Friday, 29 August 2014

sambil makan megi

*sementara menunggu megi ku siap*

masa cuti semester hari tu, yakni bulan ramadan. aku mengalami kebankrapan yang teruk di mana aku hilang kuasa dan pengaruh untuk berbelanja di pasaraya besar mahupun kedai runcit..baki akaun ku dah sampai tahap limit. memang dah tak boleh nak buat apa dah. kalau jalan pun dah tak pandang kedai-kedai dengan sale-sale yang mampu membuatkan ku rasa woww. aku hanya pandang ke depan dan katakan 'move-on'.

disebabkan bila duduk rumah, rasa macam duk menghabiskan beras mak bapak je. jadi aku bernekad untuk mencari kerja. Mula-mula...

*jap cek dulu megi dah kembang belum*

mula-mula mak aku suruh kerja kat kedai jamu *jual barang-barang kecantikan*. agaknya mak aku tengok muka aku ada bakat jual produk sampai terlajak laris agaknya. tapi tak kesampaian sebab tokey tu kata dia nak pekerja selepas raya. ok aku faham. lagipun aku nak kerja part-time sebulan je. memang susah orang nak terima yedoookk?

pastu aku pusing-pusing area taman aku dan ada iklan aku jumpa kat kedai mainan kanak-kanak..

'PEMBANTU TASKA DIPERLUKAN SEGERA.'

aku tanpa segan silu dan berfikir panjang terus contact pemilik taska tersebut. selepas jumpa dan bincang-bincang, aku pun diterima bekerja disitu dan tidak lupa dinasihatkan agar memakai pakaian yang lebih ringkas iaitu baju t-shirt muslimah, berseluar panjang dan bertudung. mula-mula aku tak tahu motif kenapa, sebab aku lebih selesa pakai kain ala-ala hijabnosta kononnya.

tak tipu. penat sebenarnya kerja kat taska ni. ingat kan senang je petik jari. rutin harian aku ialah, pukul 7 masuk kerja, masak nasi, buat susu, sediakan sarapan, sediakan kismis, sediakan baju kanak-kanak... dah setel semua tu, baru mandikan semua kanak-kanak yang berjumlah 12 orang, dari umur setahun sampai 3 tahun. ada jugak baby kembar dua orang tapi bos tak bagi aku mandikan, lagipun aku pun tak yakin nak mandikan bayi. aku yang tak pernah ada adik lelaki mahupun anak saudara lelaki, terpaksa la jugak mandikan kanak-kanak lelaki. walaupun dah cuba elak, tapi kena jugak buat.. lepas mandi, pakaikan pampers, pakai kan baju.. bagi makan kismis..then sarapan..

*makan megi dulu*

then budak-budak akan separate, yang besar sikit akan belajar kat depan, yang umur setahun akan belajar dalam bilik. aku incharge budak umur setahun. ada 3 orang..comel-comel je. i like. time ni senang je jaga diorang. bagi mainan, kalau dah bosan pasang cd belajar, menyanyi dan menari sekali dengan diorang. ajar alif ba ta, one two three dengan a b c. pastu bagi makan tengahari, pergi toilet, tukar pampers then bagi susu suruh tido. walaupun susah gile nak tidokan diorang yang lasak-lasak ni, sampai last-last aku yang tertido sekali. tapi memang heaven la dapat tido. yang hell nya bila diorang terjaga awal dan menangis. jenuh nak pujuk. rupa-rupanya ada 'hadiah' dalam pampers. patutlah tak selesa..

time petang, bagi diorang main dalam rumah dulu..tengok tv ke apa. then mandi, bagi makan roti, baru boleh main kat luar sambil tunggu mak bapak diorang ambil. nampak macam mudah je kan. tapi sebenarnya letih sebab boleh rehat masa diorang tido je, kalau budak-budak tak tido maknanya kau tak da rehat. fahammm?

walaupun sebulan je aku keje kat situ, tapi ikatan kimia (baca: chemistry bonding) antara aku dengan budak-budak tu dah kuat. berat rasanya nak tinggalkan diorang masa hari-hari last nak raya tu. mak bapak diorang pun baik jugak, siap bagi aku kuih raya dengan buah-buahan sekali. tanda terima kasih sebab jaga anak diorang. sama-sama. hihihi

duit gaji aku yang aku dapat pun tak tahan lama..kejap je abis. sebab aku guna duit tu nak repair kereta muahahaha. dah servis senang la nak balik KL balik. cuma satu je belum repair lagi. ekzos kete yang berkarat tuh..ada siapa-siapa nak sponsor tak?

duit raya yang aku dapat pun tak tahan lama (almaklumlah makin dah meningkat usia, makin sikit duit raya).
habis belanja mak aku beli barang dapur, dengan anak saudara aku menangis-nangis nak beli cekelat. haihhh pemurah betul aku ni.

dan masa aku nak balik uni hari tu. terpaksa la tebalkan muka mintak sikit duit belanja dari bapak. bapak, doa-doakan lah anak mu ini tak boros ya?

*dah kenyang masa untuk tido*

No comments: