Dia kata dia tak reti dan takut pergi sorang-sorang. First time memang macam tu.

Adik aku ada tiga orang kakak termasuk aku, sorang abang sulung dan sorang adik kat asrama. So nak dijadikan cerita pagi ni ketiga-tiga kakak dia busy menelefon diantara kami untuk memastikan adik aku ni selemat menaiki ktm. Aku call kak teh, pastu kak ngah call aku, pastu kak ngah call kak teh pastu kak teh call aku balik. semuanya gara-gara risaukan adik aku ni yang first time nak naik ktm sorang-sorang. dan kau boleh kira berapa banyak kredit aku habis nak call kak teh dan kak ngah dan juga adik aku ni. Alhamdulillah adik aku dah selamat sampai stesen ktm salak selatan dari ktm nilai. Mission Accomplished!!

Adik dah selamat sampai. Kakak-kakak semua lega. Abang pula tak kisah apa-apa. Hah biasalah abang aku ni, mana pernah nak risau dengan benda kecik macam ni. Kecualilah kalau kitorang kena culik ke, eksiden ke, comfirm dia lah orang pertama sekali yang akan menggadaikan nyawa untuk adik-adik kesayangan nya. ok, i love you along, kak ngah, kak teh, dik lang, dan dik su.

just aku pelik jugak dengan perangai aku, sebenarnya aku ni bukannya care sangat pasal adik aku ni dulu. Walaupun kitorang satu sekolah asrama, tetapi ramai yang tak tahu dia adik aku. Masing-masing buat hal sendiri kat sekolah. Nampak tak aku bukan kakak penyayang time tu? even adek-adek junior pun ingat aku ni sombong dan garang. (muka cute pun boleh jadi garang ke?) Tapi sejak dia habis SPM< aku banyak lah discuss dengan dia mengenai masa depan dia. Aku just bagi cadangan je, tak sangka pulak dia setuju.

dan bila dia dah duduk jauh dari family, aku pulak bertambah risau. Asyik nak call dia tanya buat apa, belajar ok ke tak, dah ramai kawan ke tak, ada barang tak cukup ke.. hmmm kadang-kadang aku rasa annoying dengan diri aku sendiri. rasa macam nak cakap, "kau boleh tak jangan nak sibuk-sibuk nak tahu hal dia, dia dah besar kot, pandai-pandai lah jaga diri sendiri." . huhu kadang-kadang aku ni macam terlalu ambil berat sangat kat adik aku ni.

Sebelum ni aku tak rasa nak terlalu care sangat pasal adik aku ni sebab entah, mungkin aku ni manja kat rumah berlagak macam anak bongsu walaupun ada dua orang adik. even orang luar pun akan cakap aku  ni anak bongsu kalau tengok kitorang adik beradik jalan sama-sama or tengok dalam gambar family. Mungkin aku dah terbiasa disayangi sampai aku lupa nak menyayangi orang lain. Tetapi bila aku dah sayang, korang tengok lah apa jadinya.

"walaupun aku selalu dapat apa yang aku minta, dalam hati aku juga berharap orang lain juga akan dapat apa yang mereka minta dari aku seikhlas hati." -dari aku yang belajar untuk menyayangi.

#p/s- dulu aku heartless, kini mungkin aku heartmore? :P

No comments: