Monday, 17 June 2013

Mereka adalah segala-galanya bagi ku selepas Allah dan Rasul

'aku sedar aku tengah dalam minggu final exam, tapi aku tetap keluar berjimba dengan diorang semalam.'

Jom pekena sarapan dulu kat restoran jalan Chow Kit.

pelayan: "dik, nak order apa?"
aku: "roti canai dua keping."
dik lang: "roti canai dua keping."
kak teh: "sama."
pelayan: "jadi, enam keping semuanya? minum?"
aku dan kak teh menjawab serentak: "milo ais."
dik lang: "share".

Memang sah kami adik beradik dari segi genetik selera makan. Kalau kat rumah memang umi selalu sediakan breakfast roti canai dan milo pagi-pagi. Umi memang dulu terer buat roti canai, kitorang ni je belum lagi menuntut ilmu dari umi. Kalau lagi special dapat nasi lemak dan teh tarik paling top kat malaysia ni, resepi khas umi. Memang boleh tambah 3 pinggan sampai menantu dan cucu umi pun suka.

oh ye, kan hari ahad hari bapa, filem yang tak sah tak ditayangkan kat tivi is PAPADOM. Tapi aku memang suka tengok cerita ni, jalan cerita dia bagus and buat aku tersentuh tengok bapak dengan anak ni. Dulu pun aku tak suka ayah aku mengongkong sangat, tetapi bila dah dewasa aku sedar yang aku sangat-sangat perlukan ayah aku setiap masa. Masa aku darjah enam, aku jeles lah tengok budak-budak lain naik basikal pergi sekolah, aku pulak hari-hari abi hantar dan ambil tapi tak ikut time pula tu. Abi selalu hantar lambat pergi sekolah dan ambil aku lewat lepas habis sekolah. So hari tu aku cakap kat abi, aku nak naik basikal sebab nak pergi awal sikit. Abi tak bagi, so aku pun bodek la konon-konon ramai kawan aku pergi sekali padahal aku sorang je tak ajak pun kawan aku. So lepas pujuk pujuk abi pun bagi 'green light'. Yeay!
Pagi tu aku semangat pergi sekolah sebab first time dapat pergi awal dan tak payah tengok muka pengawas yang jaga kat pagar sekolah. Lepas solat subuh, aku cepat-cepat siap supaya tak berebut dengan adik-adik aku. Mesti diorang lambat pergi sekolah sebab ayah aku hantar. so babai korang, akak pergi sekolah dulu.

Aku pun kayuh basikal sorang-sorang dengan gembira nya. time tu ada lah tiga empat budak sekolah yang tengah kayuh basikal sekali. Lagi empat meter nak sampai sekolah, aku toleh kebelakang nak cari mana budak-budak yang naik basikal tadi. Budak tu sekolah lain ke? Ya Allah, rupanya dari pada aku keluar rumah tadi van abi ikut dari belakang. huhuhu malunye.. dah lah aku kayuh basikal slow, abi pun bawak van slow ikut dari belakang. Kalau macam ni, baik abi je yang hantar ke sekolah tadi. Lepas peristiwa tu, aku dah tak naik basikal dah pergi sekolah, aku dah tak kisah la nama aku kena catit dalam buku pengawas sebab datang lambat, tak kisah lah kena denda berdiri depan perhimpunan pun.

hah, masa dapat result UPSR dulu, aku tunggu abi amik dari sekolah. Macam biasalah abi tak pernah nak datang awal. Bila abi datang, aku buat muka merajuk dan sedih. Abi tanya, "dapat result berapa?". Aku buat muka sedih lagi dan peluk abi, "5A. hadiah untuk abi dan umi." abi tersenyum dan ucap "alhamdulillah". Tapi siyes tak pernah seumur hidup aku, abi akan bagi hadiah/ganjaran bila aku dapat result cemerlang UPSR,PMR dengan SPM sebab aku pun tak pernah mintak apa-apa sebab aku dah niatkan di hati, semua kejayaan aku selama ini adalah milik abi dan umi dan kecemerlangan aku adalah hadiah untuk mereka.

Buat adik-adik, jangan pernah merasakan ayah dan ibu selalu mengongkong kita, sebab mereka selalu inginkan yang terbaik untuk anak-anak nya. Dan bila kita sudah dewasa, jadilah kawan baik kepada ayah dan ibu kita.

Saturday, 15 June 2013

dari aku yang belajar untuk menyayangi

untung jadi adik, semua orang risau.. (ayat random)

Adik aku, baru sambung belajar di Nilai dan first time nak naik ktm ke KL. Itupun selepas aku paksa dia turun KL ambil barang yang dia nak. Dia kata dia tak reti dan takut pergi sorang-sorang. First time memang macam tu.

Adik aku ada tiga orang kakak termasuk aku, sorang abang sulung dan sorang adik kat asrama. So nak dijadikan cerita pagi ni ketiga-tiga kakak dia busy menelefon diantara kami untuk memastikan adik aku ni selemat menaiki ktm. Aku call kak teh, pastu kak ngah call aku, pastu kak ngah call kak teh pastu kak teh call aku balik. semuanya gara-gara risaukan adik aku ni yang first time nak naik ktm sorang-sorang. dan kau boleh kira berapa banyak kredit aku habis nak call kak teh dan kak ngah dan juga adik aku ni. Alhamdulillah adik aku dah selamat sampai stesen ktm salak selatan dari ktm nilai. Mission Accomplished!!

Adik dah selamat sampai. Kakak-kakak semua lega. Abang pula tak kisah apa-apa. Hah biasalah abang aku ni, mana pernah nak risau dengan benda kecik macam ni. Kecualilah kalau kitorang kena culik ke, eksiden ke, comfirm dia lah orang pertama sekali yang akan menggadaikan nyawa untuk adik-adik kesayangan nya. ok, i love you along, kak ngah, kak teh, dik lang, dan dik su.

just aku pelik jugak dengan perangai aku, sebenarnya aku ni bukannya care sangat pasal adik aku ni dulu. Walaupun kitorang satu sekolah asrama, tetapi ramai yang tak tahu dia adik aku. Masing-masing buat hal sendiri kat sekolah. Nampak tak aku bukan kakak penyayang time tu? even adek-adek junior pun ingat aku ni sombong dan garang. (muka cute pun boleh jadi garang ke?) Tapi sejak dia habis SPM< aku banyak lah discuss dengan dia mengenai masa depan dia. Aku just bagi cadangan je, tak sangka pulak dia setuju.

dan bila dia dah duduk jauh dari family, aku pulak bertambah risau. Asyik nak call dia tanya buat apa, belajar ok ke tak, dah ramai kawan ke tak, ada barang tak cukup ke.. hmmm kadang-kadang aku rasa annoying dengan diri aku sendiri. rasa macam nak cakap, "kau boleh tak jangan nak sibuk-sibuk nak tahu hal dia, dia dah besar kot, pandai-pandai lah jaga diri sendiri." . huhu kadang-kadang aku ni macam terlalu ambil berat sangat kat adik aku ni.

Sebelum ni aku tak rasa nak terlalu care sangat pasal adik aku ni sebab entah, mungkin aku ni manja kat rumah berlagak macam anak bongsu walaupun ada dua orang adik. even orang luar pun akan cakap aku  ni anak bongsu kalau tengok kitorang adik beradik jalan sama-sama or tengok dalam gambar family. Mungkin aku dah terbiasa disayangi sampai aku lupa nak menyayangi orang lain. Tetapi bila aku dah sayang, korang tengok lah apa jadinya.

"walaupun aku selalu dapat apa yang aku minta, dalam hati aku juga berharap orang lain juga akan dapat apa yang mereka minta dari aku seikhlas hati." -dari aku yang belajar untuk menyayangi.

#p/s- dulu aku heartless, kini mungkin aku heartmore? :P

kalau kau jatuh, pliss bangun sendiri

aku rasa nak balik rumah kejap jumpa family sebab ada gap 4 hari sebelum paper final exam yang berikutnya.

tetapi aku tahu aku tak boleh terlalu mengikut emosi dan perasaan.
aku tahu kalau aku tercongok depan pintu rumah, umi akan membebel sementara abi baca surat khabar.
"yang kamu balik ni kenapa? bukan tengah exam lagi ke? bukannya rumah dekat dengan U kamu pun. membazir duit je balik."

abi, umi...do you know that how i really miss and needs both of you right now. sobbs..

ada kalanya aku rasa down belajar and rasa nak duduk rumah tengok muka mak ayah doploh pat jam..
sebab cuma diorang lah yang memberi aku semangat dan inspirasi untuk terus berjuang dalam hidup..
tanpa mereka aku bukan siapa-siapa, tanpa mereka aku takkan berjaya,
jangan lupa, tanpa ALLAH juga, aku takkan mampu bernafas lagi di dunia fana ini.

aku masih mampu hidup dengan baik di sini, walaupun ketika aku toleh kebelakang sebentar aku merasakan bahawa aku boleh hidup dengan lebih baik dari sekarang. tetapi inilah jalan yang aku pilih dan inilah jalan yang telah ditentukan untuk ku. aku redha.

aku berusaha untuk ke depan. kata orang,

"jatuh bangun kembali itu perkara biasa, tetapi jatuh bangun dan berlari itu luar biasa."

aku teringin untuk berlari tetapi aku risau aku akan jatuh tersungkur lebih teruk nanti.
aku gusar tiada siapa akan membantu aku bangun merawat luka yang ku alami.

jadi aku melangkah perlahan-lahan dengan berhati-hati dan penuh sabar.
suatu hari nanti akan ada seseorang yang akan menarik tanganku untuk berlari,
bersama melakar pelangi di di sebalik awan,
bersama menari dalam kehujanan,
dan bersama mencari cahaya dalam kegelapan.

bapa, ayah, papa, daddy, baba, dan abi

esok hari bapa..

kau jangan nak hepi sangat konon nak kata bapa kau is the best in the world,

man of steel lah, my dad is my heroes lah,

sebab tak semua ada bapa yang hebat macam yang kita ada,

ada juga kisah pahit mereka,

disaat semua gembira menyambut hari bapa,

mungkin ada yang menyambut dengan kesedihan dan keperitan,

ada sorang member aku post video sempena hari bapa,

dan komen yang menjadi perhatianku; 
"abis kalau macam aku ni bapak entah kemana, dia tinggalkan aku dari kecil. sampai sekarang aku tak tahu hidup ke mati."

ada yang rindu dengan bapa mereka yang telah pergi,
ada juga yang kecewa dengan bapa sendiri,

anda yang punya bapa yang hebat?
hargailah mereka sampai akhir hayat..

selamat hari bapa, ayah, papa, daddy, baba, dan abi.

Friday, 14 June 2013

Bila aku lapar, aku harap ada putera raja propose aku dgn makanan

pepagi yang sejuk..

masih berbungkus kain selimut..

kalau kat rumah, at least boleh kemas rumah, masak sarapan, jemur kain, siram pokok, (ayat kasi poyo)
tapi disebabkan aku berada di hostel, sifat kemalasan kepagian terserlah..

nak kemas bilik, bilik ni kecik je share 4 orang, so x bersepah pun,
jemur kain? baru semalam lipat kain nak jemur balik ke?
siram pokok? kat sini pokok-pokok semuanya dah dewasa tahap bapak-bapak. agak pelik kalau tetibe nampak orang siram pokok sebesar gajah ni.
sarapan? ada milo 3 in 1 dengan biskut mayat je. nak masak kebendenye..cafe pun jauh..
laparrr...

oh ya, cakap pasal lapar..
aku rasa aku nak buat statement ni,
"kalau lah aku ada boyfriend, mesti dia jaga pemakanan aku hari-hari. comfirm takkan pernah rasa lapar."
ayat ni berdasarkan hipotesis aku terhadap dua pasangan couple ni yang juga merangkap kawan baik aku.
bila aku ajak diorang keluar makan, semua kata tak pe lah dah makan dgn ehem-ehem tadi, tak pun diorang akan cakap tak pe lah, ehem-ehem dah belikan tadi.

jadi aku end-up pergi cafe sorang-sorang. forever alone weh!

tapi bila fikir balik tak jugak, depends pada tahap kerajinan dan komitmen boyfriend korang jugak.
kalau dia bukan satu kolej atau duduk jauh dari korang, takkan hari-hari nak ajak makan?
kalau dia course architecture or pape jelah yang perlukan komitmen diorang duduk doploh pat jam dalam studio, takkan lah setiap masa nak jaga kau kan?

so basically, ada jenis boy yang terlalu menjaga girl nya dan ada juga yang berharap supaya girl dia be independent. pandai-pandai lah kau jaga makan minum sendiri, dia belum lagi jadi husben kau.
tapi bonus kalau dapat boy yang paling suka makan, girl pun dapat tumpang benefit.

tumpang gemuk sekali.

kan putera-puteri raja sekalian?

Saturday, 8 June 2013

curang

Hi and Assalamualaikum,

just a short thought,

siapa kata kita tak boleh percaya kepada kata-kata lelaki dalam cinta?
well, perempuan pun curang juga rupanya.
curang dalam keadaan sengaja.

contoh ada depan mata aku,
mengaku sendiri salah dia menduakan cinta,
jangan tanya aku jalan penyelesaiannya,
aku bukan dr. love,
aku juga bodoh soal cinta.

tapi dia rilek je walaupun tahu salah dia,
memang pernah terkantoi sekali,
tapi still buat lagi,
aku tak faham.

sudahlah, itu hak kau,
selagi kau belum sah jadi milik dia,
kau pun bukan hak dia kan?

apa yang aku tahu,
kita ini cuma pinjaman kepada ibubapa kita,
selamanya kita milik DIA.