Monday, 25 August 2014

Aku Sang Pencari Ketenangan

"aku anak..
tika bertentang mata aku jarang menghargai..
tika berjauhan, pandangan itu yang sering ku termimpi-mimpi..
sentuhan apatah lagi..
cuma kata-kata pesanan menemani sepi..

aku hamba..
tika kesedihan Dia ada..
tika kegembiraan, aku cuba tidak lupa..
semuanya datang dari Dia..

dan aku pencari bahagia..
berpuluh tahun aku hidup..
bahagia ku ternyata ada pada Dia..
yang menganugerahkan keluarga yang sederhana..
walau tak sempurna tapi lengkap mengisi lompong jiwa.." -Nisa' 25Aug2014


Sakinah menutup buku notanya,
pandangannya ke hadapan, ke arah seorang jejaka sehingga kini yang tidak tahu siapa namanya,
ahli baru tarbiah di bumi anbia',
dari mula perkenalan, dia seakan kosong, namun dia bersungguh,
jejaka itu memandangnya kembali.....masa seakan terhenti..
entah mengapa kali ini Sakinah yang malu, mengarah pandangannya ke notanya kembali..
"Ya Allah, jauhkan lah aku dari rasa yang tidak pasti."

10 minit sebelum itu..

Sheikh Abduh mengumpulkan para pelajarnya yang bisa dibilang dengan jari..
dan nama Sakinah dipanggil..
seraya jejaka si ahli baru di sebelah memandangnya aneh dan bertanya,
"bukan nama kau Nisa'? siapa kau sebenarnya" nama ketika pertemuan awal tadi masih terpahat di minda..
Sakinah tersenyum..tuan gurunya memang lebih gemar memanggilnya dengan nama Sakinah kerana iras nama anak nya, Sakeena.
"anta kata tadi anta pencari ketenangan.. ana lah ketenangan yang anta cari tadi."
Sakinah masih tersenyum dan menyambung bicara "maaf, ana bergurau sahaja tadi. nama ana Nisa' Sakinah." ujarnya sambil masuk ke dalam bilik kuliah. desir istighfar mengisi hati tanda menyesal kerana cuba mengikat hati jejaka tadi dengan gurauan dengan tidak sengaja. ahh aku sudah mengikuti tarbiah, aku seharusnya cuba berubah. jadi wanita yang lebih berduri, mencucuk fitnah-fitnah yang cuba menghampiri. jangan kau mudah terpedaya dengan cinta, Nisa'!

10 minit sebelum itu..

"anta pelajar baru di sini?"gadis sopan itu bertanya dengan senyuman.
"ya, awak siapa?" jejaka itu masih tidak betah dan mesra. kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini.
"ana Nisa'. wakil pelajar di sini. nama anta?" gadis itu masih tersenyum. entah mengapa walaupun senyumannya biasa sahaja, tetapi membisa dihati jejaka. terus pandangannya beralih arah mohon dijauhkan dari rasa yang  tidak pasti.
"aku cuma seorang pencari ketenangan.." ujar si jejaka terus melangkah tanpa menunggu sebarang bicara. niatnya cuma mahu lari dari senyuman gadis yang bisa menggugah imannya dalam misi mencari ketenangan.

'aku ikhlas mahu mencari ilmu dan ditarbiah..aku ingin berubah dari masa gelapku. aku dahagakan ilmu akhirat dan aku dahagakan ketenangan abadi. aku bukan datang ke sini untuk terpedaya lagi dengan cinta manusia terutamanya wanita.' kukuh sang jejaka mengikat katanya di dalam hati.

glosari arab-melayu:
sakinah-ketenangan
nisa'-wanita
anta-awak (lelaki)
ana-saya
tarbiah-didikan

No comments: